Fuh.. UPSR 5A dapat hadiah kereta Mini Cooper baru??


Ibu bapa mana yg tidak gembira jikalau anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tapi la beruntung menjadi anak kepada bapa ini. Semalam seorang pelajar Sk Zainab 1, Kota Bharu mendapat kejutan dari bapanya bila dihadiahkan sebuah kereta mini cooper berharga rm210k setelah mendapat keputusan 5A dalam keputusan UPSR yang baru diumumkan.

Mengikut sumber, kereta itu terus dihantar kesekolah oleh bapanya yang merupakan taukey ayam apabila mengetahui anaknya mendapat keputusan yang cemerlang itu.Fuhhh, UPSR dah dapat mini cooper. Agaknya la, bila PMR & SPM nanti score jugak dapat apa pulak?

Hebat rakyat Malaysia di bawah naungan kerajaan pusat UMNO/BN ni..

Sebagai info:Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud pada Khamis.Beliau berkata seramai 466,167 calon menduduki UPSR pada tahun ini dan pencapaian keseluruhan telah meningkat sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN).
 
“Ini merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun 2010 di mana GNP telah meningkat dari 2.31 mata pada tahun 2010 kepada 2.30 mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun ini. (Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik).
“Ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di sini.Abd Ghafar berkata seramai 42,646 calon UPSR tahun ini berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun lalu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...