Rafizi Yang Gagal Didesak Letak Jawatan Oleh Pemimpin PKR Sendiri..

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli digesa supaya meletakkan jawatan kerana beberapa tindakannya didakwa membawa kepincangan kepada perpaduan ahli di dalam parti itu.

Bekas Ketua Penerangan PKR Kedah, Ishak Man berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) perlu membuat keputusan mengenai perkara itu kerana jika Rafizi tidak meletakkan jawatannya PKR mungkin akan hilang kepercayaan daripada ahli dan rakyat.

Ishak mendakwa, Rafizi adalah arkitek kepada malapetaka yang dihadapi oleh PKR sekarang dan beliau juga didakwa menjadi penyebab kepada kemelut di dalam parti itu.
"Rafizi kena ambil tanggungjawab ini sebab beliau gagal dalam beberapa tindakannya dan kita tidak mahu lihat beliau terus gagal jadi kena letak jawatan.

"MPT perlu buat keputusan sama ada melantik Pengarah Strategi parti yang baharu atau melucutkan jawatan Rafizi jika beliau tidak mahu meletakkan jawatan," katanya ketika ditemui di Jalan Kancut di sini hari ini.

Ishak mendakwa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang juga sebenarnya dirancang oleh Rafizi selaku Pengarah Strategi PKR.

"Kemelut politik dalaman PKR terus menjadi ketara apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengisytiharkan letak jawatan untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang.

"PRK Kajang merupakan satu tindakan provokasi terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden.

"PRK Kajang juga merupakan satu platform politik mendorong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk pertahankan jawatan Presiden dan PRK Kajang juga sebenarnya merupakan pisau yang akan menikam politik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali," dakwanya lagi.-utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...