Steve Jobs Malaysia

Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan ciptaannya diiktiraf terbaik dunia.

Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30 negara.

Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand.Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini,

Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.

Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Lupa bawa topeng, perompak tutup muka dengan baldi.

Slidell - Seorang pencuri di Bandar Slidell, Louisiana, Amerika Syarikat (AS) lupa membawa topeng untuk menutupi identitinya dari kamera pengawas.

Pencuri itu pun melakukan improvisasi mendadak dan menggunakan baldi untuk menutupi mukanya.Pencuri yang bernama Richard boudreaux itu berniat untuk mncuri wang di sebuah restoran seafood tempat ia bekerja.

Ia pun menyusup ke dalam restoran tersebut pada malam hari ketika semua pekerja sudah pulang.Namun Bodreaux tidak sedar jika dalam restoran tersebut dipasang kamera pengawas. Pemuda berusia 23 tahun itu pun berusaha menutupi mukanya agar identitinya tidak terungkap.

Awalnya Bodreaux menutup mukanya dengan tangan, namun ia kemudian mencari idea yang lebih bagus. Ia pun mengambil sebuah baldi besar yang ada di restoran seafood itu untuk menutupi kepalanya.Ia pun berjalan masuk ke bilik pengurusan dan tempat kasir dengan ember ada di kepalanya.

Ia pun mebuka mesin juruwang yang ada di restoran tersebut dengan pemutar skru yang telah dibawanya dari rumah."Pada mulanya semua berjalan sesuai rencana untuk Bodreaux, ia memakai pakaian penyamaran, sarung tangan untuk menutupi cap jari, dan membawa alat untuk membongkar kaunter.

Namun kemudian ia ingat bahawa di restoran itu ada kamera pengawas, "ujar jurucakap polis Slidell, seperti dikutip Metro, Jumaat (18/1/2013).

Polis pun berjaya melihat sekilas wajah Bodreaux sebelum ia memakai ember. Pihak yang berwajib pun menangkap pemuda itu ketika ia sedang berada di rumah.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Nizar Sang Pemfitnah Bakal Diambil Tindakan?

Kerajaan Jepun meminta Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pihak membuat dakwaan palsu berhubung pembayaran pampasan RM207 bilion kepada mangsa buruh paksa di Thailand ketika Perang Dunia Kedua dahulu. 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan negara kuasa besar itu kepada Malaysia. 

Katanya, tindakan pihak tidak terbabit termasuk memalsukan memo dikeluarkan seorang pegawai Perbendaharaan yang sudah berpencen berhubung pembayaran pampasan itu sedangkan ia tidak benar, mencalar imej negara.

 "Mengenai memo tu kita sudah buat laporan polis dan kita harap polis mengambil tindakan dalam soal ini," kata beliau-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

Nizar Sang Pemfitnah Bakal Diambil Tindakan?

Kerajaan Jepun meminta Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pihak membuat dakwaan palsu berhubung pembayaran pampasan RM207 bilion kepada mangsa buruh paksa di Thailand ketika Perang Dunia Kedua dahulu. 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan negara kuasa besar itu kepada Malaysia. 

Katanya, tindakan pihak tidak terbabit termasuk memalsukan memo dikeluarkan seorang pegawai Perbendaharaan yang sudah berpencen berhubung pembayaran pampasan itu sedangkan ia tidak benar, mencalar imej negara.

 "Mengenai memo tu kita sudah buat laporan polis dan kita harap polis mengambil tindakan dalam soal ini," kata beliau-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

Dvd Seks. La.. Suara je ke? Potong stim betul!

Pic hiasan

Polis mengesahkan cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks membabitkan Speaker Dun Perak hanyalah rakaman audio tanpa sebarang visual.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, daripada siasatan yang dibuat, didapati DVD berkenaan tidak mengandungi sebarang visual adegan seks seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Bagaimanapun menurut beliau, siasatan terperinci masih dijalankan dan DVD berkenaan telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut.“Kita tidak dapat mengesan sebarang visual pada DVD itu, namun polis akan meneruskan siasatan dan keadaan ini mungkin akan mengambil masa lebih lama sebelum polis dapat melengkapkan siasatan,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini menyebut, DVD berkenaan dihantar ke Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras untuk ujian bayang dan dalam tempoh berkenaan, seramai 11 saksi dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Pendedahan mengenai DVD berkenaan tercetus pada hari terakhir Persidangan Keempat Mesyuarat Ketiga, Pengal Kelima, Dewan Negeri Yang ke-12  Perak, 21Disember lalu apabila dua wakil rakyat DAP, V Sivakumar dan A Sivasubramaniam memaklumkan menerima sampul surat melalui kiriman pos laju mengandungi DVD yang didakwa memaparkan aksi seks Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam keadaan mengaibkan.SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...