Hudud Di Kelantan. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Bakal Dipecat ??


Dewan Pemuda PAS Kota Bharu (DPPKKB) menuntut agar parti itu memecat ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw kerana menentang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasa undang-undang hudud di negeri  itu.

Ketua Pemuda PAS kawasan tersebut, Dr Rosli Alani menuntut demikian bagi menjaga imej parti, memandangkan Hu enggan memberi penjelasan mengenai undang-undang hudud kepada bukan Islam.

“DPPKKB mendesak PAS Pusat supaya mengambul tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap Pang Chaw, termasuk melucuctkan beliau dari jawatan Pengerusi DHPP.

“Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan martabat PAS sebagai sebuah parti politik Islam terpelihara manakala martabat pemimpin PAS pula tidak diperlekeh di mata umum,” katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Hu enggan menjalan tugas tersebut kerana cadangan pelaksanaan hudud itu didakwa “diputuskan oleh PAS tanpa mengambil kira pandangan rakyat”.

Hu juga sudah banyak kali membuat kenyataan berkenaan isu hudud yang bercanggah dengan dasar dan perlembagaan parti, kata Rosli seperti dilapor Utusan.

“Beliau pernah dilaporkan berkata di dalam berita muka depan (sebuah akhbar) pada 10 Oktober 2011 kononnya 20,00 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

“Walaupun telah dipanggil memberi penjelasan oleh PAS Pusat, pada 15 November 2013, beliau sekali lagi dilaporkan berkata tidak dapat melihat sebarang kebaikan yang boleh dibawa oleh hudud,” kata Rosli lagi.

Jelasnya lagi, beliau tidak bermaksud untuk meminta PAS memecat Hu kerana parti tersebut menolak pandangan orang bukan Islam.

“Tindakan ini sebaliknya merupakan penolakan PAS kepada individu yang mahu menjadikan kedudukannya di dalam PAS sebagai peluang untuk mendapatkan sesuatu,” katanya lagi.-MK


A.S kata; Aku sokong 100% perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan dan yakin begitu juga semua ahli UMNO yang lain. 
Tapi Pemuda PAS ini juga harus desak agar 'pecat' sekali DAP dan PKR yang juga jelas menolak perlaksanaan hukum hudud! Ada berani ke :)

1 comment:

Anonymous said...


hey melayu islam bangang,CINA tetap
CINA,ini mesti ingat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...