Showing posts with label anwar. Show all posts
Showing posts with label anwar. Show all posts

Gempaqq! Bas Mewah 2 Tingkat Nuar Tersangkut Di Flyover? (Pics Inside)

Sekali bukan daa.. Ini bas ekspres Transnasional..
Harap pemandu-pemandu bas ekspres 2 tingkat lebih berhati-hati selepas ini.

Gempar! Anwar Diserang!!

Hiasan Ajer..
Steady KJ dan Tok Him, hantam sama kaki putar alam ini cukup-cukup.
Jangan kasi muka sama dia.
Biar rakyat tahu temberang dia selama ini.
Anwar memang hipokrit dan munafiq! 
Tak boleh pakai punya orang!

Raja Janji Berjanji Lagi! Janji Apa Pulak Tu?

Pakatan Haram menawarkan gaji minimum RM1,100 jika diberi mandat menerajui Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kadar itu RM200 hingga RM300 lebih tinggi berbanding paras diumumkan oleh Kerajaan Pusat baru-baru ini.

Korang dapat nilaikan betapa raja janji ini berjanji pula yang bukan-bukan! Pm yang kuatkuasakan gaji minimum rm900 pun banyak majikan yang susah hati untuk melaksanakannya, apatah pula lebih dari itu!

Anwar memang seorang yang tak rasional dlm buat janji. Si bahlol ini langsong tak fikir kesan jangka panjang negatif kpd negara.

Simple!

Kalau boleh buat, dah lama Najib laksana dah. Tp Pm bukan gila popularitu namun berpijak pada dunia reality untuk melaksanakan sesuatu perkara!

A SALKAN B UKAN A NWAR I BRAHIM!

Memang mamat ni kemaruk sangat nak jadi PM.

Kalau tak jadi juga PRU13 ni, alamatnya masuk hospital bahagia lah gamaknya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Anwar Otak Udang! Hapus PTPTN akan menyebabkan 90% IPTS gulung tikar!


Saranan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat. Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya?

PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi tidak kira awam mahupun swasta.Menurut Anwar, beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut. Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat. Kita merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN.

Sedarkah Anwar bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN. Sebanyak lebih kurang RM40 – RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan. Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.

Dengan kos yang begitu tinggi, kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran. Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan. Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan.

Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara) di Malaysia. Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun. Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi.

Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung tikar.Seterusnya, ia akan membawa kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan.Begitu juga dengan para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup. Bagaimanakah dengan nasib mereka?

Nampaknya Anwar tidak berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan. Tidak mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara keseluruhannya. Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna?

Mungkin Anwar terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.

-panglima harimau

Published with Blogger-droid v2.0.4

Majalah The Economist Bikin Anwar Bengang!


Golongan muda di negara ini mengakui Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana ketua pembangkang itu berjuang untuk kepentingan peribadi dan bukannya demi kepentingan rakyat.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili generasi itu berkata, Anwar bukan sahaja gagal melakukan transformasi sebagaimana diharapkan golongan muda, sebaliknya merosakkan institusi negara selain terpalit pelbagai masalah moral.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, tindakan majalah antarabangsa, The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai adalah tepat.

"Kami generasi muda yang berpendidikan tinggi sudah lama mengetahui bahawa Anwar bukan pemimpin yang boleh dipercayai. Ambil sahaja kes liwat sebagai contoh, beliau bukan sahaja sengaja melengah-lengahkan kes tetapi mahu hakim dipecat.

"Namun, ironinya hakim yang sama akhirnya membebaskan beliau daripada tuduhan liwat. Persoalannya di mana dakwaan yang beliau jaja selama ini kata semua itu konspirasi kerajaan sehingga institusi kehakiman negara dicemuh dan dituduh.

"Semua ini kami nampak. Jangan anggap generasi muda tidak boleh menilai semua ini. Apa yang dikatakan The Economist memang benar dan kami sudah lama menyedari hakikat itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun ketua pembangkang itu baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Menurut majalah tersebut, imej serta reputasi Anwar telah tercemar khususnya di kalangan generasi muda di negara ini dan pada masa sama gagal membawa pemodenan dalam politik kerana beliau sendiri mengamalkan nepotisme dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pada itu, sebuah lagi NGO yang mewakili orang muda, Majlis Belia Malaysia (MBM) menganggap sikap talam dua muka yang menjadi pegangan Anwar untuk menghalalkan nafsu politiknya sangat dikesali generasi muda di negara ini.

