Jamil Khir bersuara. Biayai kos guaman tak salah!


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan pembiayaan kos guaman berjumlah RM63,650 dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada dirinya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain tidak salah dan mengikut peruntukan undang-undang.

Katanya, wang itu dari sumbangan tetap Kerajaan Persekutuan kepada MAIWP dan pendapatan dalam pelbagai sumber bukannya dari hasil kutipan zakat.Menurutnya, sebagai penjawat awam adalah tidak menjadi masalah untuk menggunakan dana MAIWP dan tidak timbul wang itu digunakan untuk urusan peribadi.“Jangan lupa, wang itu juga digunakan untuk membayar peguam dan pembiayaan melibatkan tuntutan jenazah orang bukan Islam selepas memeluk Islam, perbicaraan kes murtad, membela saudara baru dan pelbagai kegunaan lain yang berkaitan.“Sama juga apabila MAIWP melantik peguam untuk mengatasi masalah pertelingkahan antara Mahkamah Sivil dan Syariah sebagaimana terjadi dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana ia boleh menimbulkan masalah dari segi keadilan."

Apa akan berlaku sekiranya kedua-dua mahkamah meminta bukti berbeza dan membuat keputusan yang berlainan. Jadi tugas MAIWP menghalang daripada perkara ini berlaku,” katanya.Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pembangkang mengatakan beliau, Che Mat dan Shamsuddin menggunakan wang zakat bagi membayar kos guaman bagi kes melibatkan Anwar.Jumaat lalu, perkara sama disahkan Che Mat, mereka tidak menggunakan wang zakat selepas dibangkitkan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Jamil Khir berkata, mereka yang mempertikaikan pembiayaan guaman untuk membantu MAIWP seperti merendah-rendahkan martabat Islam dan menghalalkan pencerobohan terhadap agama itu.Mengulas mengenai bidang kuasa melantik peguam dan pendakwa raya, beliau yang juga Pengerusi MAIWP berkata, menteri dan MAIWP tidak mempunyai kuasa sebaliknya dilakukan Yang di Pertuan Agong.Jamil yang aktif sebagai penceramah bebas semasa berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia berkata, pembangkang sengaja menggembar-gemburkan pembiayaan wang zakat itu, sebaliknya mereka sepatutnya bersandarkan kepada isu sebenar di mana kes liwat pemimpin mereka.

"Untuk memastikan isu liwat tidak menjadi isu besar, mereka telah membina jentera fitnah untuk sebar dan melontarkan tohmahan kononnya pemimpin kerajaan termasuk menteri kabinet yang dilantik dalam kalangan orang jahat selain berpakat mengheret majlis agama untuk mengeruhkan keadaan dalam kemelut ini.“Mereka mencari kelemahan dan keburukan pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menimbulkan persepsi tidak baik kepada rakyat dan mengelirukan pemikiran kita semua.“Apabila kami membisu, mereka (pembangkang) mengatakan ia seolah-olah benar sedangkan niat sebenarnya untuk menghamburkan fitnah, bukan memperbaiki keadaan. Mereka juga sengaja mahu saya menyaman dan pada masa yang sama menuduh membuang wang rakyat bagi tujuan itu,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Menurutnya, beliau juga terkena serangan peribadi di mana pembangkang mengheret isu rumahnya yang dibeli pada 1994."Mereka kaitkan dengan penyelewengan wang zakat, sedangkan rumah rumah itu dibeli dari gaji saya semasa dalam tentera yang berpangkat mejar jeneral."Pinjamannya masih saya bayar sehingga kini," katanya.

Talipinggang Belakang. Esok Mula Saman: Satu Lagi Isu Rakyat Akan Marahkan UMNO/BN?


A.S selaku penyokong setia kerajaan sentiasa berpendapat apa sahaja keputusan kerajaan kepada rakyat adalah sesuatu tindakan yang betul dan pasti ada rasionalnya. Walaubagaimanapun, isu keselamatan dijalanraya adalah suatu perkara yang tak boleh dikompromi sama sekali.

