Allahyarhamah Latifah Omar Beli Kain Kafan Sebelum Meninggal Dunia

Al-Fatihah Buat Seniwati Negara Latifah Omar | Masih belum lega kesedihan rakyat Malaysia dan Singapura dengan kehilangan seniman yang disegani, S. Shamsuddin beberapa hari lalu, 9 Jun 2013 lebih kurang jam 6:30 pula Seniwati Latifah Omar yang kini berusia 74 tahun pula telah kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Rapi, HUKM.

Allayarhamah Latifah Omar dimasukkan ke pusat rawatan tersebut minggu lalu akibat kanser usus yang serius. Mungkin anak-anak muda hari ini kurang mengenali beliau tetapi namanya sentiasa segar sebagai salah seorang seniwati paling berpengaruh hingga ke hari ini buat mereka yang mengikuti filem-filem lakonan beliau yang sering sahaja digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad.

Siapalah yang tidak ingat akan lagu “Bondaku Si Ikan Kaloi” kan? Beliau juga adalah pelakon yang tercantik di zaman perfileman kita dahulu.
Antara filem yang mengangkat namanya termasuklah Bawang Putih Bawang Merah, Hang Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Putus Sudah Kasih Sayang.

Allahyarhamah seniwati Latifah Omar atau nama sebenarnya Fatimah Omar, 74, diberitakan telah membeli kain kafan serta menyediakan sejumlah wang sebagai persediaan untuk urusan pengebumiannya andainya beliau meninggal dunia.

Perkara itu didedahkan oleh rakan baik Allahyarhamah Latifah sendiri iaitu pelakon veteran Mariani Ismail, 80, yang merupakan teman baik Allahyarhamah.

Mariani berkata, Allahyarhamah telah memberitahunya mengenai hal itu kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa sekiranya beliau meninggal dunia.
Allahyarhamah ada maklumkan kepada saya yang dia sudah menyediakan kelengkapan seperti kain kapan dan sejumlah wang agar urusan mengebumikannya dapat dilakukan apabila dia meninggal dunia nanti.
Perkara itu dilakukan Allahyarhamah ketika dia sakit selain merasakan usianya juga sudah tidak panjang. Allahyarham juga dia sudah bersedia untuk ‘pergi’ kerana dia tidak tahan dengan pelbagai suntikan dan pembedahan yang perlu dibuat.
Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarhamah Latifah Omar. Semoga Allayarhamah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.-Sumber 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...