Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

Maksud nama Najib & bekas PM cuit perhatian!

Maksud dan signifikasi nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembaharuan yang dibawa dalam pentadbirannya berjaya mencuit perhatian perwakilan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Wakil Terengganu Komaruldin Omar ketika membangkitkan perkara itu semasa membahaskan usul agama, sosial dan pendidikan berkata sepertimana Najib yang membawa makna bijak dan pintar, susur galur nama semua bekas Perdana Menteri membawa makna mengikut susunan proses pembangunan negara.

Katanya Tunku Abdul Rahman, sesuai dengan maknanya iaitu hamba yang pemurah telah membawa rahmat kepada masyarakat melalui program pembasmian buta huruf dan kemiskinan, diikuti Tun Abdul Razak (Hussein), bermaksud hamba yang membawa rezeki meneruskan pembangunan negara dengan pembukaan tanah Felda yang memberi limpahan keselesaan kepada rakyat.

Sesuai dengan pengertian Hussein iaitu baik, beliau berkata Tun Hussein Onn yang digelar 'Bapa Perpaduan' telah meninggalkan warisan yang sangat hebat apabila mewujudkan perpaduan antara penduduk pelbagai etnik, kaum dan agama di negara ini.

Katanya kesinambungan itu diteruskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya membangunkan Malaysia sebagai sebuah tamadun terkenal menerusi idea pembangunan yang dicetuskan, sesuai dengan namanya yang berasal daripada perkataan "Hadhara Yahdhuru Hadhari" yang bermaksud tamadun.

Ketamadunan itu diperhebatkan lagi oleh perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi program pembangunan modal insan sehingga lahirnya anak Melayu pertama memperoleh 19A dan 21A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya.

"Hari ini perdana menteri kita Datuk Seri Najib, apa maknanya pula, kalau Abdul Rahman membawa rahmat, Abdul Razak membawa rezeki, Hussein membawa kebaikan, Mahathir membawa tamadun, dan Abdullah bangunkan modal insan, Najib pula lebih hebat dan pintar, cukup kena dengan asal perkataan namanya "Najiba Yanjibu Najban Najib" iaitu bijak lagi pintar," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka PWTC hari ini.

Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Terengganu itu berkata, sama ada secara kebetulan atau tidak, nama-nama pemimpin tersohor itu sememangnya membawa siginifikasi tersendiri kepada pembangunan negara, di sebalik pelbagai cabaran yang dilalui.

Menjadikan Najib yang juga Presiden Umno sebagai contoh, beliau berkata kebijaksanaan dan kepintaran Perdana Menteri merencana pelbagai strategi dan transformasi terutamanya selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) dihempas badai 'tsunami politik' pada 2008 berjaya membuatkan pihak yang sentiasa mencemuh dan mencari keburukan kerajaan terdiam.

Komaruldin berkata rakyat seharusnya bersyukur memiliki Perdana Menteri yang bijak merencana pelbagai program dan transformasi dalam meneruskan kesinambungan pembangunan negara yang dibawa pemimpin terdahulu, termasuk menyatukan semula masyarakat yang sedikit longgar akibat usaha buruk pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengakhiri ucapan, beliau turut mencadangkan supaya semua perwakilan berbai'ah atau bersumpah untuk menyokong pilihan pemimpin bagi mengelak sabotaj dan pengkhianatan sesama orang Umno sekiranya tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

"Contohnya kita bersumpah bai'ah dengan menyebut "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" kita akan menyokong siapa sahaja calon yang diputuskan pucuk pimpinan dan tidak akan sabotaj kepada parti," katanya yang disambut 'setuju' oleh perwakilan.-Bernama

Kak Mah Di Abu Dhabi Akan Bikin Pakatan Haram meroyan!

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menyampaikan satu ucapan khas hari ini pada Forum Kepimpinan Wanita (WIL) 2011, di sini.

Ucapan beliau dijangka menyentuh pembabitan wanita dalam perniagaan dan ekonomi pada forum yang dihadiri kerabat diraja dari negara Teluk, isteri pemimpin-pemimpin negara serantau, pegawai korporat, pengarah sumber manusia serta pemilik syarikat dan ketua jabatan dan pengurusan.

Rosmah tiba malam tadi dan disambut oleh Datuk Malaysia ke Emiriyah Arab Bersatu, Datuk Yahaya Abdul Jabar.

Beliau juga dijadual menghadiri upacara penyampaian Anugerah Sheikha Shamsa Bint Suhail untuk Wanita Kreatif. Forum WIL selama dua hari itu adalah platform yang antara lainnya menyediakan peluang bagi menjalin hubungan serantau.

Antara pesertanya ialah Prof Datuk Dr Mazlan Othman, rakyat Malaysia yang juga Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas. - BERNAMA

BAGI A.S, MANA BENDA YANG BAIK, TERUSKANLAH..
RAKYAT MALAYSIA SEHARUSNYA BERBANGGA KERANA KAK MAH DIIKTIRAF OLEH NEGARA ASING.
CUMA YANG PENTING, ELAKKANLAH PERKARA YANG BOLEH MENIMBULKAN KONTROVERSI.