Namun melihat kepada senario hari ini yang mana rakyat akan salahkan parti jika sesuatu keputusan itu tidak popular mengundang dilema adakah wajar ia diteruskan tatkala menjelang PRU13 ini.
Rakyat yang disaman pasti akan meluahkan kemarahan ke dalam tong peti undi. Ini pasti berlaku walaupun peratusannyaa tidak dapat kita jangka.

A.S selaku pemerhati dan pemain politik tempatan harap kerajaan kaji perlaksanaan hukuman ini. Bukan membantah, cuma mohon budi bicara saja. Cadangan A.S bagi pelaku kesalahan ini, apa kata PDRM atau JPJ kemukakan satu notis amaran bertulis yang spesifik kepada kesalahan ini. Setiap undi begitu berharga.
Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya.- HM

MISI SELAMATKAN AL-MAHDI 090112


Ibarat Sivaji The Bos...dari 3 hingga 8 Januari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat' pusing keliling ke 18 bandar di semenanjung untuk bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari ini.

Alasan mudah, main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.

Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Masih ada lagi orang melayu yang tak tau menilai perangai dan tabiat manusia.
Bawak-bawaklah berfikir yang mana kebenaran dan yang mana palsu dan pura-pura.
Kalau tak salah apa yang nak ditakutkan.
Kalau buat salah berani buat berani tanggung.
Tak perlu nak berdemontrasi 901, tak payah tunjuk lagak nak roboh tembok batu penjara. Semua tu buang masa saja.

Alhamdulillah.. Kaka Peluk Islam?? (Pics)



Heboh di dunia maya dan facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkemuka Brazil ini telah memeluk agama islam.

Gambar dibawah dikatakan diambil pada 26./12 baru-baru ni di sebuah masjid di Dubai.Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid tersebut.
Kalau berita ni benar alhamdulillah.
Bertambah lagi umat islam didunia.
Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.


sumber gambar: FB

Bunga Seksi Berpoya-Poya. Ashraff Gigit Jari? (Gambar-Gambar)

Hangpa layan la gambar ni.
Ashraff duk sebelah boleh tengok bini dia kena peluk dengan laki lain.
Ashraff jangan jadi laki dayus buat malu orang Malaysia kena gelak dek orang Indon saja..
Puahh .. Punahh Apa nak jadi ni?






gambar:mynewshub

Lagi Video Sadis Yang Membuktikan Ketidakprihatinan Rakyat China

Masihkah hangpa ingat tragedi seorang kanak-kanak dilanggar oleh van dan tidak dipedulikan langsung oleh orang ramai yang lalu lalang dikawasan tersebut?

Video ini juga membuktikan bahawa memang masyarakat sana dah terdidik dengan cara itu. Apa yang A.S tau, bukan mereka tak mau tolong. Tapi mereka tak mahu sesuatu yang buruk akan berlaku seandainya jika mereka menolong manhsa terbabit seperti kematian contohnya.

Ini petikan yang A.S kongsi bagi mereka nafikan bahawa warga China tak seburuk seperti yang disangka.

"please do your research before assuming that all Chinese people should kill themselves

there was a very famous case where a man helped an old woman on the street after she was in a car accident

he pulled her from under a truck and brought her to the hospital, but she died and he was sued because of that. China is not the same as the USA where people are more willing to help because we have a different justice system..."


Alhamdulillah, kita di Malaysia masyarakatnya masih erat dalam bantu-membantu diantara satu sama lain.

Caj Parking Melampau Di Penang Road!!


Rungutan yang A.S terima dari seorang rakan berkenaan caj parkir kereta di Jalan penang, tempat yang hanya terbuka sahaja. Kadarnya adalah RM5 untuk 30 minit.
Pihak berkuasa sepatutnya memantau caj melampau yang dikenakan dan memainkan peranan dalam menentukan kadar caj parkir yang lebih munasabah.
Bukan semua orang kaya macam Guan Eng.
Cajnya, mengalahkan harga parking di KL pulak! Di KLCC pun tak semahal itu!

Lagi 80 Ahli PAS Keluar Parti & Masuk UMNO Di Klate!


Seramai 80 penyokong setia PAS di bandar baru Tok Bali secara beramai-ramai menyertai Umno kerana kecewa dengan kegagalan PAS membantu penduduk miskin dan membangunkan bandar baru berkenaan.

Mereka yang diketuai oleh Daud Hussin, 50, menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada satu majlis yang diadakan secara besar-besaran.

