Tidak! Jangan Harap La. Anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan maknya, Wan Azizah tidak sekali-kali akan bersumpah laknat meskipun polis sudah sahkan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin PKR itu tulen.Nurul Izzah kata,
"Tidak perlu saya dan ibu bersumpah kerana ikut hukum Islam, tuduhan zina mesti bersaksi dan usaha mengaibkan sesama Islam sangat dikecam, "
Ya benar, tuduhan zina mesti bersaksi. Tapi video yang ada dan saksi Datuk T yang ada adakah bukan bukti yang nyata?
Ini bukan masalah nak aibkan bapak hang Nurul Izzah oi, ini cuma nak memberitahu rakyat bahawa bakal "PM" Malaysia andainya benar melakukan kes ini dia perlu ditolak rakyat. Seorang peimpin Islam jika ada pelbagai skandal seks amat perlu ditolak di negara Malaysia ini.
Semasa pelbagai kerja mengaibkan pemimpin UMNO dilakukan oleh Puak Pakatan Haram, mana pergi ayat jangan aibkan orang Islam wahai Nurul izzah? Jangan terlalu nampak sangat berat sebelah dalam hal ini.
Memang benar kata pepatah, kemana kuah kalau tak ke nasi. Bapak borek dan anak pun rintik. Selagi tidak melanggari syarak jika bersumpah laknat, apa yang susah sangat? Buat je lah untuk membuktikan kebenaran di pihak kita. Adakah dalam Islam ada menyatakan yang dilarang bersumpah laknat untuk menyatakan kita di pihak benar?



