Sedih! Bra terpakai antara disumbang kepada mangsa banjir

Buruknya sikap sesetengah rakyat Malaysia kerana ada antara ahli masyarakat menjadikan pusat pengumpulan barangan bantuan banjir sebagai tempat untuk 'membuang' pakaian-pakaian lama mereka.

Antaranya pusat pengumpulan bantuan banjir pertubuhan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia menerima antara lain sumbangan seluar dalam dan baju dalam sudah dipakai dan lusuh untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang kini melanda dengan teruk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Setiausaha 1 Muslim Care, Abdul Razak Mohamed yang ditemui di pusat pengumpulan sementara bantuan mangsa banjir berkata, sejak pusat itu dibuka 25 Disember lalu sejumlah 5 tan pakaian terpakai telah disumbangkan kepada mereka.

"Kami terpaksa menggunakan tenaga sukarelawan yang terhad dan menghabiskan masa mengasingkan pakaian terpakai ini. 

"Kira-kira 20 peratus daripada sumbangan pakaian terpakai terpaksa dibuang. Siapa mahu memakai pakaian dalam terpakai atau baju dan seluar yang telah koyak? tanya Abdul Razak ketika ditemui di sini hari ini.

Selain seluar dalam dan baju dalam terpakai ada segelintir masyarakat yang turut menyumbang kasut bertumit penuh perhiasaan dan kasut lusuh yang tapaknya telah tertanggal.

Pusat berkenaan kini tidak lagi menerima sebarang sumbangan berbentuk pakaian terpakai.-Utusan

2 comments:

Anonymous said...

bra rosmah ke....tak pe bra to leh gantung untuk kucing2 yg kesejukan dan mencari tempat teduh dan kehangatan kesejukan banjir....moral of the story....kita menderma ikhlas tak perlu menunjuk...walau bra itu terpakai masih boleh di kitar semula...contoh spongenya boleh di wat lap tingkap dan lantai tali pula utk mengikat barang agar tak terlerai...so baru atau lama kita ikut saranan kerajaan iaitu kitar semula

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...