Guan Eng Jahanam Makin Gelabah Pabila Semakin Ramai Ahli dan Perwakilan DAP menolaknya
Ahli dan perwakilan DAP didakwa menolak kepimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mendakwa, dalam kempen yang dijalankan baru-baru ini, beberapa perkara dibangkitkan ahli dan perwakilan termasuk menolak Setiausaha Agung DAP.
“Mereka yang sudah lama menjadi ahli dan veteran yang berbilang kaum tidak diberi perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.
“…malahan mendapat penindasan walhal mereka inilah yang mempertahankan DAP waktu ianya hampir tenggelam dahulu dan sekarang mereka katakan bahawa DAP seperti kacang lupakan kulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mereka yang pernah menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing diberi tempat dalam parti mahupun kerajaan negeri.
“Mereka-mereka yang satu ketika dahulu menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing dan kemudian menjadi penyusup dalam DAP.
“Kini, sudah diberi tempat dan kuasa dalam parti mahupun kerajaan. Perkara berkenaan terjadi adalah disebabkan oleh kelemahan Setiausaha Agung,” katanya.
Menyentuh soal pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), beliau yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Pulau Pinang ini memberitahu bahawa ahli dan perwakilan tidak mahu apa yang dipraktikkan dalam pemerintahan negeri dipraktikkan untuk mencengkam parti.
“Mereka mahu melihat pemilihan CEC kali ini lebih telus dan terbuka.
“Mereka tidak mahu melihat ‘remote control’ digunakan seperti dalam ‘tender terbuka’ yang kononnya dilaungkan sebagai telus tetapi sebenarnya penuh dengan penipuan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment