Khalid Ibrahim tak puas hati pulak dengan..


Saya ingat, tidak boleh guna maklumat itu (hasil kajian UMCEDEL) untuk putar belit keinginan rakyat.


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoal kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung kajian mereka bahawa
Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih dikehendaki sebagai ke jawatan tersebut.

Khalid berkata hasil kajian tersebut tidak menggambarkan keinginan rakyat Selangor secara keseluruhannya dan bersifat akademik Universiti Malaysia (UM)
semata-mata, lapor Berita Harian hari ini.

"Saya ingat, tidak boleh guna maklumat itu (hasil kajian UMCEDEL) untuk putar belit keinginan rakyat.

"Apabila ditanya, ada rakyat beri jawapan dan ada yang tidak beri jawapan, itu hanya status akademik UM," katanya seperti dilapor akhbar itu.


Pada 20 Februari lalu, Pengarah Umcedel Prof Datuk Mohammad Redzuan mengulas kajian pusat itu yang menunjukkan pengundi DUN Kajang menyambut baik pencalonan Anwar sekali gus memberi laluan kepada ketua pembangkang menjadi menteri besar Selangor.

Dalam laporan itu juga, Khalid berkata isu penggundurannya tidak perlu dibangkitkan lagi, kerana memberi fokus kepada pilihan raya kecil DUN Kajang terlebih dahulu.

"Dalam Pakatan dan PKR, kita mesti selesai pilihan raya Kajang dulu. Lepas itu kalau adda apa-apa hendak dibincangkan, kita akan bincang. Survey atau tidak
itu adalah kajian yang dibuat.

"Dari segi perbincangan Pakatan (mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor) yang baru, ia akan dibincangkan (kalau perlu) lepas PRK Kajang,"katanya.

Malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...