"Saya dah jadi ahli PAS dah lama tapi tiada apa-apa perubahan yang dilakukan (sejak 21 tahun lepas)," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Daud berkata apa yang ada sekarang (projek-projek pembangunan) kesemuanya dibangunkan oleh Umno walaupun parti itu tidak berkuasa di Kelantan.

Rohayah Mat, 40, berkata beliau telah menyertai PAS sejak 20 tahun lepas dan mendapati tiada apa-apa yang dilakukan parti itu selain menabur janji demi janji untuk memancing undi.
Sementara itu, Zawawi ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata sehingga ini, lebih 3,000 anggota PAS telah menyertai Umno dan ini satu gambaran baik bahawa Umno mampu merampas empat kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Limbongan, Selising, Gaal dan Semerak pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Renungan: Beza Islam & PAS

Perlu untuk kita hayati agar kita tak terkeliru.
Fakta-fakta diatas membezakan secara jelas perlakuan di dalam PAS yang ada sekarang ini dengan amalan Islam sebenar yang syumul.
Sudah terang lagi bersuluh kan?

Jadi Pegawai PTD Bukan Lesen Pukul Suami


Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.

Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Filem Anwar Tak Boleh Jadi Box Office Lagi!


Anwar Ibrahim tidak akan menjadi faktor penentu keputusan PRU-13.
Sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.

“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” Rakyat pun sudah muak dan jelik dengan kelakuan Anwar.

Ramai yang bersimpati terhadap Anwar pada 1999 adalah majoritynya dari kalangan orang UMNO sendiri sebenarnya telah tertipu dengan lakonan 'hebat' pada masa itu.

Namun hari ini kita dapat lihat, semuanya dah sedar dan dapat menilai dengan sewaras-warasnya betapa Anwar tidak lebih dari ahli politik murahan yang banyak pengkhianatannya kepada agama, bangsa dan negara!

P. Ramasamy Ada Anak Luar Nikah ??


Daripada info yang dikutip merata di internet, Vijaya Ramasamy dikatakan adalah anak luar nikah Prof Rama yang belajar diluar negara. Ada juga desas-desus mengatakan Vijaya kini sudah kembali ke Malaysia dan sedang bekerja dengan 'ayah'nya..

baca SETERUSNYA

JAIPP sabotaj kerana Tun Mahathir tetamu utama program?


Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) hari ini mahu penjelasan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang didakwa menghalang hebahan majlis Multaqa Wahdatul Ummah anjuran persatuan itu pada 17 Dis lepas.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, persatuannya telah menghantar surat meminta penjelasan mengenai tindakan jabatan itu.

"Saya berasa kesal dengan tindakan JAIPP mengeluarkan surat arahan pada 15 Dis agar majlis ini tidak dihebahkan kepada orang ramai sedangkan dua hari sebelum itu, JAIPP telah mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan kesemua pengerusi kariah masjid seluruh negeri menghebahkan program itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, ekoran larangan hebahan oleh JAIPP itu, Pemenang kerugian RM100,000 kerana menyediakan peruntukan untuk makanan, khemah dan logistik untuk 3,000 orang tetapi ia hanya dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang.

Justeru itu, katanya, persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada JAIPP untuk menjawab surat penjelasan berkenaan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap jabatan itu sekiranya gagal memberi penjelasan.

Majlis Multaqa Wehdatul Ummah yang bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai salah seorang ahli panel. — BERNAMA

A.S NAK TANYA, ADAKAH TANGAN GHAIB DARI PUAK PAKATAN HARAM YANG CAMPURTANGAN DALAM HAL INI?

Gambar-Gambar Angkasawan negara Bersama Anak & Isteri

Di pagi buta ini, A.S nak kongsikan la dengan hangpa semua, gambar keluarga bahagia
Angkasawan Pertama Negara,Datuk Sheikh Muszaphar, Dr Halina & Anak Mereka,Sophea Isabella. Moga mereka berbahagia..











Disko berbentuk masjid di Sepanyol milik penjaga gol Real Madrid?


Siapa pemilik disko di Sepanyol yang menyerupai masjid dengan nama La Meca? Ternyata dia seorang bekas penjaga gol Real Madrid, Santiago Canizares.

