Mr Arrogant Hadir Dalam Muktamar PAS?


Kekalutan yang berlaku di dalam Pas timbul ekoran munculnya "Mr Arrogant" di dalam parti itu, kata perwakilan Terengganu, Hishamuddin Karim.

Menurutnya, konflik dalaman yang berlaku di dalam Pas bukan disebabkan pertembungan antara golongan ulama dengan Erdogan tetapi ia lahir daripada perkara baru.

Beliau berkata, sikap sombong telah menguasai kepimpinan Pas sehingga sanggup memandang sinis kepada pemimpin yang dipilih perwakilan yang lain.

"Konflik dalaman yang berlaku ini bukan hasil daripada pertembungan ulama dan Erdogan dengan ulama tetapi ia lahir dari satu perkara baru iaitu yang disifatkan sebagai 'Mr Arrogant' yang muncul di dalam Pas.

"Arrogant (sombong) inilah yang mengusai diri dalam sebilangan pemimpin Pas sehingga kita meraskan kitalah yang terbaik dan hebat dan menyebabkan kita memandang sinis kepada pemimpin lain yang telah diberi kepercayaan kepada perwakilan," katanya dalam perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di sini, hari ini.

Golongan Erdogan, mengambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyib Erdogan, dilabelkan sebagai golongan profesional dan progresif dalam Pas, manakala kumpulan pro ulama dilabelkan sebagai konservatif.

Tambah Hishamuddin, semua konflik yang berlaku di antara pemimpin Pas perlu "dikuburkan" dalam di persidangan kali ini.

"Kekalutan yang berlaku perlu diselesaikan segara oleh Pas.

"Kita kebumikan terus di stadium ini untuk membentuk gerak padu dan perkukuhkan kedudukan Pas," ujarnya

2 comments:

Pas 80s said...

Mr Arrogahts in PAS, lots lots, since before.

Anonymous said...

Yes, it true...since they joins Al Juburi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...