Naib Presiden MBM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, generasi muda hari ini mahukan seorang pemimpin yang mampu menjayakan transformasi pentadbiran negara dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan melebihi segala kepentingan lain.

"Tindak-tanduk Anwar ini sebenarnya sangat berbahaya kerana apabila pemimpin itu meletakkan kepentingan peribadi sebagai asas perjuangan, negara boleh runtuh kerana pemimpin sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi cita-citanya.

"Bukan sahaja kami generasi muda kenal siapa sebenarnya Anwar tetapi masyarakat antarabangsa juga sudah sedar masalah yang dibawanya dan kalau Anwar merasakan The Economist memfitnahnya, saya cabar beliau saman majalah itu," katanya.

A.S NAK KATA, JANGAN PULAK NANTI DIKATANYA UMNO BERKONSPIRASI DENGAN MAJALAH THE ECONOMIST SUDAH! TAK KE HARU?

Lawokk.. Anwar 'Paling Bersih'! Dalam Semua Pemimpin Pakatan, Bodek Si Guan Eng!


Pakatan pembangkang mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tiada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.-Bernama


LAWAK TERHEBAD DEKAD INI DARI GUAN ENG MUSIBAT..
NI SEMUA SI GUAN ENG BODEK DAN JULANG ADA MAKNA..
INGAT SAJA-SAJA NAK PUJI!
HANGPA JANGAN TAK TAU..

KESIAN LOBAI-LOBAI HAMPAS BUAT YANG BUAT IBADAT PAGI PETANG SIANG MALAM TAPI TUP-TUP
SI BARUA YANG BARU LEPAS KES LIWAT NI JUGAK YANG DIJULANG YANG PALING BERSIH!
KALAU KATA HADI AWANG A.S BOLEH GAGAH TERIMA LAGI..

Budak Pendemo Perli Anuwar Di _Perkarangan Mahkamah..



Gambar diambil semasa himpunan gila bebaskan Anwar 901..

Apa cerita ni?
Hangpa pi mahkamah untuk buat kerja gila bebaskan Anwar ATAU
hangpa nak perli Anwar yang dikatakan berseks bebas dengan china doll?

Keluar topik betul la budak-budak hingusan ni!

Video Kehadiran Pendemo Sokong Anwar. 100,000? jauh Panggang Dari Api!



Setelah kempen dan hebahan demi hebahan dilakukan melalui pelbagai sumber media untuk menggerakkan 100,000 orang penyokong mereka memenuhi mahkamah, malangnya sasaran itu jauh tersasar. Kalau ikut laporan meloyakini dianggarkan 7,000 orang,
namun menurut sumber A.S, tak sampai pun 3,000 orang yang hadir.

Ini membuktikan walaupun mereka dibayar untuk hadir sekalipun, rakyat dah jemu dan jelik untuk menyokong Anwar. Dari membuang masa menyusahkan diri, baik mereka pi kerja mencar rezeki.

Kehadiran ini satu manifestasi yang boleh digambarkan bahawa penyokong Anwar terutamanya dari kaum melayu memang dah merudum jatuh teruk. PKR jangan berbangga sangat. Anda sebenarnya hilang sokongan yang teruk.

Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Penyokong pembangkang hari ni melaungkan Mahkamah Adil dan Saksama...kerana bebaskan Anwar. Tetapi apakah mereka akan mengatakan mahkamah adil dan saksama seandainya mahkamah memutuskan untuk memenjarakan anwar ibrahim?
Waullahualam... fikir-fikirkanlah...

Puak Pakatan Ber'Candlelight Vigil' Sakan Semalam Di To' Kun! (Gambar-Gambar)

Dalam program gila kempen bebaskan Anwar yang berlangsung di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun semalam, puak-puak ni masih tak faham bahasa bahawa upacara seumpama itu telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa kebangsaan.

Tak ramai pun yang pi semalam, halaman Galeri pejuang tu tak luas mana dan kalau penuh pun tak sampai pun 1,500 orang. Itulah gambaran sebenar penyokong Anwar di Pualu Pinang semalam.

A.S kesian sangat tengok puak-puak lebai hamPAS yang tua tak paham apa makna buat semua tu turut ikut sembrono tanpa mengetahui maksud sebenar menyalakan lilin tersebut.




