Penjelasan Lengkap Yang Harus Dibaca. Adakah harga petrol di Malaysia mahal??

1. Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?
Tidak.
Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej)

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei?
Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.
Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:
Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10.

3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?

Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11
Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain,tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.
Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:
Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):
Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21
Jika harga petrol tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Mesir yang berpendapatan EGP2,000 sebulan perlu membayar EGP2.75 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.
Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)
4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?
Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22
Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10
Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 Malaysia mempunyai antara bil subsidi minyak termahal di dunia.23
Perbandingan harga petrol sedunia yang dibuat oleh majalah The Economist pada 2008.
Pada November 2010, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24 Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.
Presiden AS, Barack Obama, bersama-sama beberapa orang pemimpin negara G20. Pada November 2010, pemimpin-pemimpin G20 telah menandatangani deklarasi untuk menghentikan subsidi minyak, yang dikatakan ‘menggalakkan pembaziran’, secara berperingkat. (Gambar daripada medicalcreditfund.org)
Menurut IMF,25 subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.26 Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.27 China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga memiliki pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit).28 Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak membayar harga sebenar untuk minyak kerana menerima subsidi 3.9% daripada kos sebenar.22
China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)
China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)
Apabila China memotong subsidi dan menaikkan harga petrol sebanyak 20% pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun USD5 setong. 

17 comments:

Anonymous said...

yang penting kenapa harga RON95+subsidi=RM2.73 lebih mahal dari RON 97=RM2.70 tanpa subsidi..kat sini apa yang mahu dibohongi lagi????

Anonymous said...

lu tak payah cakap la beri fakta ke apa ke naikkan harga minyak pekara yang sensitif aku yg dlu undi bn dah menyampah dah sekarang ni cara kerajaan nak terjun gaung

Anonymous said...

bro, sekarang ni kita bukan nak bandingkan harga minyak negara mana yang paling murah, sekarang ni ISU DIA harga BARANGAN MENINGKAT tetapi GAJI REMAIN AT THE SAME..minyak naik semua barang lain akan naik...rakyat malaysia ramai yang susah bro, bergelumang dengan hutang je brooo...suku sakat sultan menteri-menteri hidup dengan lavish lifestyle...ANAK SEBERANG OHHH ANAK SEBERANG...KALAU NAK PENJELASAN YANG LEBIH KUKUH CALL AKU K 017-3285943

Anonymous said...

Harga minyak dia org memang lebih tinggi tapi pendapat diorg pun lebih tinggi sebab ekonomi dia org lebih bijak diurus. Mcm singapore

Anonymous said...

Sebenarnya banyak lagi faktor yang perlu diperlihat selain bandingkan harga dengan negara yang hampir sama. Point tu dah betul dah, saya sokong. Tetapi tak semestinya ekonomi kita sama macam mereka. Tak silap saya Malaysia ni banyak income dia.

Anonymous said...

nampaknya isu minyak ni digemari oleh red bean army....hehehe..

tgk posting 4 diatas, betapa liciknya mereka melakukan diversion..

apa pon fakta yg diberikan mereka cuba divert..

apa2 pon rakyat boleh menilai...hehe

Social Media Volunteer (SMV) said...

Salam Saudara Blogger yg hebat,

Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

Marilah kita bersama sama berjuang untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan.

Bantu mereka yang ditindas dan cuba membawa masalah rakyat untuk kita selesaikan bersama.

Salam perkenalan
http://smvonline.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SocialMediaVolunteers

Anonymous said...

sape yg yg mampu bk beli minyak, jgn guna kenderaan sendiri... kasar bunyi tu........takat 20 sen apa cer bro...
lu org dok abiskan rokok rm10/day apa cer bro.......astro rm80/day ... apa cer bro.....dll... lu pikir la sendiri.......

ini lah harga minyak yg terpaksa oleh org2 islam kalao mereka ini bertuhankan manusia yg mberi rezeki. jikalau mereka yakin ALLAH S.W.T yg mberi rezeki mereka ttp bsyukur dan beriman kpd ALLAH kerana ALLAH akan menguji umatNYA yang beryukur @ tidak!!!!!

ALLAH S.W.T uji sikit dh melompat mcm kera.

Anonymous said...

aku tak kesah pon naik ker turun....apa2 pun, syukur alhamdulillah..

Anonymous said...

TERUSKAN PERJUANG 'ANAK SEBERANG'...AKU TETAP SOKONG BN UNTUK SELAMANYA

Anonymous said...

