Samsung Galaxy S5 Mula Dijual 11 April Nanti. Berapa harganya?


Samsung menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 secara rasmi di Malaysia pada harga RM2,399 yang mula dijual 11 April nanti. Turut diperkenalkan, Galaxy Fit dan Gear 2 yang dijual pada harga RM599 dan RM899. Galaxy S5 pastinya dapat memenuhi kehendak asas pengguna yang mahukan kamera berkualiti tinggi serta aplikasi mudah untuk membuat suntingan serta memindah naik pada resolusi kamera 16 megapiksel.

 S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.

 Dari segi fizikal, ia sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun dengan rekaan yang lebih moden seperti liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang.

 Skrin lebih besar iaitu 5.1 inci Full HD Super AMOLED pastinya menjanjikan kepuasan pengguna ditambah dengan pemproses 2.5 GHz Quadcore dan generasi kelima Wi-Fi 802.11ac serta 2X2 MIMO yang menyokong frekuensi LTE kategori 4.-HM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...