Pesta Seks Selepas Konsert Metallica Di Stadium Merdeka???

Pic hiasan

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau turut menghadiri konsert itu tetapi tidak pula melihat mana-mana orang menganjurkan pesta seks selepas konsert selesai.

Ketua Pemuda Umno meminta Pemuda PAS lebih berlapang dada terhadap penganjuran konsert, seperti yang menampilkan kumpulan rock Metallica pada minggu lepas.

Katanya, Pemuda PAS tidak seharusnya membuat kesimpulan terburu-buru bahawa ia adalah gaya hidup yang mementingkan keseronokan semata-mata.

Menurutnya beliau turut menghadiri konsert itu tetapi tidak pula melihat mana-mana orang menganjurkan pesta seks selepas konsert selesai.

"Kata PAS, konsert begini akan menjurus kepada hedonisme atau pesta seks kemudiannya.

"Tapi selepas jam 11 malam, kebanyakan pengunjung konsert itu yang kebanyakannya individu pertengahan usia yang turut membawa isteri mereka ke konsert, memandu kereta mereka dan terus pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan juga hadir ke konsert itu tetapi berada di luar stadium untuk membantah penganjuran konsert tersebut.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta peserta Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh untuk mengulas tentang penganjuran konsert seperti konsert K-pop yang didakwa cenderung kepada gaya hidup bersifat hedonistik.

1 comment:

Anonymous said...

Mana ada Pesta Seks??? AKu pi jugak tengok concert ni.. lepas habis lepak minum kedai mamak je pun.. pesta seks ni kalau nak buat, tak payah tunggu concert Metallica pun.. hari2 boleh arrange. bergantung pada individu.. apa lah puak2 PR ni tak puas hati.. demmmmmmmm.... kalau betul ada pesta seks.. bagi la bukti.. setakat andaian atau dengar cerita orang.. aku pun boleh buat.. stupiddddd.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...