Perwakilan PAS akui dalam PAS banyak 'syaitan'


SERDANG - Perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah'.

Beliau berkata kewujudan pengkhianat itu adalah mereka yang tidak memberi ketaatan atau wala' kepada kepimpinan parti yang hanya memecahbelahkan parti gerakan Islam itu.

"Dalam konteks kita berjemaah, jika dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (Pas) berapa banyak syaitan yang wujud.

"Tak sempurna Islam kalau kita tidak berada dalam jemaah, melainkan kita dalam jemaah, tidak ada jemaah jika tiada kepimpinan.

"Sebab itu wala' kepatuhan ketaatan dalam jemaah merupakan persoalan pokok," katanya ketika membahas ucapan dasar Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob pada Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan itu mendakwa perbuatan tidak taat kepada pimpinan tertinggi bermakna seseorang itu telah menempah dosa kerana telah melanggar baiah yang telah di ikat antara dirinya dan ALLAH SWT.

Katanya lagi perbuatan tidak taat kepada pemimpin juga disifatkan sebagai pengkhianatan kepada parti.

Bagaimanapun tegasnya, ketaatan itu bukan untuk memperbodohkan ahli bawahan dan mendewakan pimpinan Pas membuta-tuli.'SH

4 comments:

aku melayu said...

yelah...adake orang pas sokong pesta arak,,ada ke orang pas setuju buat kandang babi kt sepang,,ada ke orang pas setuju jual arak kt shah alam,,,,,ada kr orang pas setuju anuar nak jadikan bini anuar mb selangor,,,,ada ke orang pas setuju kawan dengan ambiaga yang dah terang 2 memusuhi islam,,,,ada ke orang pas setuju dgan peliwat,,,,,,tupasal orang pas cuba jangan jadi munafik

Anonymous said...

Dari atasan kepada bawahan rangka organisasi PAS, kita ummat Melayu mohon perlindungan Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Pengasih daripada perkosaan ahli syaitaniyah PAS itu.

Anonymous said...

maka dengan tersingkirnya syaitan2 ini maka PAS akan aman damai... semua usta2 yang ada sangat jelas fikrahnya, bekerja tanpa mengenal penat lelah, bekerja panjat tembok, panjat pokok, panjat bukit... semuanya dilakukan oleh ustaz2... orang lain yang berlawanan pendapatan (adakah berlawanan akidah) semua perlu disingkirkan... Tahniah pimpinan PAS daripada kalangan ulamak...

Anonymous said...

Biarpun geng ular dalam semak yang menguasai pas atau geng anuwariyun yang menguasai pas ... satu yang pasti ... peliwat akan terus dijulang dan dijunjung serta dimartabatkan sebagai perdana menteri ... dengan itu mereka ini wajib ditentang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...