Kehebatan dan spesifikasi Penuh Kereta Presiden US 'The 'Beast'


Gambar Kereta Rasmi Barack Obama 'The Beast'  | Lebih dikenali sebagai "The Beast", Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.

Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.


Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.

Gambar Kereta Rasmi Barack Obama 'The Beast'

Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.


Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam.


The Beast 

The Beast dilihat meninggalkan Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.

Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.


Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.


The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...