UMNO-BN FOREVER

Anonymous said...

hei kenapa la ko mungkir janji najib kata tahun ni takde kenaikan minyak aku gerenti pru akan datang ko ngn bn tumbang

Anonymous said...

bongok tul naikkan harga minyak tak kira la ko bagi penjelasan apa pada rakyat,rakyat mana kira kalau dah harga minyak naik barang2 lain naik mampos ko bagi bola tanggung pada pembangkang pru akan datang memang melingkup ko bn

Anonymous said...

x payahlah buat penipuan dengan menggunakan macam-macam alasan. Pokoknya, bangsa melayu adalah bangsa yang paling penipu dalam dunia.Lihatlah negara yang bangsa melayunya ramai, semua rakyat akan susah dan raja serta menterinya akan senang dan kaya raya. Inilah musibatnya bila jadi bangsa melayu. Asyik di tipu dan di paksa jadi orang bodoh seumur hudup !. Kepada pencacai Umno yang kena tipu lagi bodoh seperti pak menteri Nazri yang pukimak tu ! anda semua memang bahalol dan celaka kerana mengundi orang yang pukimak. Itu saja.

Anonymous said...


‘Sales tax on petrol never imposed, RON95 still cheaper than RON97′

Posted on June 8, 2012, Friday

KUALA LUMPUR: The government has never imposed any sales tax on consumers for petrol price to ensure that the people are not burdened by the price of the commodity.

Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the sales tax for petrol was 58 sen per litre, which the government did not collect from consumers.

In rebutting claims by certain quarters that the pump price for the premium grade petrol RON97 is now cheaper than that of RON95, he said those who made the claims had omitted the sales tax when making comparison of the real market price for both grades of petrol.

“They purposely try to confuse the public by omitting the sales tax on RON97,” he told reporters after opening the 10th Global Indian Festival 2012 at the Mid Valley Exhibition Centre, here, yesterday when asked to comment on the statements by some bloggers yesterday that RON97 is now cheaper than RON95.

“The actual market price for RON95 will be RM3.18, where the government subsidy of 70 sen
and 58 sen in sales tax are added to the pump price of RM1.90 per litre.

“As for RON97, the real market price with tax is RM3.38 (RM2.80 per litre + 58 sen in sales tax).

“This means that the government not only gives subsidy for petrol (RON95), it also forgoes the sales tax.

“Actually, the government can collect the sales tax, but it does not,” he said.

As of yesterday, the pump price for the subsidised RON95 is still maintained at RM1.90 per litre while RON97 was reduced by 10 sen yesterday to RM2.80 per litre following a dip in average global crude oil price recently.

The price of RON97 is unsubsidised and determined by global market forces.

“I hope the public understand that when the price of RON97 goes down, it does not mean the price of RON95 is also down, as the government still bears the subsidy of 70 sen per litre for RON95,” he said. — Bernama


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/08/sales-tax-on-petrol-never-imposed-ron95-still-cheaper-than-ron97/#ixzz2jCMcb51J

Anonymous said...


‘Sales tax on petrol never imposed, RON95 still cheaper than RON97′

Posted on June 8, 2012, Friday

KUALA LUMPUR: The government has never imposed any sales tax on consumers for petrol price to ensure that the people are not burdened by the price of the commodity.

Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the sales tax for petrol was 58 sen per litre, which the government did not collect from consumers.

In rebutting claims by certain quarters that the pump price for the premium grade petrol RON97 is now cheaper than that of RON95, he said those who made the claims had omitted the sales tax when making comparison of the real market price for both grades of petrol.

“They purposely try to confuse the public by omitting the sales tax on RON97,” he told reporters after opening the 10th Global Indian Festival 2012 at the Mid Valley Exhibition Centre, here, yesterday when asked to comment on the statements by some bloggers yesterday that RON97 is now cheaper than RON95.

“The actual market price for RON95 will be RM3.18, where the government subsidy of 70 sen
and 58 sen in sales tax are added to the pump price of RM1.90 per litre.

“As for RON97, the real market price with tax is RM3.38 (RM2.80 per litre + 58 sen in sales tax).

“This means that the government not only gives subsidy for petrol (RON95), it also forgoes the sales tax.

“Actually, the government can collect the sales tax, but it does not,” he said.

As of yesterday, the pump price for the subsidised RON95 is still maintained at RM1.90 per litre while RON97 was reduced by 10 sen yesterday to RM2.80 per litre following a dip in average global crude oil price recently.

The price of RON97 is unsubsidised and determined by global market forces.

“I hope the public understand that when the price of RON97 goes down, it does not mean the price of RON95 is also down, as the government still bears the subsidy of 70 sen per litre for RON95,” he said. — Bernama


Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/08/sales-tax-on-petrol-never-imposed-ron95-still-cheaper-than-ron97/#ixzz2jCMcb51J

Anonymous said...

Singapore tu rakyat dia beli minyak guna ringgit ke yang sengal buat perbandingan macam tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...