Kenapa kereta Singapura iringi calun PAS?


Sekarang ini banyak kenderaan luar berada di Pengkalan
Kubor. Sebahagian besarnya adalah petugas dan
penyokong parti. Sebahagian lagi
adalah pasukan keselamatan dan agensi kerajaan. Tetapi
sebahagian yang lain adalah kumpulan anarki
dan subversif yang diupah khas untuk melakukan provokasi
agar berlaku pertumpahan darah dan mengganggu
keamanan di Pengkalan Kubor.

Pada 14 September lalu, sebuah kereta yang bernombor
pendaftaran Singapura dikesan mengekori calon PAS
di mana-mana sahaja kempen dilakukan. Kedua-dua
lelaki yang menaiki kereta tersebut, kelihatan sangat
bergaya. Kedua-duanya dipercayai merupakan 'UTUSAN
PAP' yang didatangkan oleh DAP untuk melihat apa yang
berlaku di Pengkalan Kubor.

Sepanjang malam tadi, beberapa berita telah diterima
membabitkan kenderaan-kenderaan luar yang didatangkan
khas untuk tujuan-tujuan anarkis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...