LAGI BAGUS, KAK MAH BERTUDUNGLAH SEGERA DARI HATI YANG IKHLAS KERANA ITU YANG MENJADI RATIBAN PUAK PAKATAN HARAM 24JAM MEMBERI PAHALA FREE KEPADA KAK MAH!

KAMI GENG BLOGGER PUN DAH 'CEMUIH' DENGAR ISU NI!

Penjelasan Dari Jamil Khir Berkenaan Salah Faham Twitter PM

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata, Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah.

Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

“Jadi pada petang itu mungkin… barangkali soalan itu ditanya petang itu… selesai itu, selesai Arafah. Haji itu belum selesai lagi.

“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik.

Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau. – Bernama

A.S; So, puas hati? Lain kali jangan main serbu fitnah saja.
Tanya dulu dengan lebih lanjut kalau tak jelas.
PM Najib tau la mana yang syarat wajib haji mana yang tak!
Tak payah duk buat kalut memandai-mandai persoalkan amal ibadat orang lain!
Cermin diri sendiri dulu!

KUPASAN MENARIK: APABILA IBADAT HAJI PM DIPOLITIKKAN!


1. Hari Raya Haji baru sahaja berlalu.

2. Ketika saya menulis nota ini, maka kita sedang melalui hari-hari Tasyrik. Umat Islam masih lagi melakukan ibadat korban dan masjid-masjid masih lagi mengalunkan bacaan Takbir Hari Raya setelah solat 5 waktu.

3. Di Malaysia dan juga di mana-mana pun seluruh dunia, suasana Hari Raya Haji tidak semeriah dan segemilang seperti suasana bagi orang-orang yang menyambutnya di Mekkah, iaitu para Jemaah Haji.

4. Bayangkan, segala kesusahan dan pengorbanan mereka meninggalkan ahli keluarga, berkorban wang ringgit dan harta benda, serta mengharungi kesesakan jutaan manusia dalam keadaan berpantang ihram semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah SWT dalam mengejakan Rukun Islam yang ke 5 ini.

5. Saya terpilih untuk mengerjakan Haji dan berkhidmat untuk negara pada tahun 2008 semasa Operasi Haji tahun itu.

6. Ia merupakan satu kenangan paling manis dalam hidup saya dan tidak dapat saya lupakan selamanya.

7. Ia tetap menjadi kenangan paling manis bagi saya, walaupun pada tahun itu saya mengharungi dua perkara paling mendukacitakan dalam hidup saya, iaitu kewafatan ayah saya dan kekecewaan di dalam kehidupan.

8. Seolah-olah Allah SWT menjemput saya ke rumahNya bagi mengubati hati saya serta menghiburkan saya seperti yang dilakukan Allah kepada Rasulullah pada Tahun Kedukacitaan.

9. Saya berada di sana selama 82 hari, satu tempoh yang cukup lama jika dibandingkan dengan Jemaah Haji Malaysia yang kebanyakannya duduk di Tanah Suci sekitar 45 hingga 52 hari sahaja.

10. Justeru itu, masa berada di sana saya luangkan secara maksima untuk beribadat, berkhidmat, mengejar peluang berdoa di tempat-tempat mustajab serta menghayati serta menghayati sirah peninggalan Rasul.

11. Setiap tahun selepas dari itu, saya sentiasa merindui untuk pergi semula beribadat di sana. Tahun 2009, saya ditawarkan sekali lagi tetapi saya terpaksa menundanya kerana sedang melanjutkan pengajian.

12. Saya amat gembira melihat jemaah-jemaah haji bertolak saban tahun pergi ke Mekkah. Dari adik beradik saya, orang kampung dan jiran tetangga hinggalah kepada pemimpin negara atau negeri yang berkunjung saban tahun ke Tanah Suci, semua ini menggembirakan hati saya dan saya sentiasa mendoakan semoga ibadat haji mereka diterima dan mereka pulang sebagai insan yang lebih baik dari sebelumnya.

13. Malah ketika Nik Aziz menunaikan haji pun, saya bergembira dan mendoakan agar dia pulang dan meninggalkan politik khawarij dan kembali kepada sunnah yang sebenar.

14. Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Hj. Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah berangkat menunaikan haji bersama ahli keluarga terdekat dan beberapa pemimpin kerajaan. (ini bukanlah Haji pertama bagi Perdana Menteri)

15. Malangnya, pemergian beliau tidak terlepas dari ditohmah dan diremeh-remehkan.

16. Saya cukup hairan, bermula dari hari pertama beliau tiba di Mekkah, gambar beliau diiringi askar Saudi untuk melakukan Tawaf disiarkan di media-media pro pembangkang serta blog-blog pro pembangkang juga di facebook wall rakan-rakan yang menyokong Pakatan.

17. Seorang sahabat yang menyokong PAS mengirimkan gambar di atas kepada saya dan menulis,"aku nak komen skitla pic terkini ni...najib ni masih blum kukuh keimanan dia, masih bergntung harap pada org lain (askar yg mengelilinginya), moga diberi hidayah utk melihat Islam yg sebenar2nya...''

