Update. Laporan Polis Terhadap P.U Shahul Hamid oleh AMK kerana menghina agama Hindu?


Ana tak berani masuk campur.
Sendiri buat sendiri tanggung.
Cakap siang pandang pandang.
Cakap malam dengar dengar..

Yang ana tau, Ustad Shahul ni memang pro pas dan agak rapat dengan YB Malik Kassim Exco Kerajaan Dap Pulau Pinang.


UPDATE!!
Jangan manipulasi majlis ilmu

FATHIN ATHIRAH HASLI

July 30, 2014

SHAH ALAM - Masyarakat dinasihatkan agar berhati-hati dalam menyampaikan maklumat di majlis ilmu bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham di antara bangsa dan agama di negara ini.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi
Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, majlis ilmu yang dianjurkan sepatutnya diguna dan dimanfaat sepenuhnya sebagai medium untuk menyeru ke arah kebaikan.

Katanya lagi, majlis agama juga tidak boleh dimanipulasikan untuk mengganggu keharmonian masyarakat dan mencalar sensitiviti perkauman di negara ini.

"Mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), mana-mana pihak yang cuba melakukan atau melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 6,000 bagi kesalahan pertama.

"Tertuduh juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebih tempoh tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, tertuduh boleh dikenakan penjara bagi tempoh todak melebihi lima tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel berkaitan tajuk ni: Kenyataan rasis: MIC, PPP, NGO lapor polis

Beliau berkata demikian susulan penyebaran klip video seseorang individu yang didakwa cuba mempersendakan kepercayaan masyarakat berbilang kaum di negara ini melalui sebuah ceramah yang dianjurkan dalam sebuah majlis ilmu baru-baru ini.

Pihaknya dalam pada itu turut menasihati orang ramai supaya tidak berkumpul atau mengadakan bantahan di mana-mana lokasi bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap isu yang disebarkan.

"Kami sarankan kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati supaya tampil membuat laporan polis dan tidak menggunakan platform media sosial sebagai medium bagi menghukum dan menghentam individu tersebut," katanya lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...