@chefwan58 cuba buat lawak bodoh tapi serius tak kelakar lah wooi!! #mh370


Selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Chef Wan

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.-astroawani

1 comment:

Anonymous said...

Bodoh pnya org..dah pegi haji..minum arak lgi..tu psal jdi bangang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...