18. Saya cukup hairan dengan fikiran mereka-mereka yang taksub dengan pembangkang khususnya PAS ini.

19. Bagi mereka yang sudah biasa ke Tanah Suci, sudah semestinya mengetahui bahawa ini adalah merupakan protokol keselamatan Saudi bagi mana-mana pemimpin negara yang datang menunaikan Haji di Mekkah.

20. Malah para Imam Masjidil Mekah seperti Syaikh Abdul Rahman As Sudaisi dan Syaikh Syuraim yang bacaan Quran mereka sering berkumandang di radio-radio serta di dalam kereta kita masuk untuk mengimami solat 5 waktu di Mekah dalam kawalan keselamatan tentera Saudi sama seperti yang dilakukan terhadap Perdana Menteri kita.

21. Adakah para pentaksub ini ingin mengatakan bahawa para Imam Masjidil Haram Mekkah ini tidak kukuh keimanan mereka? Alangkah bodohnya orang yang beranggapan sedemikian.

22. Sesungguhnya kawalan keselamatan kepada Ketua-ketua kerajaan adalah merupakan Standard Operating Procedure dan merupakan hak Raja Arab Saudi untuk memberikan penghormatan itu kepada tetamu baginda yang difikirkannya perlu.

23. Kawalan ini adalah perlu kerana sebarang perkara buruk yang berlaku ke atas pemimpin tersebut boleh menggugat hubungan diplomatik antara kerajaan.

24. Malah, Presiden Iran Ahmadinejad yang berakidah Syiah yang mengkafirkan para sahabat juga dikawal sedemikian ketika datang ke Mekkah oleh Kerajaan Saudi! Inikan pula PM Najib Tun Razak yang berakidah Sunni.

25. Isu kawalan keselamatan untuk Perdana Menteri ini bukan sahaja dimainkan dan dikritik oleh orang Islam, malah juga turut dipersendakan oleh orang bukan Islam.

26. Seorang sahabat saya telah memuatkan gambar PM dikawal tentera Saudi tadi di facebook nya dan kemudian mengatakan bahawa, "Bukankah sepatutnya semua manusia serupa di sisi Tuhan? Maka mengapakah keistimewaan sebegitu diberikan kpd PM?"

27. Saya menerangkan kepada beliau dan dalam proses itu terlibat di dalam satu perdebatan yang hangat dan panjang dengan seorang sahabat kepada sahabat saya ini yang merupakan seorang Atheist yang memandang agama sebagai satu penipuan sistematik.

28. Hujah si atheist ini sama dengan hujah rakan Muslim saya di atas, "Dia mempertikaikan, "Jika Tuhan begitu berkuasa, kenapakah perlu kepada kawalan keselamatan sebegitu rupa di Rumah Tuhan? Tidak yakinkah dengan kekuasaan Tuhan?"

Si Muslim tadi menulis," Najib ni tak kukuh iman dia, masih bergantung harap pada askar yang mengelilinginya."

29. Ini adalah merupakan satu kefahaman yang sesat dikalangan umat Islam. Apabila kita melihat ular di dalam rumah, kita akan lari atau mencari buluh untuk menghalau dan membunuhnya. Apabila kita melihat api, kita akan cuba memadamkannya atau memanggil bomba untuk mengawal kebakaran. Kita tidak duduk bersila di hadapan ular atau api tersebut dan berdoa semoga Allah menghalau ular dan memadamkan api. Ini adalah satu kebodohan, kerana Allah telah menganugerahkan fikiran dan otak untuk kita berfikir. Dalam kita berdoa, kita tetap perlu berikhtiar mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan kita.

30. Memang di dalam Islam, semua manusia adalah sama, tetapi agama kita juga mengajar kita untuk memuliakan dan mempertahankan serta melindungi pemimpin kita dari ancaman. Apakah kamu tidak berfikir??

31. Setelah isu kawalan keselamatan Saudi itu, gambar-gambar Perdana Menteri melakukan ibadat serta menziarahi para jemaah Haji Malaysia khususnya di Abraj Al Janadriyah (Ibupejabat Tabung Haji di Mekkah) menjadi bahan untuk kritikan para penyokong Pakatan.

32. Mereka mengatakan bahawa ini perbuatan menunjuk-nunjuk, riak dan amalan ibadat Perdana Menteri tidak diterima. Baca saja komen-komen di Malaysiakini yang cukup memualkan dari mereka-mereka yang merasakan diri mereka lebih Islam dari yang lain, berhak komen berkenaan ibadat haji Perdana Menteri, sedangkan mereka ini tak pernah pun ke sana malah mak dan ayah mereka pun belum tentu sudah jejakkan kaki ke Tanah Suci.

33. Mengapakah neraca pengadilan para pentaksub ini berbeza-beza? Ketika Nik Aziz menunaikan Haji, penuh di blog-blog dan harakah gambar Nik Aziz melakukan ibadat Haji, bersolat, tidur, gambar di tempat pemginapan dan sebagainya. Semua gmabar-gambar ini dipuja oleh para pentaksub ini. Tak pulak mereka kata ini menunjuk-nunjuk dan riak. Malah gambar-gambar ini ditatap dengan penuh takjub sambil air liur mereka meleleh memikirkan darjat tingkat syurga mana yang Allah tetapkan untuk Nik Aziz.

