Mat Said Songlap Bantuan Untuk Mangsa Banjir? Biar Betul??


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya.

Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk mangsa banjir di Kemaman.

Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak munasabah.

"Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya.

Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.

Ahmad berkata beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya. - Bernama


A.S KATA MUDAH SAHAJA, PUAK PAKATAN DAN FITNAH BERPISAH TIADA. SEHARI MEREKA TAK FITNAH, TAK MAKI HAMUN SERTA TAK MENGADU DOMBA MAKA TAK TENTERAM HIDUP PUAK PAKATAN LAKNATULLAH NI.

DIHARAPKAN MAT SAID AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP ADMIN PAGE FB PAKATAN RAKYAT ELECTION NEWS INI. MEMANG RUTIN HARIAN KEREKA MEMFITNAH SAJALAH. BAGI AKU INI SUDAH KETERLALUAN PABILA MENUDUH YANG BUKAN BUKAN TANPA DISERTAKAN BUKTI YANG KUKUH.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...