Guan Eng jahanam sebenarnya diugut bunuh oleh orang DAP sendiri?


Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming mendakwa ugutan bunuh terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng semalam didalangi oleh “orang dalam” parti itu yang dipercayai mempunyai motif dendam dan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara sejak PRU13.

Enggan menamakan pihak terbabit, Kian Ming mendakwa terdapat segelintir “orang kecewa” dalam parti yang tidak dicalonkan pada PRU13 lalu dan tidak diberikan jawatan dalam parti, dipercayai terbabit mendalangi pelbagai usaha mensabotaj parti dan pucuk pimpinan sejak akhir-akhir ini.

“Banyak pihak mengambil kesempatan untuk memburukkan pemimpin dan parti kita, termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang yang diugut bunuh semalam.

“Ahli parti yang dipecat sejak tahun lalu juga antara mereka yang tidak berpuas hati dan menggunakan alasan itu untuk menyerang parti,” katanya kepada Sinar Harian Online di Ibu Pejabat DAP, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Guan Eng yang mendakwa beliau menerima ugutan bunuh menerusi laman Twitter daripada individu yang tidak dikenali, awal pagi semalam.

Menurutnya, beliau tidak mengenali individu yang menggunakan akaun twitter MoonYue18 yang menulis '#DynastyLim#CEC#DAPig#@cmlimguaneng cheater! u mati minggu depan' kepadanya.

Guan Eng hari ini membuat laporan polis ekoran ugutan bunuh itu selepas mendapat nasihat daripada peguamnya.SH

1 comment:

Anonymous said...

Ingatkan dia tak perlukan POLIS..erk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...