Nih A.S kongsikan bersama hukum yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa berkenaan upacara main lilin ini.

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Sumber :E-Fatwa JAKIM

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

2.Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah:

1.Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2.Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

3.Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

=======================================================================
Tapi ramai tokoh-tokoh ber"agama" yang menyertai himpunan memasang lilin nih.









Mana satu yang boleh menjadi ikutan ??? Majlis Fatwa atau mereka ini ???

Anwar terdesak ke jawatan nombor satu negara

Ketika parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sibuk melaungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ramai yang menilai cita-cita besar itu dengan pelbagai pandangan.

Dalam kebanyakan pandangan yang dikongsi, penulis tertarik dengan komen bekas orang kanan yang juga bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari yang memberi mesej ringkas tetapi penuh makna.

Katanya, bekas majikannya kini terdesak, Anwar sedang mengejar masa. Pada masa sama terpaksa menepis segala masalah dalaman parti dan gabungan pembangkang serta isu peribadi yang dijaja kononnya itu serangan politik pemerintah dan musuhnya.

Jika diteliti, Anwar kini sudah berusia 64 tahun, tahap usia yang dianggap terlambat untuk duduk di kerusi nombor satu negara kerana ketika ini, beliau terlalu sibuk membaiki imej diri dan mengukuhkan kedudukan selaku pemimpin utama pakatan pembangkang.

Perlu disingkap sikit sejarah politiknya ketika berada di kerusi nombor dua negara. Ketika itu beliau dianggap calon paling sesuai untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan boleh mendabik dada dengan status selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Sayangnya, ketika usianya memasuki era 50-an, beliau tidak sabar untuk berkuasa kerana beranggapan sudah tiba masa beliau mengambil alih jawatan daripada Dr Mahathir tetapi tersilap percaturan yang akhirnya memakan diri.

Dengan penuh yakin, Anwar menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk melancarkan gerakan mengukuhkan kedudukan dalam kancah politik. Segala jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) digunakan pada tahap maksimum demi memenuhi impiannya tetapi tersungkur di tengah jalan.

Kini, skrip sama sedang berlaku, beliau menggunakan sepenuhnya peluang untuk mengejar cita-cita yang dilihat semakin kabur.

“Dulu, dia terlalu ghairah dan terhimpit dalam mengejar jawatan dalam parti. Kini, dalam keadaan ‘mood’ orang muda, pemimpin sepertinya akan ditolak.

“Beliau sendiri menganjurkan supaya diwujudkan satu ruang untuk orang muda bersuara, menentukan hala tuju pemimpin mereka dalam organisasi. Tetapi pada masa sama dia sudah terlalu tua untuk duduk di kerusi itu, maka berlaku konflik. Dia sedang mengejar masa dan impian,” kata Anuar.

Dalam perjuangan menghambat masa, Anwar dilihat menggunakan strategi memanipulasi orang muda supaya menyokong, tetapi dalam keadaan dunia moden yang semakin berubah, pendekatan itu dilihat tidak begitu berkesan.

Alasannya mudah. Ketika beliau menjanjikan sesuatu kepada pemimpin muda, beliau pada masa sama menikam dan “membunuh” karier politik pemimpin muda berpotensi dalam pakatan pembangkang yang dianggap sebagai ancaman menjayakan agenda menjadi perdana menteri.

Sebab itulah tanda berselindung bekas orang kanannya itu menyifatkan Anwar seorang pemimpin “dictator” dalam usaha mengangkat dirinya sebagai calon unggul memimpin PKR dan pakatan pembangkang, sedangkan beliau sendiri tidak melalui proses pemilihan sebagai pemimpin dalam PKR dan menobatkan diri sebagai ketua tanpa pemilihan dalam parti atau persetujuan majoriti golongan bawahan.

Jelas, beliau menggunakan orang bawahan dan orang suruhan untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin parti tanpa proses pemilihan seperti yang mesti dilalui pemimpin lain. Maknanya beliau saja yang berkuasa dalam PKR bersama sekutunya supaya sentiasa berada dalam kedudukan selesa.

Ketika asyik melaungkan perjuangan menuntut keadilan melalui proses demokrasi, segala tindakannya itu jelas bertentangan dengan yang ditutur dan slogan dilaungkan.

Minggu lalu, Anwar tampil dengan kenyataan yang dilihat untuk memujuk hati ahli bawahan dengan menyatakan sudah ada calon sesuai menggantikan dirinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang. Kenapa tidak terus menamakan saja calon pilihannya itu supaya penyokong tahu siapa bakal memimpin mereka.

