Lain kali jangan beri subsidi. Senang!!!


 'Lain kali, jangan beri subsidi'. Demikian reaksi Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan ketika diminta mengulas soal tindakan kerajaan yang terpaksa mengurangkan subsidi bagi petrol dan diesel, baru-baru ini.

Tindakan tersebut menerima respon dari pelbagai pihak yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan itu yang menyebabkan harga bahan api itu naik 20 sen seliter.

Wan Saiful berpendapat pemberian subsidi ini tidak sepatutnya berlaku sejak awal lagi.

Menurutnya, ketika kerajaan sudah tidak mampu lagi menampung kos subsidi tersebut dan terpaksa mengurangkannya, golongan berpendapatan rendah paling teruk menerima kesannya.

"Pengajaran utama daripada pengalaman yang perit ini, lain kali jangan beri subsidi sebab apabila kita nak berhentikan... ketika kita tak mampu nak teruskan lagi, yang sakitnya adalah rakyat yang berpendapatan rendah.

"Jadi, kalau tak nak melalui pengalaman seperti ini, jangan ulang dasar-dasar yang mensubsidikan rakyat. Kadar hutang negara pun tinggi. Benda-benda ini perlu diperbetulkan tetapi asal-usul masalah ini adalah dasar kerajaan yang berbelanja berlebihan," katanya ,

Mengulas lanjut soal kesan yang diterima rakyat terutama yang berpendapatan rendah, beliau mengakui mereka terpaksa melalui masalah ini demi membetulkan keadaan.

"Perkara yang kita perlu faham, ini ialah satu proses. Saya tak nak mengguna istilah pengurangan subsidi atau kenaikan harga minyak tetapi ini adalah lebih kepada proses pembetulan mekanisme harga di pasaran.

" Jadi, memang apabila berlaku perkara seperti ini, akan ada impak yang sedikit perit kepada sesetengah golongan yang berpendapatan rendah tetapi itulah realitinya.

"Saya rasa ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan memang terpaksa ditempuhi jika kita nak membetulkan keadaan. Walaupun kesan jangka pendek dari segi kewangan itu sedikit tetapi kesan jangka panjang, amat positif pada ekonomi negara," katanya.

Ketika ditanya soal kemungkinan barangan keperluan lain akan turut menerima nasib yang sama seperti minyak, beliau menegaskan ia bukan suatu kemungkinan sebaliknya, perlu dilaksanakan.

"Bukan saja mungkin, malah pada saya, perkara ini perlu dilakukan (kurangkan subsidi pada barang lain). Terlalu banyak benda yang kita subsidikan, harga yang dikawal oleh kerajaan.

"Ini merencatkan kelancaran perjalanan sistem pasaran sebab harga sepatutnya satu perkara yang ditentukan oleh pasaran bukannya oleh beberapa orang yang duduk di Putrajaya yang tak ada kena mengena dengan benda-benda yang dikawal harganya itu.

"Ini bukan isu mungkin atau tidak subsidi lain turut dikurangkan, isunya adalah memang perlu subsidi lain diturunkan. Malahan, akhir sekali ia perlu dihapuskan," katanya.

Beliau juga tidak menafikan harga barangan bakal melonjak jika subsidi dihapuskan.

"Ya, memang betul (harga barang mahal). Ini yang akan berlaku. Tetapi kita lihat bukan harga barang naik tetapi kembali ke paras yang sepatutnya. Sebelum ini, kita tertipu dengan harga yang tidak benar dalam pasaran.

"Sepatutnya lebih tinggi tetapi sebab ada subsidi dan kawalan, maka harga itu rendah. Jadi, apabila harga barang itu naik, selepas itu baru kita dapat tengok bahawa ada keperluan untuk menaikkan gaji-gaji. Sebab gaji ini biasanya mengikut keperluan pasaran.

"Jadi, sekiranya harga barang naik, kadar inflasi juga mungkin akan meningkat dan kemudian gaji akan turut naik tapi perlahan-lahan," katanya.SH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...