La Meca merupakan disko yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disko ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara tersebut.

Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website disko tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut akan mengancam peperang besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.

Akibat kontoversi tersebut, akhirnya ketua perisik memperingatkan pemilik disko Santiago Canizares. Karena saat ini mereka menjadi target ekstrimis muslim yang mengklaim diskotek tersebut telah menghina agama islam.

Kemudian Santiago Canizares pun setuju untuk mengganti nama disko miliknya setelah bertemu dengan para pemimpin Muslim di Sepanyol.

Sebelumnya badan perisik Sepanyol, National Intelligence Centre , memperingatkan para pemilik atas ancaman yang dilakukan secara online yang dilakukan umat muslim moderatSepanyol yang meminta supaya nama disko tersebut diubah.

Ketua Federasi Entitas Agama Islam Sepanyol Mohamed Ali, mengatakan bahawa Mekah merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima kitab suci Al-quran.

“Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam ,” katanya. , “Padahal umat Islam selalu peka terhadap perasaan non-Muslim,” ujarnya.

sumber: itsmesaiful.blogspot.com

Geli Girl : Ikon Baru Penang Di bawah DAP


GEORGETOWN: Mula menjaja tubuh untuk mendapatkan wang ketika masih bergelar siswi, nyata kerja terkutuk itu sukar ditinggalkan biarpun diri kini sudah menjadi graduan dan memiliki pekerjaan tetap.

Tanpa rasa malu, gadis hanya mahu dikenali sebagai Aida, 24, berkata jika dulu golongan sepertinya dikenali sebagai ‘Call Girl’ atau ‘Escort Girl’, kini lelaki yang menagih belaian manja mereka memberi gelaran baru iaitu ‘Geli Girl.’

“Apapun gelaran diberi dan biarpun seluruh tubuh kami diratah, kami tidak kisah kerana apa dicari hanyalah wang. Yang penting, orang tak tahu kegiatan saya dan saya juga berjaya menghabiskan pengajian di kolej,” katanya.

Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.
“Ibu bapa saya di kampung tak tahu saya melakukan kerja terkutuk ini kerana setiap bulan saya akan memberikan separuh wang gaji kepada mereka.

“Wang yang dapat hasil kegiatan Geli Girl saya tak bagi pada ibu bapa tapi saya gunakan untuk beli barangan berjenama dan pakaian untuk diri saya,” katanya.-hm
klik untuk besarkan

A.S: Industri seks di Penang nampaknya makin maju semenjak dua menjak di bawah kerajaan DAP.
Macam-macam cerita dan kisah mengenai kisah ini menghiasi di dada-dada akhbar.

Pihak berkuasa dilihat seolah-olah menghalalkan industri ini makin berkembang maju di negeri Pulau Pinang. Ramai anak melayu yang makin terpedaya dengan gejala masalah sosial ini.

Penang makin hancur di bawah DAP!
Jom kita pakat kalih ke BN!

Update: Video Ucapan KP UMNO Penang Untuk Adam & SMM Tatapi. Ada Provokasi Dari mamat PAS!

Tonton hingga minit ke-9, ada seorang juak PAS datang nak jadi hero membela Adam cuba nak buat provokasi! Bercakap dengan biadap dan kurang hajar!
Apa cerita ni??

Pendirian pemuda UMNO jelas, Adam tak akan diapa-apakan.
Adam akan diberikan ruang seluas-luasnya untuk berucap..


Penantian kehadiran mahasiswa minority iaitu Adam Adli dan SMM oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang dan rakyat Malaysia yang sayangkan PM di Dataran Pidato yang dihadiri lebih 100 orang. Lebih tiga jam menanti, akhirnya tak kunjung tiba.

Nampak benar mereka bersalah, jika mereka di pihak yang benar mengapa harus gentar?
Ketua Pemuda, Sdr Ir Shaikh Hussain bersama para wartawan-wartawan yang turut setia menanti.



Semuanya bagai menanti buah yang tak gugur-gugur.



kredit: Pemuda UMNO Pulau Pinang- Gelombang Biru

Jaminan Dah Diberi Takkan Di Haria, Namun Adam Tetap Tak Kunjung Tiba!