34. Mujurlah ketika Nik Aziz mandi ataupun berak tidak ada kamera. Jika tidak, itupun akan dilihat para pentaksub ini, mungkin hingga inzal.

35. Saya hanya menggelengkan kepala melihat ketaksuban para penyokong tegar PAS ini.

36. Kemuncaknya adalah apabila saya membaca Malaysiakini hari ini. Dimuatkan di berita utama Malaysiakini BM bahawa, Mufti Terkejut Perdana Menteri, Rosmah selesai tunai Ibadah Haji.

37. Di dalam versi Malaysiakini Bahasa Inggeris, berita ini diletakkan di bawah sedikit.

38. Ini jelas merupakan kesinambungan perbuatan jahat untuk menggambarkan bahawa Ibadah Haji Perdana Menteri telah rosak.

39. Lalu berkokok dan menyalaklah para pentaksub Pakatan ini dan menulis di sini sana bahawa Perdana Menteri jahil dan ibadah haji nya tidak diterima.

40. Sesungguhnya, hanya mereka yang berada di sana (Mekkah) sahaja yang tahu rasanya menunaikan ibadat haji.

41. Semasa berniat ihram hinggalah melakukan semua kerja-kerja haji, setiap jemaah haji terikat kepada pantang larang haji seperti tidak boleh memakai wangi-wangian, diharmkan memakai pakaian berjahit, hanyalah dua helai kain ihram yang menyelimuti badan, haram menutup kepala, mencabut rambut atau bulu dan kuku dan banyak lagi.

42. Mereka berada dalam pantang larang ihram ini berhari-hari lamanya malah mungkin berminggu.

43. Setelah mereka berwukuf di Padang Arafah dan bermabit di Muzdalifah, maka mereka semua akan berangkat untuk bermabit di Mina.

44. Setelah tiba di Mina, iaitu pada hari Nahar (10 Zulhijjah, Hari Raya Haji), para jemaah akan berpusu-pusu untuk melontar di Jamratul Kubra yang merupakan Tahiyyatul Mina (penghormatan buat Mina).

45. Saat melontar pada 10 Zulhijjah itu adalah merupakan masa yang paling menggembirakan, mengharukan, saat yang kita rasakan kita begitu dekat dan disayangi oleh pencipta kita. Air mata akan bercucuran walaupun seberapa 'brutal', macho dan muka 'legend' sekalipun kita.

46. Ini kerana setelah melontar ini, dan bertahalul awal, maka para jemaah haji akan terbebas dari 10 daripada 13 pantang larang ihram.

47. Mereka sudah boleh berwangi-wangian, merapikan janggut dan bercukur serta memakai pakaian-pakaian Hari Raya yang berwarna-warni.

48. Mereka tinggal di Mina dan relax sahaja dari 10 hingga 13 Zulhijjah sambil menunggu masa melontar ketiga-tiga Jamrah, sebelum kembali ke Mekah menghabiskan kerja-kerja Haji lain yang simple.

49. Di Mina lagi para Jemaah Haji akan saling usik mengusik sesama mereka dengan memanggil sesama mereka Ya Haji Si Polan bin Si Polan dan Ya Hajjah Si Polanah bte Si Polanah. Sungguh meriah!

50. Dan setelah melontar pada Hari Nahar tadi itulah, maka kebiasaannya Jemaah Haji akan menelefon para ahli keluarga serta kenalan rapat di Tanah Air untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan memaklumkan bahawa 'urusan haji mereka selesai'.

51. Saya sendiri menelefon ibu saya dengan tangisan kegembiraan setelah melontar sambil memaklumkan, "Dah melontar mak. Dah selesai dah...tinggal 3 lagi pantang larang sahaja yang perlu dipatuhi."

52. Ini bukan bermakna kita telah complete melakukan ibadah haji. Tetapi kita berkongsi kegembiraan bahawa ibadah haji kita hampir selesai tinggal beberapa saja yang 'kacang'.

53. Saya percaya bahawa twitter Perdana Menteri pada 6 November bahawa,"Alhamdulillah, urusan Haji kami sudah selesai" bermaksud sebegitu. Perdana Menteri menzahirkan kegembiraannya bahawa urusan Haji beliau hampir selesai.

54. Adalah hampir mustahil bahawa Perdana Menteri yang bukan mengerjakan Haji untuk kali pertama, serta sudah pasti diiringi oleh Pegawai Agama dan Ketua Rombongan Haji Malaysia serta Konsul Haji akan meninggalkan kerja-kerja hajinya dan merosakkan haji. Ini perkara ibadat, bukan main-main.

55. Hanya berdasarkan satu kenyataan twitter beliau yang sebaris itu, maka ramai yang menghukum seorang sembrono bahawa ibadat haji Perdana Menteri tidak sah, Haji Marlboro etc.

