Papan Tanda Tulisan Jawi Penang Free School Dibuang oleh Manusia Paranoid.


Tindakan menggantikan papan tanda bertulisan jawi di pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (PFS) di sini dengan papan tanda tulisan rumi bahasa Inggeris bagi meraikan ulang tahun ke-200 sekolah tersebut amat dikesali.

Beberapa bekas pelajarnya berpendapat, tidak sewajarnya tulisan jawi tersebut ‘dibuang’ hanya kerana dakwaan segelintir pihak kononnya orang ramai keliru sehingga beranggapan PFS merupakan sekolah agama Islam.

Jamy Jasin Mokhtar, 38, berkata, tidak salah sekiranya pihak sekolah mahu menaikkan papan tanda untuk sambutan itu tetapi apa yang mengecewakan adalah papan tanda tulisan Jawi diturunkan.

“Kalau mahu menaikkan papan tanda baharu sekali pun, buatlah di sudut lain.

“Seolah-olah kewujudan tulisan jawi itu memberi masalah besar kepada sekolah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Rabu lalu akhbar melaporkan, papan tanda jawi di pintu masuk PFS telah digantikan dengan papan tanda mengumumkan sambutan ulang tahun ke-200 sekolah tersebut pada 2016.

Menurut Pengetuanya, Jalil Saad, keputusan itu dibuat selepas perbincangan Ahli-Ahli Lembaga PFS dengan persatuan bekas pelajar sekolah berkenaan.

Kedua-dua papan tanda baharu dan lama itu ditaja oleh Ahli Lembaga PFS, Datuk Syed Mohd. Aidid Syed Murtaza.

Isu tulisan jawi di pintu masuk sekolah tersebut pernah dibangkitkan oleh bekas pelajar dan orang ramai semasa mula-mula dilaksanakan pada 2007.

Seorang lagi bekas pelajar PFS, Mohd. Yassir Che Amat, 39, memberitahu, ada pihak seolah-olah ‘fobia’ apabila menggunakan tulisan jawi walaupun kewujudannya tidak melambangkan apa-apa.

“Seperti ada unsur-unsur perkauman, letak sesuatu yang ada kaitan dengan orang Melayu, sudah menggelabah pada hal tiada apa-apa pun.

“Kenapa kita (orang Melayu) mudah tunduk kepada mereka (desakan bukan Melayu),” soalnya.

Sementara itu, Azly Ali Abdul Aziz, 40, berpendapat, tidak sepatutnya ada pihak merasa terancam dengan tulisan jawi.

Menurutnya, tulisan jawi pernah digunakan secara meluas di negara ini sebelum zaman kemerdekaan negara.

Azli Ali percaya perkara tersebut berlaku disebabkan tekanan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.

Mohamed Ajmel Jamaludin, 39, pula menjelaskan, pihak yang mendesak itu seolah-olah tidak sensitif kerana tulisan jawi merupakan lambang untuk orang Melayu.

“Tindakan pihak-pihak terbabit seperti menghina orang Melayu,” ujarnya.

Katanya, amat mengecewakan perkara sedemikian berlaku kerana PFS telah melahirkan banyak tokoh di sektor-sektor kerajaan, korporat dan politik.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Syed Mohd. Aidid gagal -Utusan

1 comment:

Anonymous said...

perlahan2 akn lenyapnye org islam di penang...semua akan jadi cina

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...