Tu Dia! Style Baru Celur Mee. Pasti Terangkat!


A.S nak tanya dah takda tempat lain sangat ka nak celur mee tu?
Mungkin gambar diatas hanyalah gurauan. Sentiasa bersangka baik, takkanlah sampai ke tahap tuor punya pengot?
Tapi A.S nak pesan juga, kalau makan di luar tu berhati-hati dan utamakanlah kebersihan.

info A.S: lapangan terbang tertinggi di dunia


LAKARAN artis mengenai projek lapangan terbang tertinggi di dunia yang akan dibina di negeri Naggu, China pada tahun depan. - AGENSI

BEIJING 28 Dis. - China akan memulakan pembinaan lapangan terbang tertinggi di dunia bermula tahun depan di negeri Naggu.Agensi berita Xinhua melaporkan, lapangan terbang itu akan dibina 100 meter lebih tinggi daripada rekod yang dipegang oleh sebuah lagi lapangan terbang di wilayah Qamdo.Katanya, lapangan terbang Naggu akan dibina pada altitud 4,436 meter di atas paras laut, tinggi sedikit berbanding lapangan terbang Qamdo yang mempunyai ketinggian 4,334 meter.Tambahnya, projek mega itu akan menelan kos sebanyak 1.8 bilion yuan (RM888 bilion) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

China mula melaksanakan projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengubah suai lapangan terbang lama serta membina yang baru, terutamanya di bahagian barat negara ini, sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi.Kerajaan China juga melaburkan berbilion-bilion dolar di Tibet, dengan harapan dapat memenangi hati penduduk di wilayah tersebut.

Pihak kerajaan berkata, pembinaan lapangan terbang baru dan landasan kereta api ke Tibet akan membuka ruang pembangunan serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di wilayah itu.Namun, aktivis Tibet berkata, pembinaan projek-projek mega itu akan mempercepatkan lagi migrasi rakyat China ke wilayah terbabit, sekali gus menggugat budaya Buddha penduduk Tibet. - REUTERS

Bakal Pembeli Honda.. Jangan Risau.. (Gambar-Gambar)


A.S petik:
[BH] BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.

Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.

Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.

Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.

“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand. – AFP

Saranan A.S adalah lebih baik kita support barang tempatan terutamanya Proton yang diilhamkan oleh Tun M, negarawan terulung yang banyak sangat berjasa kepada negara.

Belilah barangan buatan tempatan, lebih murah dan juga berkuality disamping dapat menjana ekonomi negara

Malaysia Boleh..

Pakatan Haram sembang deras, habuk pun tarakk...

Pangkor Sejahtera Di Bawah DS Zambry. Syabass..

Entry Khas:

Bersama rakan-rakan mengelilingi Pulau Pangkor melihat kemajuan dan pembangunan yang mana DS Zambry Kader, MB Perak adalah ADUNnya yang juga anak jati kampung tersebut.
Melihat rumah sumbangan Yayasan Bina Upaya dibawah Kerajaan Negeri Perak yang diberikan secara percuma kepada penduduk Pulau Pangkor yang susah.

Tanah dibeli oleh Kerajaan Negeri dari orang awam demi untuk rakyat yang memang memerlukan kediaman yang selesa. Majority mereka berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN. Lihatlah bendera UMNO yang berkibaran megah ditiup angin laut..
Penerima yang bersyukur diatas kurniaan ini. Katanya, Alaamdulillah, kehidupannya lebih selesa dan sempurna sekarang bersama keluarga berbanding sebelum ini.

Projek Bantuan Rumah (PBR) yang mana peruntukan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wailayah juga berada di kelompok 35 rumah di kawasan tersebut. banyak lagi rumah-rumah yang bantuan sebegini yang diterima oleh rakyat DUN Pangkor.

Alhamdulilah, Pangkor amat bertuah memiliki anak jatinya yang amat berjasa kepada kampung halamannya. Lagi berita Pangkor akan menyusul. Teruskan menyokong BN..

Tenang! Jangan Cepat Melatah Lihat Gambar Ini!


Ramai yang melenting dan bermacam-macam ugutan dikeluarkan untuk 'mengajar' budak ini selepas melihat gambar ini disebarkan.
A.S yakin, sapa lihat pun akan marah dan naik darah ke kepala!
Inilah akibat kebebasan yang diperjuangkan samarata hingga ada individu yang sampai tak menghormati agama kita.
Kalau nak orang hormati agama kita, kita hormatilah agama orang lain dulu.

Rasulullah SAW dah ajar cara terbaik untuk menangani orang-orang yang menentang agama, penuh hikmah & berakhlak..
Sayang andai kita tak ambil iktibar dari kisah-kisah Baginda..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...