1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didalangi oleh DAP dan PKR sememangnya sudah lama mengidamkan untuk mengambil alih dan menguasai segala prasarana dan kemudahan seperti dewan di Pulau Pinang.
Perkara ini sudah menjadi impian dan sasaran mereka sejak dari mula mereka mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang. Pelbagai cara digunakan termasuk dengan cara jahat semata-mata untuk mencapai impian mereka.
2. Di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, semua kemudahan termasuk dewan orang ramai, tadika, gerai, dewan aktiviti, padang awam, pasar malam dan pelbagai lagi telah pun mereka kuasai dan mengambil alih tadbir urusnya walaupun hakikatnya semua kemudahan ini dibina oleh kerajaan terdahulu yakni BN. Kini tumpuan mereka terarah untuk menguasai kemudahan tersebut di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN seperti di DUN Teluk Air Tawar.
3. SMB merupakan salah seorang penduduk di DUN Teluk Air Tawar yang diwakili oleh wakil rakyat UMNO yakni YB Dato' Jahara. SMB juga telah menyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat cuba untuk merampas segala prasarana di DUN Teluk Air Tawar dengan pelbagai cara. Di kawasan majoriti Melayu, kerajaan negeri telah mempergunakan pencacai dari PKR untuk memjuk dan merampas kemudahan yang ada.
4. Pada peringkat awal, pencacai ini telah mempergunakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dikuasai mereka untuk merampas kemudahan tersebut. Hasilnya, mereka berjaya memperolehi beberapa kemudahan di bawah kuasa MPSP seperti Pasar Malam, Gerai jualan, padang awam dan beberapa lagi kemudahan.
5. Pencacai ini juga cuba menipu penduduk setempata dengan memalsukan surat rasmi iaitu dengan cara mempergunakan kepala surat Pejabat Daerah untuk merampas Dewan orang ramai, gerai milik JKKP, dewan GDW dan beberapa prasarana lain. Sebagai contoh, di Bagan Ajam, satu surat rasmi menggunakan kepala surat Pejabat daerah telah diedarkan kepada penduduk Bagan Ajam. Surat itu mengarahkan supaya semua dewan dan kemudahan dikosongkan untuk diambil alih urus tadbirnya.
6. Setelah diselidik dengan Pejabat Daerah Seberang Perai Utara, mereka telah menafikan mengeluarkan surat dan arahan seperti yang dinyatakan. Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat ke atas pencacai PKR tersebut atas dakwaan cuba memalsukan dokumen rasmi kerajaan.
7. Mereka sangat berminat untuk mengambil alih prasarana dan kemudahan tersebut memandangkan mereka sedar bahawa prasarana dan kemudahan yang dibina oleh Kerajaan BN terdahulu menjadi sumber pendapatan utama. Mereka amat memerlukan sumber pendapatan dengan kadar segera bagi menggerakkan aktiviti dan perancangan mereka. Sebagai contoh, pendapatan yang diperolehi dari sewa Dewan Panorama Bagan Ajam boleh mencecah hingga RM10,000.00 sebulan.
8. Jadi tidak hairanlah kenapa pencacai PKR ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bertindak menyalahi undang-undang demi untuk merampas hak milik Dewan Panorama. Mereka sering menggunakan alasan bahawa Dewan tersebut dibina di atas tanah milik kerajaan Negeri walhal JKKP yang juga bertanggungjawab menguruskan dewan tersbut telah menjelaskan cukai tanah tapak dewan tersebut.

suaramediabaru
1 comment:
PAS dan PKR memang merelakan mereka jadi kuda, jadi unta boleh dan dibabikan pun mereka tak kisah punya...!
tak percaya tanyalah pada Nik Aziz, Hadi Awang atau Zaid Ibrahim
Post a Comment