56. Kita dituntut untuk bersangka baik sesama Islam.

57. Saya juga ingin menasihatkan Mufti Perlis Dr Juanda. Saya percaya beliau diperdayakan Malaysiakini untuk mengeluarkan kenyataan terhadap Perdana Menteri.

Wahai Mufti, hayatilah ayat Quran dalam Surah Al Hujurat,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Al Hujurat ayat 6

58. Mufti Perlis sedang berada di Mina juga ketika ini melakukan kerja-kerja hajinya. Maka, adalah lebih molek jika Mufti Perlis bertanya terus dengan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media fasiq seperti Malaysiakini.

59. Saya yakin beliau diperdayakan dalam mengeluarkan kenyataan umum terhadap VVIP (jelas beliau tidak menamakan siapa). Mungkin sekadar ditelefon Malaysiakini sambil ditanya, "Bolehkah seseorang selesai Haji nya pada 6 November", dan beliau berikan respond terbuka.

60. Keyakinan saya itu adalah kerana saya yakin Mufti Perlis seorang yang berprinsip salaf sesuai dengan Negeri Perlis dan Raja nya yang mengamalkan La Mazhabiyah.

Dari Iyadh bin Ghunaim radliyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasul Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :

“Barangsiapa yang ingin menasihati penguasa maka janganlah melakukannya dengan terang-terangan di hadapan umum. Akan tetapi dengan cara mengambil tangan penguasa tersebut dan menyendiri. Jika ia menerimanya maka inilah yang diharapkan, jika tidak menerimanya maka ia telah melakukan kewajibannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Ashim, Al Hakim, dan Baihaqi. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal).

61. Saya mendoakan agar ibadah haji semua Jemaah Haji Malaysia diterima oleh Allah SWT.

62. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita kembali kepada sunnah dan meninggalkan bidaah yang menyesatkan.

Dr. Rahman Kadir

Apa Beza 402 Lembu Najib Dengan 516 Lembu Khalid Ibrahim?

Blog pakatan haram paling bodoh dan bebal, si milo basi diiringi bersma blog-blog pemfitnah tegar lain terus ketandusan isu untuk serang PM nampaknya.

Selepas kantoi dan malu serta tak pohon maaf atas fitnahnya terhadap Rosmah dan anaknya berhubung pembelian mutiara di Australia, kali ini pula dia keluarkan isu remeh-temeh yang tiada asas sama sekali.


Mudah saja bagi AS, Najib bagi lembu untuk dikorbankan kepada rakyat. Untuk beramal ibadat bagi ibadah qurban.
Dan tiada salahnya gunakan wang rakyat kembali kepada rakyat. Bukannya Najib seleweng ke arah yang tak bermanfaat pun!
Di mana isunya disini?? Coba habaq mai??


Cuba hangpa bandingkan keratan diatas dengan berita di bawah yang mana Khalid Ibrahim berikan 516 lembu untuk rakyat Selangor.
Ada A.S kesah?

Selagi benda yang dibelanjakan itu bermanfaat untuk umat Islam dan mendatangkan pahala tiada salahnya.
Tapi blogger pro BN yang bijak dan tidak ketandusan modal tidak menjadikan ini satu isu remeh untuk menghentam Khalid!


Hangpa nampak dan beza mentality blogger pro bn dan pro pakatan haram yang setakat lutut saja tu? haha
SHAH ALAM,2 Nov: Kerajaan Negeri Selangor menyediakan 516 ekor lembu untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata lembu-lembu itu akan diagihkan kepada masjid-masjid di sembilan daerah di Selangor, selain untuk Masjid Negeri dan Masjid Universiti Teknologi MARA di sini.

Lembu-lembu itu juga akan diagihkan kepada badan-badan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Briged Amal Selangor, anak-anak syarikat kerajaan negeri dan penduduk asal di Selangor yang beragama Islam, katanya pada majlis penyerahan sumbangan lembu itu di sini hari ini.

"Pihak kerajaan berharap, di sebalik penyerahan lembu-lembu ibadah korban ini, amalan ini mampu menimbulkan kesedaran kepada umat Islam agar lebih mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memperbanyakkan majlis ibadah korban di kawasan masing-masing," Pada majlis itu, Abdul Khalid menyampaikan 14 ekor lembu kepada wakil anak-anak syarikat kerajaan negeri, JAIS dan pejabat daerah.

Milo basi dan bloger pakatan haram lain, tolong jangan serlahkan lagi kebebalan anda yang memang sediakala bebal. kesian A.S tengok..:)

Penggantung Buku Panduan Haji Dituduh Tangkal! Makin Kronik Juak Pakatan Haram Ni! (pics)


Melalut: Najib Dituduh Pakai Tangkal Ke Mekah

Apalah nak jadi dengan web-web pembangkang ni ya, tak habis-habis nak mereka cerita dan fitnah. Penulis rasakan inilah kali pertama orang yang menunaikan rukun Islam ke lima di Mekah al Mukaramah menerima pelbagai cacian dan dilempar pelbagai fitnMelalut Najib Dituduh Pakai Tangkal Ke Mekahah di tanah air sendiri.