Adakah calon itu ialah Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau anak perempuannya, Nurul Izah atau pun Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali atau pun ada pemimpin lain. Sikap suka berselindung itu juga sebenarnya dianggap gimik dalam meredakan keadaan apabila sokongan bawahan dilihat semakin longgar apabila Anwar mengheret parti gabungan ke kancah masalah peribadinya.

Pengumuman itu sangat penting kerana ia boleh meneruskan kesinambungan tetapi dilihat tidak adil kepada penyokong yang setia kepadanya. Itu cuma gimik supaya penyokong tidak melarikan diri.

Beliau juga dilihat berdiplomasi dengan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan keyakinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mampu meneruskan perjuangan jika beliau sudah tiada lagi, sedangkan ketika ini, penyokong PAS juga mula risau dan bimbang dengan budaya tidak sihat dibawa Anwar ke dalam gabungan pembangkang. Sikap memfitnah serta isu moral yang ditanggung Anwar jelas tidak disukai penyokong PAS.

Pastinya ramai yang mempersoalkan, jika itu berlaku kenapa ramai penyokong PAS datang menyokong Anwar terutama dalam setiap demonstrasi jalanan?

Jawapannya mudah, penyokong PAS sebenarnya tidak mendengar arahan Anwar tetapi mereka akur dan taksub kepada pemimpin mereka.

Mereka tidak boleh keluar daripada kepompong pemimpin ortodoks PAS yang mendakwa pemimpin harus dipatuhi, tidak boleh disanggah. — BH

Gempar! Ketua PKR Permatang Pauh Jemput Hadir Ke Upacara Anwar Bersumpah Esok Pagi ??

Sms diatas A.S terima dari sorang rakan di Penang yang meminta kesahihan dari A.S berkenaan rancangan program diatas.
Namun A.S sendiri tak pasti berkenaan penganjuran program ini dan tak ambil tahu pun!

JIKALAU BENAR ada acara tersebut, adakah ia satu taktik untuk meramaikan orang di majlis pagi itu?
Adakah satu tindakan terdesak untuk meraih simpati pecacai-pecacai Anwar?
Atau MUNGKIN sms itu dicipta oleh puak mereka sendiri untuk memfitnah kononnya UMNO yang menyebarkan mesej ini semua?

Anwar sendiri seperti biasa memberikan 1001 alasan lucu untuk mengelat dari bersumpah seperti entry A.S sebelum ini di SINI

Jangan Terpedaya Hanya Kerana Manusia Ini!


Fikirlah dengan Rasional,Fikir dengan Iman,Fikir dengan hati.
Tanya diri sendiri..............
Mengapakah anda sanggup mengorbankan diri untuk manusia ini?
Apakah berbaloi untuk anda mengorbankan diri untuk manusia ini?
Apakah yang telah diberikan manusia ini untuk anda?
Atas dasar apa anda mengadaikan keselamatan negara untuk manusia ini?

Oleh itu janganlah hangpa terpedaya dengan bicaranya kerana ia bisa menghancurkan marilah wahai teman kita abaikan dia dengan keluarga dia serta seluruh pecacainya..

10 sebab yang wajib diketahui mengapa rakyat tidak wajar membela Anwar dijalanraya!


MENGAPA RAKYAT PERLU MEMBELA ANWAR?, SEDANGKAN DIA SENDIRI SERTA TERMASUK BINI NYA YANG MENGELARKAN ANUAR 'ANUGERAH TUHAN' TIDAK MEMBELA ANUAR, MALAH AZMIN ALI PUN TAK BELA NYA DI MAHKAMAH.
KeNAPA PULAK RAKYAT PERLU BELA ANWAR DI 'MAHKAMAH JALANRAYA'.

ADA 10 SEBAB YANG PERLU HANGPA SEMUA KETAHUI..

SILA BACA SETERUSNYA DI ZULKULIM

Raja Petra: Irama masih sama, saya tak buat ‘U-turn’

Raja Petra Kamarudin menegaskan kritikannya ke atas kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini bukan perkara baru walaupun ada yang mendakwa beliau telah membuat pusingan 'U' seolah-olah sudah tidak lagi memihak kepada matlamat perjuangan perikatan empat tahun itu.

