Timbalan ketua Cabang PKR Terkorban Dalam Kemalangan. Lori Dibakar, Pemandu Dibelasah

Keadaan Lori Yang Dibakar Penduduk Kampung

Sdr Bahktiar Appandi Bin Yahya seorang Ahli Majlis MPSP menemui ajal dalam kemalangan jalanraya. Beliau mati di tempat kejadian setelah motosikal yang ditunggang terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori di Tasek Gelugor.

Arwah juga merupakan Timbalan Ketua PKR Cabang Tasek Gelugor. Takziah buat keluarganya. Dikhabarkan juga lori yang melanggar arwah dibakar oleh penduduk kampung dan pemandu lori cedera parah dibelasah oleh orang kampung yang tak berpuas hati dengan kejadian tersebut

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...Al-Fatihah...

 

Ct Nurhaliza Makan Hati Pabila Datuk K Menyunting Rozita Che Wan?

Aku harap perkara ni tak menjadi kenyataan..
Kesian kat Tok Ti.. makan hati berulam jantung la kalau ia benar berlaku..
Harap penafian yang dilakukan oleh RCW adalah ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab..



.


.
Hmetro

Geng Superbike Malaysia Ramai Yang Buat Macam Ni?


Sejuk hati aku tengok gambar ni..
Walaupun mereka geng motor besar konvoi secara berjemaah, namun kewajipan kepada Allah tetap juga mereka lakukan secara berjemaah..
Pemandangan ini sukar dilihat di Malaysia.. Bukan aku nak kata geng superbike ni pemalas sembahyang, aku nak bagi tau sebabnya di Malaysia ni selang beberapa KM ada saja masjid dan surau yang dibina oleh Kerajaan UMNO/BN..

Begitu juga dilebuh raya, setiap R n R dan hentian sebelah sentiasa ada kemudahan ruang solat dan surau.. Alhamdulillah.. Aku Syukur dapat tinggal di Malaysia..

Video Menyayat Hati Kemalangan Maut Yang Mengorbankan 2 AJK Pemuda UMNO Bahagian Semalam



 Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..
Diharapkan banyak-banyak bersabar dan redha menerima ketentuan ilahi..
Sebagai warga pemuda UMNO aku jua turut bersimpati sangat dan sedikit sebanyak merasai kehilangan mereka..
Al-Fatihah

Geng Tian Chua Mengganas Di Dungun!


Seorang anggota polis wanita berpangkat koperal berdepan detik cemas apabila digigit oleh seorang wanita, dipercayai mengalami gangguan mental, dalam satu pergelutan ketika cuba menahannya dalam satu kejadian 'amuk' dekat Sura Gate, Dungun, semalam.

 Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi di Pusat Perniagaan Sura Gate itu, Koperal Norliza Mohd Noor, 35, cuba menahan seorang wanita berkenaan yang cuba bertindak liar di pasar raya berkenaan. Menurut Norliza, ketika dia baru hendak memulakan tugasnya dalam ‘Ops Payung’ bersama beberapa rakannya termasuk anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam di hadapan pasar raya tersebut, dia dimaklumkan oleh orang awam bahawa seorang wanita, dipercayai kurang siuman, cuba bertindak liar.

 Norliza, yang bertugas di Balai Polis Dungun, bersama beberapa rakannya kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan cuba menahan wanita terbabit. Namun suspek dikatakan bertindak agresif lalu berlaku sedikit pergelutan. “Dalam keadaan kelam-kabut, dia terus menerkam ke arah saya lalu mengigit di bahagian pergelangan tangan kanan. “Seorang rakan saya, anggota Relawati cuba membantu, namun dia turut digigitnya,” kata Norliza. Akibat kejadian itu, Norliza yang juga isteri kepada seorang anggota polis di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Dungun mengalami kecederaan di bahagian lengan manakala rakannya, Nur Rawaidi Razali, 20, cedera ringan.

 Wanita yang berasal dari Felda Ketengah Jaya itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dungun untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian berkenaan dan suspek yang difahamkan mempunyai rekod gangguan mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu. Dia kemudian dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

**************

Hangpa ingat kes ni?
Sebijik kan?
Kes dimana Tian Chua telah menghalang tugas polis dengan menggigit tangan polis tersebut di perkarangan Parlimen?
Ini bermakna Tian Chua juga mengalamai gangguan mental pada masa itu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...