Gambar-Gambar Kemalangan Maut Melibatkan Pelajar-Pelajar Malaysia di Jordan

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 – 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.
2
Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah :-
1- Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam,
2- Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam,
3- Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia,
4- Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk
5- Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.
Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat.
Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan. SUMBER – Bernama via Kementerian Pendidikan Malaysia.
3
Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah)

Mereka juga memerlukan Sumbangan bagi menampung Kos Rawatan
DIMANA pihak persatuan Mpmm Jordan sedang menjalankan kutipan derma kilat bagi menampung kos rawatan dan kemalangan semua mangsa yang terlibat. 

Kos semasa yang diperlukan untuk rawatan adalah seperti berikut:

1) Saudara Shukri Bin Alias (kritikal): JD 3000.00 = RM13 600
2) Saudari Nur Ili Dayana Binti Mazlan: JD 700.00 = RM3 200
3) Saudari Humairak Binti Ibrahim: JD 1000.00 = RM4 600

Sebarang sumbangan boleh terus dimasukkan ke akaun:

Akaun Maybank - 1630 4627 8572

Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus,
Timbalan Bendahari MPMMJ 2013/2014


1 comment:

Anonymous said...

JPA tak sediakan insurance kpd pelajar2 mereka disanakah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...