Berita Kurang Enak Didengar MH370. Kotak hitam tidak mungkin dijumpai??



KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat  Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan ratus juta dolar, memandangkan ianya sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kenyataan ini dibuat oleh seorang saintis bertaraf dunia, David Mearns menerusi temuramahnya dengan China Central Television (CCTV), Sabtu lepas.

Mearns yang berasal daripada United Kingdom, juga merupakan seorang pakar pencarian kapal karam di lautan dalam, berkata, dia terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 akan gagal dalam menemui kapal malang itu di di dasar laut di Lautan Selatan India dengan hanya berdasarkan petunjuk yang ada.

Katanya, walaupun ada bangkai kapal yang dibawa naik, ia agak mustahil untuk menjejak MH370 memandangkan kapal hilang itu sudahpun dibawa arus lautan gergasi ke arah yang tidak diketahui lebih daripada 20 hari.

Mearns juga menyatakan realiti yang harus ditempuhi semua, bahawa, kotak hitam yang dicari-cari selama ini tidak berkemungkinan dapat dijumpai.

Ini menurutnya, kerana penggunaan teknik dan peralatan oleh pasukan misi pencarian yang ada kini tidak mempunyai keupayaan yang mencukupi.

Saintis marin ini juga berkata satu-satunya cara untuk mencari kotak hitam adalah untuk mencari dan menapis bangkai ataupun serpihan pesawat yang ditemui.

Mengikut pengalamannya, kos pencarian ini akan mencecah lebih 45 juta dolar, dan akan menjadikannya jumlah yang lebih besar mengatasi tragedi Air France di Lautan Atlantik pada tahun 2009.-Astroawani

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...