Menurut info yang A.S terima, si mamat mangkok Adam Adli & SMM ni mahukan jaminan agar tidak diapa-apakan oleh 'peminat-peminat' dia semasa dia ke Padang Kota.
Ketua Pemuda UMNO Negeri, Sdr Shaikh Hussain yang berada disitu sudah bagi jaminan semasa sidang akhbar yang diadakan..

Walaupun jaminan telah diberi oleh 'peminat-peminat Adam, namun Adam tetap tak kunjung tiba.. selepas hampir 3 jam menunggu,
Tak tau lah A.S kalau dia mai juga selepas 'peminat-peminat' Adam dah pun berangkat balik.
Kalau SMM & Adam benar, kenapa mesti gentar?
Pejuang mahasiswa apa ni?
Pejuang taik kucing??

Dr. Asri Sahkan Jamil Khir Tidak Gunakan Wang Zakat !

Dalam twitter beliau ,Dr. Asri Zainul Abidin,mantan Mufti Perlis yang juga kini Pensyarah Pelawat di Oxford University menyatakan bahawa beliau telah menghantar SMS kepada Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengenai isu tuduhan salah guna wang zakat kepada Jamil Khir dan 2 lagi yang lain untuk mengetahui kesahihan sebenar tuduhan itu.

Berdasarkan tweet Dr. Asri ,beliau kemudiannya mendapat balasan SMS dari Jamil Khir yang mengatakan bahawa wang guaman kerajaan yang digunakan dan bukannya wang kutipan zakat untuk bayaran kepada khidmat guaman.

Kemudian DS Jamil Khir sendiri menelefon Dr. Asri menjelaskan satu persatu mengenai permasalahan yang timbul itu dan Dr. Asri faham kedudukan wang yang digunakan

Dr. Asri juga mencadangkan kepada DS Jamil Khir supaya membuat kenyataan terbuka kepada media segera dan beliau akan buat katanya

Berikut merupakan tweet dari laman twitter Dr. Asri mengenai isu tuduhan itu.

Kejutan Keluar Parti Di Nibong Tebal?



SIAPA.....SIAPA......SIAPA ?
ANGIN BERTIUP KENCANG SEJAK 2 MINGGU LALU. BUKAN KHAYALAN DALAM MASA TERDEKAT.
APAKAH MEREKA DARI UMNO NIBONG TEBAL? ATAU PKR ATAU DAP ATAU PAS?

DI KHABARKAN JUMLAHNYA AGAK BESAR DAN ADA YANG MENYATAKAN MELIBATKAN INDIVIDU TERTENTU .

KENAPA NAK KELUAR PARTI ?
MEREKA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEPIMPINAN.

KEPIMPINAN SIAPA?
TUNGGU...........BUKAN GEMPAQ......TAPI BIARLAH PENGISYTIHARAAN DI BUAT DAHULU DAN AKAN DIULAS KEMUDIAN.


KERANA TIGA ORANG PEMIMPIN UTAMA UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL, KELUAR PARTI BERLAKU ? MUSTAHIL........

ATAU


ATAU KERANA INDIVIDU INI?

ATAU

KERANA INDIVIDU INI YANG SUDAH LUPA DARATAN...................

BAKAL TERJAWAB SELEPAS TERLALU BANYAK BERITA BERKAITAN AHLI KELUAR PARTI. DALAM HAL PARLIMEN NIBONG TEBAL , APAKAH KALI IN AHLI PARTI BN ATAU PR?BK AKAN MENDEDAHKAN.TUNGGU................

Panass.. Dr Asri 'Sound' Badrol Amin Sebab Terlalu Memuja Nuat!


INI kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membebaskan Masjid Aqsa.

Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.

"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.

Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Baca seterusnya di agendadaily

Tu Dia! Style Baru Celur Mee. Pasti Terangkat!


