Update Video. Runtuhan Susur keluar Jambatan Kedua pulau Pinang berlaku kerana rempuhan kren

Hanya framework yang runtuh bukannya structure. Itupun disebabkan rempuhan kren yg sedang bergerak di tempat pembinaan menurut laporan yang diterima.


Link Video

Kejadian baru berlaku jam 730 malam tadi.
Harap bertenang. Jangan fikir yang bukan-bukan. Aku juga menerima panggilan dari rakan bertanyakan hal ini. Ada yang menganggap struktur di atas laut yang runtuh. Jika keadaan itu berlaku, memanglah tak senang duduk nampaknya.

Bahagian yang runtuh ialah di atas darat di bahagian sebelah Pulau iaitu flyover penghubung ke lebuh raya.  Siasatan rapi harus dilakukan untuk mengenalpasti punca kejadian ini. Jangan pula ada pihak yang tak bertanggungjawab mempolitikkan pula kejadian ini. JKSB (Jambatan Kedua Sdn Bhd) kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini, bersedialah jawapan anda.
Dipercayai ada sebuah kereta dan motosikal dibawah runtuhan ini.

Dikhabarkan pihak penyelamat masih mengesan kemungkinan mangsa ada yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan tersebut yang dikatakan 4 orang di dalam sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Lagi gambar dan liputan boleh lihat di matkilaupenang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...