Lepas wajah calon ketua pemuda 'dianjingkan', maki hamun kata kesat semakin rancak dalam pemilihan Pas.


Makin hari makin kronik dan kotor nampaknya pemilihan PAS pada tahun ini.
Setelah tempohari gambar calon Ketua Pemuda Pas Pusat ditukar menjadi anjing, kali ini pula kempen puak khawarij ini dicemari fitnah dan maki hamun yang penuh kata kesat.

Apalah nak jadi dengan parti yang kononnya beretorik merekalah Islam dalam segala hal,namun pada hakikatnya merekalah parti yang kotor dan jijik pabila berebut kuasa.

Aku sendiri yang terlibat secara langsung dalam pemilihan Umno baru baru ini samada di peringkat bahagian dan pusat, tidak pernah berhadapan dengan situasi kempen yang mengaibkan seteruk ini.

Tahap terdesak berkempen sehingga mengeluarkan kata kesat dan mengaibkan pihak lawan, tidak pernah terkeluar dalam kempen pemilihan Umno apatah lagi di peringkat pusat. Semuanya berjalan dengan penuh harmoni dan penuh dengan suasana kekeluargaan.
Dalam majlis Liqa' Fikri (bercambahan pemikiran) anjuran Lajnah Tarbiyah PAS Perak itu, seorang penceramah program yang disertai ahli dan pemimpin PAS itu didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadap dua pemimpin PAS iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Dzulkefly Ahmad dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata kesat yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.Malaysian Insider

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...