Tegas pengendali blog Malaysia Today ini, ada yang mendakwa beliau seolah-olah kelihatan sudah membuat pusingan 'U' hanya kerana kini "lebih kritikal terhadap pembangkang" khususnya PKR dan kepimpinannya termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu katanya, sekarang merupakan masa yang sesuai bagi beliau meluahkan pendirian sedemikian, bukannya menunggu sehingga berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13, yang sangat diharapkan oleh PR untuk menggantikan Barisan Nasional di peringkat pusat.

Raja Petra melahirkan pendirian terbaru ini menjawab kritikan dan kecaman beberapa pihak ekoran wawancara beliau bersama tiga akhbar arus perdana, Ahad lalu.

Bagaimanapun pandangan beliau itu berhadapan dengan kecaman banyak pihak khususnya pengikut dan penyokong setia Anwar.

"Mereka juga hendak tahu mengapa saya memilih untuk bercakap dengan media arus perdana (milik parti pemerintah) berbanding media (pro) pembangkang. Dan, mengapa pula sekarang? Mereka bertanya. Mengapa tidak kemudian, selepas pilihan raya?

"Mengapa tidak sekarang? Jika bukan sekarang, maka bila? Anda mahu saya menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Barisan Nasioanl menang satu lagi mandat lima tahun untuk memerintah negara ini?" kata beliau dalam entri terbaru blognya hari ini.

"Bukankah sudah terlalu lewat (jika memberi kenyataan keras kemudian)," katanya sambil menambah, beliau sebenarnya telah mengkritik barisan pembangkang sejak 10 tahun lalu, bukan Anwar seorang sahaja.
"Sejak lebih 10 tahun saya mengkritik pembangkang khususnya PKR, meskipun DAP dan Pas tidak terkecuali.

"Saya juga mengkritik ramai pemimpin pembangkang, bukan sahaja Anwar Ibrahim," katanya lagi.

Dalam wawancaranya yang disiarkan Ahad lalu, Raja Petra membuat kejutan dengan mengkritik Anwar, Ketua Pembangkang, sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.

Raja Petra dilaporkan berkata, Ketua Umum PKR itu juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

Antara lain, Raja Petra mendakwa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah yang terlibat mempertontonkan video seks pelakunya kelihatan seperti Anwar.

Raja Petra berkata, hanya PKR memerlukan Anwar sedangkan DAP dan Pas tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi perdana menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh," kata Raja Petra lagi.

Dalam ulasannya baru-baru ini, Anwar mengetepikan kritikan terhadapnya oleh Raja Petra. Sebaliknya, Anwar mempersoalkan masa kenyataan itu dibuat, yang didakwa menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

“Saya selalu tidak komen serangan begini... sama ada ada pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya 2008 akan muncul orang dengan alasan mereka.

“Saya berkawan dengan dia dah lama. Tak pernah pula dia sebut ini pertama kali saya dengar," kata Anwar yang mendedahkan beliau sudah lebih enam bulan tidak berhubung dengan Raja Petra.

Kata Raja Petra, blog-blog, portal berita dan laman web propembangkang menggambarkan satu senario kononnya beliau membuat kecaman dan kritikan secara tiba-tiba, "seolah-olah pada masa lalu saya tidak pernah mengatakan apa yang saya katakan pada hari tahun baru (yang lalu)."

"Saya mengatakan apa yang telah dikatakan baru-baru ini lebih 10 tahun. Saya mengatakan perkara ini menerusi laman web Free Anwar Campaign, organ parti Pas Harakah dan juga organ PKR Berita Keadilan.

"Saya tidak pernah menukar irama saya. Saya masih mendendangkan irama lama yang sudah penat. Hanya kali ini saya berkata kepada New Straits Times dan di mana akhbar-akhbar arus perdana yang lain petik," katanya lagi.

"Saya fikir isunya masih saya," kata Raja Petra yang berada di luar sejak 2009.

Kata beliau, isunya sekarang ialah beliau hanya wajar bercakap dengan media dan blog propembangkang, dan bukannya kepada media kerajaan.

Bagaimanapun tegas Raja Petra, selama 10 tahun beliau telah menyerit dalam media dan blog propembangkang.

"(Tetapi) adakah apa-apa dilakukan berhubung apa yang telah saya bangkitkan?" katanya yang terkilan dengan tiada perubahan yang diharapkan selama ini.

