5 gambar terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh di KL

KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.38 pagi itu, dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa dilaporkan.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...