Kami sebelum ini ada juga dengar khabar angin mengatakan rocker
popular ini mengalami masalah kewangan tetapi tidak mengambil peduli
sangat kerana mana mungkin penyanyi yang sudah lama bertapak dalam dunia
seni mempunyai masalah duit.
Dengan status lagenda rock yang beliau pegang, Amy Search
pastinya tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyelesaikan hutang
peribadi. Namun, khabar yang sampai kepada kami mengatakan beliau
menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan.
Lebih tepat, Amy Search telah gagal untuk selesaikan satu hutang enam
angka yang berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search
sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah
sehingga beliau di’isytiharkan muflis.
Di atas, kami menerima satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang di’dakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.
Jika perkara ini benar, kami berharap Amy Search ada rancangan
sendiri untuk menyelesaikan hutang di atas kerana pastinya sulit untuk
beliau melakukan urusan kewangan di masa hadapan jika perkara ini
berlarutan.
-SumbeR
1 comment:
Amy adalah Idola saya..
Post a Comment