Gambar-Gambar Kekecohan Penyokong Selepas Perlawanan JDT Lawan Pahang Semalam..

Stadium Larkin Full House Semalam

 Suasana d Stadium Tan Sri Hassan Yunus di sini tegang apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mencetuskan provokasi terhadap penyokong Pahang sejurus tamat perlawanan separuh akhir Piala FA, malam Isnin.
Kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di pekarangan stadium sejak pukul 11 malam dan enggan bersurai lebih sejam kemudian walaupun diarah pihak polis.
Gambar Kekecohan Penyokong Selepas Perlawanan JDT Lawan Pahang 5 Mei 2014
Mereka menghamburkan kata-kata kesat sambil memaksa penyokong Pahang segera keluar meninggalkan stadium.
Perkara itu menyebabkan pemain dan penyokong pasukan pelawat tidak dibenar keluar dari stadium oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian buruk berlaku.
Kira-Kira 500 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat cuba menenangkan keadaan meskipun tidak diendah penyokong terbabit.
Pada perlawanan itu, JDT1 seri 1-1 dengan Pahang.
Gambar Kekecohan Penyokong Selepas Perlawanan JDT Lawan Pahang 5 Mei 2014
Difahamkan, tindakan segelintir penyokong JDT itu berpunca daripada rasa tidak puas hati ekoran insiden selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Feb lepas.
Dalam insiden itu, bas yang membawa penyokong JDT mengalami kerosakan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Superintenden Abdul Samad Salleh berkata pihaknya berjaya menyuraikan penyokong JDT hampir dua jam selepas tamat perlawanan.
Gambar Kekecohan Penyokong Selepas Perlawanan JDT Lawan Pahang 5 Mei 2014

Gambar Kekecohan Penyokong Selepas Perlawanan JDT Lawan Pahang 5 Mei 2014
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada terdapat sebarang tangkapan.
Sejurus selepas semua penyokong JDT bersurai, pemain serta penyokong Pahang dilihat meninggalkan stadium - mStar online

2 comments:

Jane Duncan said...

Seolah- olah menganjurkan pertandingan sukan untuk menggalakkan permusuhan antara saudara sesama Islam??? Kaji semula tujuan dan tukar acuan pertandingan! Lainlah kalau hanya untuk kaut keuntungan semata-mata!!!

Anonymous said...

Tau takpe...........diaorg bukan apa..nk suruh wakil Pahang keluar minta maaf je....yg telor masuk sampai ke halkum kenapa? hariotu bukan main samseng lagi baling batu....datang tempat orang dah mcm bapok takde telo kenapa?...lain kali kalau otak tu berfungsi dgn baik...jangan sesuka nak baling batu...kalau nk sangat..kitaorg boleh buat derma bawak penyokong sakai ni ke Palestin...baling la puas2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...