Harga Minyak Naik. Imbas kembali antara Anwar, Venezuela dan Greece


Berikutan Harga Minyak Naik 15 Sen Mulai Esok. Ramai Cai Menyalak Malam Ini

Ketika debat antara Ahmad Shabery Chik lawan Anwar Ibrahim lama dahulu yang turut disiarkan secara langsung oleh RTM. Antara hujjah yang dibawa Anwar ialah bagaimana subsidi membantu rakyat Venuzuela menikmati harga minyak dengan harga cukup murah didunia dan mengapa pula Malaysia tidak berbuat demikian demi membantu rakyat yang miskin?

Hujjah berkaitan harga minyak murah dinegara Venuzuela lah yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim pada malam tersebut dan Anwar terus membandingkan dengan Malaysia.

Banyak  perbincangan berlaku dan ramai penonton merumuskan Anwar Ibrahim memenangi debat malam tersebut namun walau pun masih muda saya berpendapat sebaliknya .

Lagi pun secara logiknya mana mungkin pelajar ekonomi dari universiti Leeds seperti Ahmad Shabery Chik boleh kalah kepada pelajar sastera dari UM seperti Anwar dalam soal ekonomi kecualilah penonton melihatnya dari sudut bahasa..

Greece pula merupakan negara yang mengenakan kadar GST sebanyak 0%.. Rakyat Greece bersorak dan berbangga dengan sistem ekonomi negara mereka. Malah Greece nenjadi sebutan pembangkang seluruh dunia ketika kadar GST mahu dinaikkan oleh negara masing masing.
Kini Greece menjadi sebutan bukan kerana barangan murah atau kerana kadar GST 0% tetapi sebagai sebuah negara yang gagal dan muflis. Wang pencen untuk rakyatnya tidak lagi mampu dibayar oleh negara tersebut

Negara Vinezuela yang menjadi kebangaan Anwar Ibrahim juga manghampiri negara muflis apabila menanggung hutang yang terlalu tinggi dan KDNK yang terlalu rendah dan malar. Ekonomi Venuzuela dan pasaran menjadi kucar kacir apabila harga minyak kini terpaksa dinaikkan sebanyak 600% dan kerajaan sudah tidak mampu untuk terus mengeluarkan subsidi. Realitynya walau pun kerajaan Venuzuela mengeluarkan subsidi cukup banyak untuk menjadikan sebuah negara paling rendah menawarkan harga minyak kepada rakyatnya. Dengan kenaikan mendadak harga minyak di negara tersebut serta harga kesemua barangan kini melambung,  rakyat Venuzuela yang selama ini miskin semakin papa kedana
Adakah subsidi membantu rakyat Venuzuela secara jangka panjang?

Sesebuah negara sama seperti sesebuah syarikat atau peniaga. Jika kos untuk mengeluarkan sebungkus cendol ialah 70 sen. Anda pula menjualnya dengan harga 40 sen sebungkus kerana kononnya meniaga cara nabi versi kepala hotak beliau.
Faham fahamlah ye nasib syarikat cendol tersebut secara jangka panjang.
Memenangi sesuatu perdebatan bukalah bererti benar

#Tumpat4BN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...