Kereta pemberita disimbah cat!

Pic hiasan

KUALA LUMPUR - Kereta milik penyunting berita di meja Bahasa Inggeris Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) L. Jaiarajo, 54, yang diletak berhampiran rumahnya di Taman Desa di sini disimbah cat hitam dan merah, semalam.

Cermin depan kereta jenis Kia Spectra itu turut dipecah dan sebuah lagi kereta jirannya yang diletak di lokasi sama turut disimbah cat, dalam kejadian awal pagi itu.Jaiarajo berkata bagaimanapun, tiada barangan dalam keretanya dilarikan.

"Saya hanya menyedari kereta dipecah dan disimbah cat pukul 7.30 pagi semalam. Malam sebelum kejadian itu, isteri saya lihat kereta kami berada dalam keadaan baik sahaja.

"Ini adalah kali pertama berlaku sejak saya tinggal di sini 21 tahun yang lalu. Saya tak tahu apa motif kejadian. Saya dan keluarga tidak pernah berdendam dengan sesiapa," katanya sambil menambah kejadian dipercayai berlaku akibat perbuatan vandalisme. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.8

Menteri mana pulak yang dinerakakan oleh Nik Aziz?

KOTA BHARU 31 Jan. - "Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW." 

Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.-Utusan

A.S KATA; besar betul kuasa dia nih ye?
Boleh tau org tu kafir ke tak..boleh tau org tu masuk neraka ke tak
apsal tah..makin meluat aku tengok org tua ni skarang..nyanyuk dah ke?

Camna plak kezaliman Nik Aziz terhadap rakyat Klate yang melibatkan pelbagai isu hatta rumah orang kampung sendiri yang uzur dan miskin pun tak dipedulikan langsung oleh Nik Aziz?
Bab bekalan air yang terlalu kotor dan tanah rakyat yg dirampas adakah perlakuan ini menjanjikan sorrga yang nyata untuk Nik Aziz?

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tahniah! Pak Nil kini bergelar Datuk

Aznil kini Datuk

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Pengacara dan penghibur serba boleh, Aznil Nawawi, 51, kini telah bergelar Datuk.Gelaran tersebut dianugerahkan bersempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut hari ini.

Aznil dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama 40 individu lain. Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Apa? Noh Omar Ucap Tahniah Kepad Khalid Ibrahim?

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.

Noh berkata, kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.

Beliau berkata, pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.

"Kita mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih," katanya, semalam.

 Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh hujung bulan ini.

Noh berkata, jentera BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

"Kita berharap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN."Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang," katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor, Noh berkata,itu membuktikan bahawa pakatan pembangkang sememangnya tidak pernah sepakat.

"Dalam membuat keputusan yang begitu besar melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, menunjukkan pakatan pembangkang sebenarnya sebuah parti cacamarba."Mereka tidak layak untuk mentadbir negeri," katanya.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

Perdana Menteri Jadi Mangsa Pengacara Wanita Tak Berseluar Dalam (Pics & Video)

Perdana Menteri Serbia, Ivica Dacic,  dibuat tak berkedip oleh seorang presenter ‘nakal’ berpakaian seksi dalam sesi wawancara untuk televisyen di Croatia. Dacic bahkan harus menelan air ludah nya sendiri saat presenter seksi itu sengaja membiarkan skirtnya terbuka dan memperlihatkan bahagian dalam kewanitaannya. Wow!
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...