‘Gadis Peugeot’ akhirnya mohon maaf.




2 jam yang lalu, Kiki Kamaruddin atau lebih dikenali dengan nama gelaran Kiki CDM25 mula mengemaskini status pagenya dengan kata-kata seperti berikut:

“What happened to me? So sad! Will change my plate number soon.”

Statusnya itu mendapat respon 201 pengguna Facebook. Ada yang menyarankan tidak perlu menukar nombor pendaftaran, sebalik tukar cara dan adab bila berdepan dengan orang lain.

Dalam page itu juga, Kiki menegaskan insiden yang terjadi tiada kaitan dengan syarikat Kerja Kahwinan SDN BHD, tempatnya mencari sesuap nasi. Dalam masa yang sama dia turut memohon maaf di atas tindakannya tempoh hari.

Kiki juga memohon agar orang ramai memberikan ruang dan menyatakan dia juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Disamping itu Kiki memohon agar page-page yang diwujudkan semata-mata untuk menjadikannya sebagai bahan lawak dihentikan serta merta.

Berkenaan dengan kata-katanya yang berbaur perkauman dalam video yang tersebar meluas di laman sosial, Kiki menjelaskan dia tidak tahu bahawa jika memanggil seseorang itu ‘cina’ akan dianggap sebagai perkauman. Kiki sebelum ini pernah mengalami pengalaman yang buruk dengan cina dimana dia telah ditipu dalam bentuk wang ringgit.

Kiki sekali lagi merayu pada orang ramai agar tidak mengancam dirinya dan anak-anaknya di masa akan datang. Dia juga merayu agar videonya dibuang serta merta dan dia mengakui apa yang terjadi adalah kesilapan yang datang dari dirinya.
kiki-

Biarpun ada yang menyarankan Kiki membuat satu video pemohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia terutamanya uncle yang menjadi mangsa bulinya itu, Kiki terpaksa menolak. Ini kerana dalam saat ini, dia tidak berupaya membuat sebarang kenyataan. Ditambah pula dengan pelbagai persoalan dari pihak keluarganya sendiri, jiran dan juga rakan-rakannya. Namun dia tidak menolak berkemungkinan dalam masa akan datang dia akan berbuat demikian.

Berkenaan dengan insiden yang dialami oleh ibu Azizul sebelum kejadian pelanggaran dengan uncle cina terbabit, Kiki berkata dia mengakui kesilapannya jika perkara itu benar.

Walau bagaimanapun, Kiki tidak teragak-agak membuat laporan polis jika ada sebarang pihak yang mengugut mengancam keselamatannya. Pada masa ini, sebaik-baiknya orang ramai memberikan sokongan dan nasihat yang membina, bukannya caci maki yang diperlukan.

57 minit yang lalu, pegawai penyiasat IPD Puchong telah menghubungi beliau untuk diambil keterangan.

Namun amarah orang ramai masih belum reda dan menyerang page Kiki bertalu-talu dengan sindiran Steering Lock, lapor My Media Hub.

7 comments:

Anonymous said...

Apa lah nasib betina macam ni..awak tak payah nak merayu" damage is done"..sebab tu orang tua cakap..fikir dulu sebelum membuat sesuatu..guna akal fikiran bukan nafsu...tenguk dari gaya kau berdiri, bercakap atau tindakbalas engkau dah menunjukkan engkau seorang yg bongkak, riak dan sombong..ubah lah perangai sesuaikan dgn gaya berpakaian engkau..jadilah sorang muslimah yg bertakwa

Anonymous said...

berfikir sebelum bertindak.. tak salah nak marah cuma tak perlu dijerit dan dimaki hamun. mana santun dan budi gadis melayu?mudahnya maruah digadai kerana amarah yang menjerat diri. Siapa dan apa bangsanya yang penting saling menghormati.

Anonymous said...

nasik dah jadi bubur dikkk.

Anonymous said...

memang nasi telah menjadi bubur.. walau sebakul hatta seguni atau juga sepadang bola permohonan maaf.. namun rata2 jelata sukar menerima akan perkara yang telah berlaku..
betullah "damage is done"...
walau bagaimanapun, tak salah jika kita beri kiki sedikit ruang untuk maha menyedari akan kesilapan kesalahan yang telah dia lakukan..
sedangkan uncle tu pun dah beri kemaafan tanpa apa2 tindakan..
renungkan kata2 uncle tu masa buletin utama tv3 sebentar tadi..

Anonymous said...

Yang aku hairan lah, sewaktu cina DAPigs racist Danny ang menyebut CIBAI PUNYA MELAYU d KFC i-city ari tu tidak pulak ditahan dan didakwa kerana cuba memainkan sentimen perkauman, kalau melayu buat silap sedikit jadi isu besar, kita sekarang ne berada d malaysia ke singapore, banyak lagi perbuatan cina racist d malaysia yg menguris hati org melayu dibandingkan perempuan ne.

Anonymous said...

saya berpendapatpolis harus mengambil tindakan dan bawa ke makhamah,supaya dia belajar dari kesilapan nya.Dengan hanya meminta maaf kemungkinan akan berlaku lagi insiden seumpama ini.

Anonymous said...

No need to change plate number...I suggest look at yourself dulu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...