Orang pi buat ibadah di Mekah, depa disini sibuk lempar fitnah.

Terbaru penulis dimaklumkan bahawa ada blog mesra Pakatan Rakyat yang menyiarkan berita kononnya Perdana Menteri pakai tangkal semasa mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Menggunakan gambar muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini. Kelihatannya Perdana Menteri sedang memakai sesuatu di leher dan tangan, itulah disalah tafsir pembangkang sebagai tangkal. Apa yang cuba ditunjukkan pun penulis tidak beberapa nak faham.
Tapi satu perkara yang jelas, ini adalah lanjutan daripada pelbagai fitnah yang sengaja direka untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri. Mungkin pembangkang tercabar dengan lawatan Perdana Menteri ke atas jemaah-jemaah haji dari Malaysia seperti yang dilapurkan Berita TV3 semalam. Maklum, pemimpin agung mereka berkunjung ke London ntah atas urusan apa, pemimpin kita ke Mekah beramal ibadah.

Dek jaki, maka diciptalah pelbagai fitnah yang tidak ada tapi diada-adakan. Malah ada juga web pro pembangkang yang menjadikan bilangan pengawal peribadi yang mengiringi Perdana Menteri sebagai isu juga. Walhal apa yang jadi isu sangat soal itu, memang Arab Saudi akan menyediakan pengawal keselamatan untuk kesemua pemimpin negara beragama Islam yang menunaikan ibadah haji disana.

Kerajaan Arab Saudi sudah tentu tidak mahu apa-apa perkara buruk berlaku ke atas pemimpin utama kerajaan luar yang datang menunaikan ibadah ditempatnya kerana ia akan menjejaskan imej negara tersebut di mata antarabangsa. Jadi apa yang peliknya jika pasukan keselamatan disediakan untuk mengawal keselamatan Perdana Menteri?

Sudahlah beberapa hari sudah memainkan isu isteri dan anak Perdana Menteri bershopping sakan di Perth walhal tidak ada bukti bahawa pembelian tersebut dibuat dan dalam kes anak Perdana Menteri, ikut turut serta dalam delegasi Perdana Menteri ke Perth!! Ini yang pelik, orang takde, shoppingnya ada, nampak sangat pembohongan.

Bawak-bawaklah bertaubat kepada sesiapa yang patut patut tu ya. Fitnah ni dosa besar tau, menuduh orang pergi buat ibadah pakai tangkal dan sebagainya lagi besar padahnya. Berapa besar? Itu penulis serah kepada yang maha kuasa untuk menentukannyalah.

p/s: Makluman yang penulis baru terima dari sumber pejabat Perdana Menteri, dimaklumkan bahawa yang digantung di leher Perdana Menteri itu bukan tangkal sebaliknya buku panduan haji yang biasa digunakan oleh semua jemaah haji dan umrah.-Mykmu

AS:Tengok Presiden Indonesia, SBY, anggota keselamatan depan dan tepi tu yang kita nampak mengawal beliau, apsal juak pakatan haram tak mau kecoh? Pi la hingaq kat Indon tu?

Tenang. Gambar DS Najib Dan Isteri Sedang Bertawaf

Alahamdulillah. Didoakan semoga semuanya selamat.
Tenang melihat PM kita dan isteri dapat pergi menunaikan fardhu haji.
daripada hangpa duk mengutuk DS Rosmah macam-macam, lebih baik kita doakan beliau dapat haji yang mabrur dan semoga bila balik nanti dibukakan hati beliau untuk bertudung selepas ini.

Sebagai orang kampung, A.S teringin jugak nak tengok Si Anwar & Kak Wan Jijah sama seperti gambar diatas. Tapi bila ye?

Edisi Bodoh English! Bukan Rosmah Yang Beli & Anak Najib Tiada Di Australia Pada Masa Itu!

Rupanya si pemfitnah tegar yang tak takut api neraka ni telah menunjukkan kebodohannya yang melantun[lantun dalam Bahasa Omputeh. Pencacai pakatan lain pun semua semua tunjuk bodoh dengan mengiyakan sahaja fitnah ini serta lebih kronik lagi memukul canang ke serata alam tanpa selidiki terlebih dahulu kebenarannya.

Kalau ikut keratan akhbar Australia yang editornya kita pun tak tau asal-usulnya bermaksud seorang wanita pertama DIKETAHUI berbelanja $150,000 manakala Rosmah bersama anaknya pula DIPERCAYAI belanja $60,000.

Ayat mula bermaksud, DIKETAHUI bermakna TERANG DAN NYATA wanita pertama itu memang berbelanja 150k.
TAPI!, Bukan Rosmah saja wanita pertama yang pi CHOGM tu, dan tiada sikit pun tulis nama Rosmah ataupun isteri PM Malaysia mahupun wanita pertama Malaysia.
Aii.. Katanya Rosmah tak layak digelar first lady Malaysia tapi bila bab kabur ni, terus tuduh Rosmah? Apa cerita ni milobodoh?

Part second pulak is believed maksudnya DIPERCAYAI, bermakna main serkap/andaian saja bahawa anak PM berbelanja $60k. Boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang.

