Anwar cuba merasuah sebanyak RM 300,000 untuk duduk diam?


YUKTES DAKWA DITAWAR RM300,000

Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendakwa beliau ditawarkan wang tunai RM300,000 agar tidak membantu peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Dakwanya, tawaran tersebut dibuat melalui orang tengah di tempat letak kereta di Kelab Selangor, dipercayai ada kaitan dengan kebimbangan pihak tertentu jika beliau membantu Muhammad Shafee berikutan banyak maklumat sulit pasukan peguam bela Anwar masih dalam pengetahuannya.

Yakin dengan pendedahan itu, Yuktes menerusi kenyataannya di portal http://www.anwaraidc.com dengan tajuk 'Pendedahan Eksklusif: Anwar Ibrahim & Kes Liwat II-Yuktes Vijay' mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...