@cmlimguaneng terkedu pabila ADUN DAP Sertai MCA!

Adun Luyang Sertai MCA

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Dr Hiew King Chew, yang mengisytiharkan keluar dari DAP pada September tahun lalu menyertai MCA.

Bekas Ketua DAP Sabah itu menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai MCA kepada Pengerusi MCA negeri, Wilson Yong di sini, Jumaat. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyaksikan majlis itu berkata, tindakan Hiew itu membolehkan beliau berkhidmat untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan lebih efektif.

 Mengalu-alukan kedatangan Hiew dalam parti itu, Liow menyifatkan Adun Luyang sebagai pemimpin yang berdedikasi yang memerlukan platform yang tepat untuk memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih baik.

Beliau berkata, MCA mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk menerima Hiew dalam parti itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...