A.S nak tanya dah takda tempat lain sangat ka nak celur mee tu?
Mungkin gambar diatas hanyalah gurauan. Sentiasa bersangka baik, takkanlah sampai ke tahap tuor punya pengot?
Tapi A.S nak pesan juga, kalau makan di luar tu berhati-hati dan utamakanlah kebersihan.

info A.S: lapangan terbang tertinggi di dunia


LAKARAN artis mengenai projek lapangan terbang tertinggi di dunia yang akan dibina di negeri Naggu, China pada tahun depan. - AGENSI

BEIJING 28 Dis. - China akan memulakan pembinaan lapangan terbang tertinggi di dunia bermula tahun depan di negeri Naggu.Agensi berita Xinhua melaporkan, lapangan terbang itu akan dibina 100 meter lebih tinggi daripada rekod yang dipegang oleh sebuah lagi lapangan terbang di wilayah Qamdo.Katanya, lapangan terbang Naggu akan dibina pada altitud 4,436 meter di atas paras laut, tinggi sedikit berbanding lapangan terbang Qamdo yang mempunyai ketinggian 4,334 meter.Tambahnya, projek mega itu akan menelan kos sebanyak 1.8 bilion yuan (RM888 bilion) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

China mula melaksanakan projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengubah suai lapangan terbang lama serta membina yang baru, terutamanya di bahagian barat negara ini, sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi.Kerajaan China juga melaburkan berbilion-bilion dolar di Tibet, dengan harapan dapat memenangi hati penduduk di wilayah tersebut.

Pihak kerajaan berkata, pembinaan lapangan terbang baru dan landasan kereta api ke Tibet akan membuka ruang pembangunan serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di wilayah itu.Namun, aktivis Tibet berkata, pembinaan projek-projek mega itu akan mempercepatkan lagi migrasi rakyat China ke wilayah terbabit, sekali gus menggugat budaya Buddha penduduk Tibet. - REUTERS

Bakal Pembeli Honda.. Jangan Risau.. (Gambar-Gambar)


A.S petik:
[BH] BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.

Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.

Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.

Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.

“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand. – AFP

Saranan A.S adalah lebih baik kita support barang tempatan terutamanya Proton yang diilhamkan oleh Tun M, negarawan terulung yang banyak sangat berjasa kepada negara.

Belilah barangan buatan tempatan, lebih murah dan juga berkuality disamping dapat menjana ekonomi negara

Malaysia Boleh..

Pakatan Haram sembang deras, habuk pun tarakk...

Pangkor Sejahtera Di Bawah DS Zambry. Syabass..

Entry Khas:

Bersama rakan-rakan mengelilingi Pulau Pangkor melihat kemajuan dan pembangunan yang mana DS Zambry Kader, MB Perak adalah ADUNnya yang juga anak jati kampung tersebut.
Melihat rumah sumbangan Yayasan Bina Upaya dibawah Kerajaan Negeri Perak yang diberikan secara percuma kepada penduduk Pulau Pangkor yang susah.

Tanah dibeli oleh Kerajaan Negeri dari orang awam demi untuk rakyat yang memang memerlukan kediaman yang selesa. Majority mereka berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN. Lihatlah bendera UMNO yang berkibaran megah ditiup angin laut..
Penerima yang bersyukur diatas kurniaan ini. Katanya, Alaamdulillah, kehidupannya lebih selesa dan sempurna sekarang bersama keluarga berbanding sebelum ini.

Projek Bantuan Rumah (PBR) yang mana peruntukan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wailayah juga berada di kelompok 35 rumah di kawasan tersebut. banyak lagi rumah-rumah yang bantuan sebegini yang diterima oleh rakyat DUN Pangkor.

Alhamdulilah, Pangkor amat bertuah memiliki anak jatinya yang amat berjasa kepada kampung halamannya. Lagi berita Pangkor akan menyusul. Teruskan menyokong BN..

Tenang! Jangan Cepat Melatah Lihat Gambar Ini!


Ramai yang melenting dan bermacam-macam ugutan dikeluarkan untuk 'mengajar' budak ini selepas melihat gambar ini disebarkan.
A.S yakin, sapa lihat pun akan marah dan naik darah ke kepala!
Inilah akibat kebebasan yang diperjuangkan samarata hingga ada individu yang sampai tak menghormati agama kita.
Kalau nak orang hormati agama kita, kita hormatilah agama orang lain dulu.

Rasulullah SAW dah ajar cara terbaik untuk menangani orang-orang yang menentang agama, penuh hikmah & berakhlak..
Sayang andai kita tak ambil iktibar dari kisah-kisah Baginda..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...