Sebaliknya jelas beliau, sebaik sahaja beliau bercakap dengan media kerajaan, "gempa bumi tercetus."-SH

Lawak Alasan Terakhir Anwar!. Sumpah Politik Dia Tak Main!

Desas-desus yang mengatakan Anwar akan bersumpah laknat di saat akhir sebelum hari jatuh hukuman ternyata khabar angin belakan bila Nwar menafikan sekeras-kerasnya akan berbuat demikian.

Dia hanya berani menjual nama ulamak, Yusuf Qaradawai yang kononnya melarang dia dari bersumpah sebagai alasan. Benar atau tidak, kita pun tak tau..

Alasan Anwar cukup mudah. Itu hanya sumpah politik!
Tapi bagi A.S, Kes anwar dan saiful bukan masaalah politik, cuma kes tuduhan liwat yang kebetulan membabitkan orang politik. Walaupun telah di politikkan oleh sesetengah pihak,ianya tetap hal peribadi,anwar dan saiful itu sendiri.

Benarkah orang yang bersumpah laknat itu jahil sangat? Ini sekaligus bermakna kalau ada orang yang menyarankan supaya hal ini di bawa bersumpah laknat,adalah juga jahil tahap teruk?

Walaupun realitinya dia adalah seorang bertaraf ulamak? Jadi A.S sarankan Anwar atau balacinya temui Ustaz Kazim, dan Dr. Asri serta beberapa yang lainnya.
Kita mintak Ustaz ini ajar dia saranan yang betul,supaya tidak mengelirukan sesiapa.
Adakah benar ada larangan bersumpah laknat dalam Islam?

Pecah Court! 100,000 Balaci Anwar Turun!

pic hiasan
Pakatan Rakyat (PR) dijangka menggerakkan 100,000 ahlinya bagi menyokong kempen Bebas Anwar 901 di pekarangan kompleks mahkamah Jalan Duta di sini Isnin depan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, sokongan padu terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan diterjemahkan dalam pehimpunan besar-besaran itu nanti.

"Kita tidak takut untuk menggerakkan perhimpunan ini kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan yang membenarkan kita berhimpun secara aman.-SH

Nampaknya kali ini puak PAS berjanji akan beri sokongan secara padu bagi menggerakkan ahli mereka turun berdemo depan mahkamah minggu depan dalam keputusan kes Anwar.

Sama-sama la kita tunggu, cecah ke tak 100,000 seperti yang dijanjikan. Jangan nanti 1ooo pun tak sampai. Rakyat dah malas buang masa buat kerja tak berfaedah ni!


A.S nasihat kepada pecacai Anwar, tak payah turun, buang masa saja. Baik pi kerja cari rezeki. Kalau yang ditangkap nanti itu penjawat awam atau swasta yang boleh dikenakan tindakan buang kerja, awat ingat Anwar nak bagi anak bini mentekedarah ke nanti?


Jangan jadi bodoh, perjuangkan seorang individu yang langsung tiada nilai moralnya.

MISI SELAMATKAN AL-MAHDI 090112


Ibarat Sivaji The Bos...dari 3 hingga 8 Januari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat' pusing keliling ke 18 bandar di semenanjung untuk bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari ini.

Alasan mudah, main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.

Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Masih ada lagi orang melayu yang tak tau menilai perangai dan tabiat manusia.
Bawak-bawaklah berfikir yang mana kebenaran dan yang mana palsu dan pura-pura.
Kalau tak salah apa yang nak ditakutkan.
Kalau buat salah berani buat berani tanggung.
Tak perlu nak berdemontrasi 901, tak payah tunjuk lagak nak roboh tembok batu penjara. Semua tu buang masa saja.

Filem Anwar Tak Boleh Jadi Box Office Lagi!


Anwar Ibrahim tidak akan menjadi faktor penentu keputusan PRU-13.
Sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.

“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” Rakyat pun sudah muak dan jelik dengan kelakuan Anwar.

Ramai yang bersimpati terhadap Anwar pada 1999 adalah majoritynya dari kalangan orang UMNO sendiri sebenarnya telah tertipu dengan lakonan 'hebat' pada masa itu.

Namun hari ini kita dapat lihat, semuanya dah sedar dan dapat menilai dengan sewaras-warasnya betapa Anwar tidak lebih dari ahli politik murahan yang banyak pengkhianatannya kepada agama, bangsa dan negara!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...