Rejim DAP Mengganas Lagi Bertindak samseng Terhadap Peniaga Nasi Kandar!!

PIC HIASAN

BUKIT MERTAJAM - Seorang pemilik restoran nasi kandar di sini kecewa dengan tindakan ala samseng sepasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ketika merobohkan struktur tambahan di restorannya di Seberang Jaya pada 23 Mei lepas.
   
Sabaruddin Ahmad, 40, mendakwa tindakan lebih 100 pegawai dan anggota penguatkuasa MPSP itu menyebabkan beliau mengalami kerugian RM12,000 termasuk kamera litar tertutup (CCTV) di restorannya mengalami kerosakan.
   
"Saya kesal dengan tindakan ala samseng MPSP itu yang bukan sahaja merobohkan struktur bumbung sisi yang boleh dibuang secara manual kerana ia hanya selebar 1.2 meter dan sepanjang enam meter tetapi menggunakan jengkaut.
   
"Ia dibina oleh pengusaha sebelum ini dan untuk mengelak tempias hujan, tindakan mereka telah menyebabkan kerosakan kepada peralatan di restoran malah saya kerugian hampir RM12,000 apabila wayar CCTV dipotong sehingga berlaku litar pintas di seluruh kedai," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
   
Katanya berikutan tindakan MPSP itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya hari ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap MPSP.

Beliau yang mengambil alih restoran itu sejak Februari lepas berkata pihaknya menerima notis daripada MPSP awal Mei atas alasan melanggar syarat kelulusan apabila memasang bumbung sisi.       

   
Sabaruddin berkata ketika kejadian beliau tiada di restoran kerana berada di luar negara dan ada berbincang dengan seorang pegawai MPSP berhubung bumbung sisi berkenaan sebelum dinasihatkan supaya membuat rayuan.
   
Katanya beliau juga telah menghantar surat rayuan kepada MPSP pada 22 Mei lalu tetapi belum sempat surat itu dijawab, pihak berkuasa tempatan itu telah datang merobohkan struktur tambahan itu keesokan harinya.
   
"Sebenarnya bumbung sisi itu dibina oleh pemilik asal namun saya hairan kenapa sebelum ini mereka tidak mengambil tindakan terhadap beliau dan terdapat banyak kedai-kedai lain di kawasan itu yang turut memasang bumbung sisi tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh MPSP," katanya.
   
Beliau juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya berlaku unsur rasuah dalam tindakan MPSP itu kerana pernah didatangi seorang lelaki yang mendakwa penguatkuasa dari pihak berkuasa berkenaan yang meminta wang perlindungan RM2,000.
   
Sementara itu, Setiausaha MPSP Rozali Mohamud ketika dihubungi berkata tindakan yang dibuat pihaknya mengikut prosedur termasuk menyerahkan notis kepada pemilik restoran itu. - Bernama

A.S kata, benda ni dah berbuih mulut dah diulang. 

Hanya peniaga melayu dan muslim saja dilakukan tindakan tegas penguatkuasaan seperti ini.

Prosedur apanya? Sudahla tiada budibicara.

Kalau nak bertindak, biar adil terhadap semua. Ini roboh awning boleh buat secara tertib, tapi nak guna jentolak juga!Tak ketinggalan, nak rasuah juga!

Yang orang cina berniaga sampai atas jalan, sampai sekarang dipejamkan mata saja.

Sedaq-sedaqlah orang melayu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...