Dan laporan ni nak tunjuk la kononnya mutiara David Jones ni meletup sangat sampai digilai semua orang.. piiraahh

Kalau paper Australia yang kita ketahui sebelum ni memang kurang 'mesra' dengan Malaysia mati-mati puak pakatan haram percaya mengalahkan ummul kitab.

Dan lebih hangat lagi, menurut sumber kukuh,anak PM tiada di sana pun semasa sidang CHOGM tu! Takkan hantu raya dia boleh pi belanja 60K di Australia tuh!

Last sekali kalau betui, barua pecacai pakatan kalu berani tunjuk la resit pembelian tu. Tu pun kalau handal sangat! Zaman la ni, nak fitnah bukan susah sangat. Orang yang pandai English pun buleh tunjuk bengap kalau mai bab tang boleh fitnah/mengata kat orang!

Lagu Yang Membuatkan Pecacai DAPig Pedih Telinga


Ada la satu blog pro pakatan haram yang buat entry berkenaan lagu ni. nampaknya mereka semua pedih telinga. Macam setan kena dengan ayat-qursi gamaknya.

Puak-puak ni kalau dengar orang maki hamun fitnah nista adu domba baru depa layan gamaknya!


Ayuh rakyat Malaysia, hayatilah lirik lagu ini.
PM kita sentiasa prihatin dalam segala segi dan mendahulukan rakyat dalam apa jua tindakan.

Najib Akan Berdebat Dengan Anwar Pada 3 November Ini?


Program Debat Anwar dan Najib di Universiti Malaya?

KUALA LUMPUR - Akademi Pak Sako menawarkan diri untuk bertindak sebagai Penganjur jika benar mahu merealisasi Program Debat Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

Ini disahkan oleh Jurucakap Akademi Penulisan tersebut, Hilman Idham yang mendakwa debat sedemikian bakal membuka minda rakyat Malaysia agar dapat menilai keadaan ekonomi semasa.

“Justeru Akademi Pak Sako bersedia untuk menjadi penganjur kepada Debat Belanjawan Negara 2012; di antara YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” kata Hilman dalam satu kenyataan media.

Sekiranya kedua-dua tokoh itu bersetuju, debat berkenaan akan ditetapkan pada hari Khamis, 3 November pada jam 9 malam dan bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

“Kami berharap kedua-dua tokoh ini bersedia untuk menerima undangan debat daripada pihak kami. Semoga debat ini berlangsung dengan baik dan berhemah demi manfaat dan kesejahteraan rakyat,” ujar Hilman.

Ketua Pembangkang sebelum ini telah mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyertai Debat secara terbuka berkenaan soal Ekonomi dan Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini.- KLpos

Gambar Najib Berwuduk Dijadikan Bahan..


Blog pakatan haram pulak membalas balik kononnya gambar najib berwuduk di kolah sebuah masjid, dikerumuni oleh wartawan dan orang ramai ada niat nak menunjuk-nunjuk.
Yang paling puak cacai DAP tu hangin pabila sampai Bernama pun ambil gambar ni. (seperti gambar diatas)

Tapi bagi AS normal lah ni, PM ambil wuduk di masjid. Najib seorang PM. Tiada apa yang dipelikkan selagi penyokongnya tidak bertindak taksub terhadap apa yang dilakukan olehnya sebagaimana pemuja MB sorang tu.

bukan macam sorang EmBee yang pecacainya sanggup gilakan publisiti dengan menayangkan dimerata-rata gambar makan dengan tangan di gerai, amik wuduk di sungai,solat dengan sejadah terbalik dan duduk atas pangkin makan cekodok. hehehe

Bekalan Stok C4 Kehabisan!

gambar hiasan (atas)



Jangan marah ye..
AS nak melawak pagi-pagi ni..hehe

Cuma bila sebut bab bom C4 ni, AS nak ingatkan para pemfitnah yang berterusan sampai sekarang masih membuat tuduhan liar pada PM kita pakat-pakat la layan video ni..
Bawak-bawak la insaf dan bertaubat.
Nak PM nafikan macamana lagi??


Si Anugerah tuhan ada berani??

Najib Tak Takut Berdebat Dengan Anwar!

Najib berkata beliau tidak keberatan jika perlu berdebat dengan Anwar

Hanya dua hari selepas mengumumkan pembaharuan beberapa undang-undang termasuk mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — langkah dilihat bertujuan mengekang pengaruh Pakatan Rakyat — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sementara Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dengan parti lebih penting daripada orang perseorangan, beliau tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden.

“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,” kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang ini.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Terdahulu Najib berkata, inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain.

Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.

Dalam pada itu dipetik Bernama Online, Najib berkata BN Selangor berikrar untuk melaksanakan sistem pentadbiran yang memenuhi harapan dan cita rasa rakyat Selangor jika diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Najib memberi pengharapan baru itu kepada rakyat Selangor yang kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

“Kita berazam dan bertekad sekiranya diberi kepercayaan pada pilihan raya umum akan datang, kita akan lakukan yang terbaik di Selangor.

