Pelumba basikal negara cedera parah dilanggar kereta!


Kuala Lumpur: Pelumba basikal negara Kimberley Yap parah selepas terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Penchala Link menghala Damansara, kira-kira jam 8 pagi tadi. Difahamkan, ketika kejadian beliau menjalani latihan secara berseorangan sebelum dilanggar sebuah kereta dari belakang.

 Menurut sumber polis, berikutan kejadian Kimberley dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi rawatan selepas cedera di bahagian kaki, kepala dan badan. Sumber memberitahu, Yap yang berusia 29 tahun kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan lanjut.




YAP dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan lanjut di PPUM.

Harian Metro difahamkan Kimberley berlatih seawal jam 7 pagi dan sering menggunakan laluan berkenaan bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan antarabangsa.-HM

Aku mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali meneruskan misi menggalas tugas mengharumkan nama negara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...