“Jika sayang negeri Selangor, yakinilah BN,” katanya ketika berucap pada rumah terbuka Aidilfitri BN Selangor di i-City di sini.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN perlu melihat semula keperluan sebenar rakyat Selangor bagi merangka satu manifesto khusus untuk negeri ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Pertama kita lihat balik apa yang rakyat negeri Selangor nak sebab negeri Selangor negeri yang maju, keperluan rakyat bandar dan luar bandar adalah berbeza,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Konvensyen BN Selangor di sini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata oleh itu, manifesto untuk BN Selangor tidak boleh dibuat secara “pukul rata” kerana keperluan rakyat atau para pengundi di bandar, separuh bandar dan luar bandar adalah berbeza. TMI

Najib & Anwar Di Hentian LRT. 2 Situasi Berbeza!


Apa yang dapat kita simpulkan dari 2 gambar diatas?
2 Suasana yang sungguh jauh berbeza.
Macam-macam perasaan akan terbit dari benak korang jika lhat gambar ini kan?

DS Najib akan sentiasa dikerumuni oleh rakyat untuk melihat dan berdamping dengan beliau dengan lebih dekat manakala Anwar pun teringin melakukan hal yang sama dapat kita lihat rakyat tak kebuloq nak dekati dia!

Biar pi la dia siok sindri.. PM 16 September dalam angan pun jadilah kata Anwar!
Rakyat harus tolak Anwar! Pembawa musibah dan ketidakstabilan kaum kepada Malaysia.
Malaysia lebih aman tanpa Anwar!

pic-PST-

DS Najib Akan Letak Jawatan PM Hari Ni?

AS dapatkan gambar sms ni pun dari blog pro pakatan haram.
Apa yang AS nak kata, baca boleh percaya jangan.
Nih semua agenda nak memecahbelahkan kem UMNO BN saja.
Fitnah dan adu domba sudah jadi makanan ruji bagi puak pakatan haram!
Masakan tiada ribut pokok pun tak bergoyang, DS Najib akan melepaskan jawatan?
Apa punya cerita kartunlah!

DS Najib masih ada banyak agenda yang belum selesai dalam memimpin negara ini maju ke tahap yang lebih baik dari segala segi!
Puak pakatan haram saja desperade kerna mereka tampak tak sabar-sabar nak jejakkan kaki ke putrajaya walhal mereka tak sedar yang mana orang melayu makin memusuhi dan menjauhi mereka lantaran isu mulut celupaq Mat Sabu yang mengangkat perjuangan komunis itu!

Najib Pi Australia Semasa Cuti Merdeka & Aidilfitri Bukan Untuk Bercuti Wahai Pakatan Haram Oi!

Malaysiakini haram jadah dan puak pakatan sekali lagi cuba jadi batu api dengan menuduh dan memfitnah PM kononnya bercuti di luar negaraketika negara meraikan perayaan berkembar iaitu Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu kerana berada di Australia.

Najib kononnya menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara kerana bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan.

Pembantu khas DS Najib sendiri telah menjelaskan Najib berada di Perth bukan untuk tujuan bercuti, sebaliknya mengambil kesempatan sempena cuti perayaan untuk menjalani terapi sukan ekoran pembedahan lututnya baru-baru ini.

PM mengambil cuti pendek sementelah tiada sambutan Hari Kebangsaan rasmi pada 31 Ogos yang lalu dan kebanyakan rakyat sedang bercuti perayaan bagi menjalani terapi intensif di Australia yang terkenal dengan rawatan terapi sukan terbaik,“Perdana Menteri menjalani program pemulihan terapi itu setiap hari di Perth, Australia,” katanya.

Populariti Najib Ikut Kajian Merdeka Centre: Kencing Je Tu!


AS rujuk pada artikel penyangak malaysianinsider yang mana ketepatan kaji selidik ini boleh dipertikaikan. Sampel yang diambil nyata tidak mewakili dan menggambarkan keseluruhan populasi rakyat Malaysia.

Tapi kalau AS petik komen Dr datuk rahman Dahlan, mempunyai seorang PM yang memiliki lebih 50 peratus sokongan merupakan pencapaian besar mengikut senario politik semasa dalam negara kita. Adakah Datuk rahman (MP) Kote Belud seorang yang mudah berpuas hati?

Apa yang nyata, kita jangan terlalu risau atas momokan pakatan haram yang mempergunakan mempergunakan Merdeka Centre untuk melakukan propaganda murahan. Anwar Brahim sendiri dah angkuh kononnya 'rakyat' dah tak suka Najaib, padahal dia tak cermin muka dia sendiri yang mana majority rakyat memang dah lama jelak, benci, meluat dan melugai dengan dia!

Beberapa pemimpin Sabah hari ini mempersoalkan ketepatan sebuah kaji selidik yang menunjukkan tahap populariti atau puas hati rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merosot.

Mereka berkata populariti di kalangan rakyat lebih meningkat daripada sebelum ini dan beliau dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Maklum balas tersebut diberi ekoran kajian Merdeka Centre For Opinion Research yang melaporkan penarafan Najib menurun enam peratus dari 65 peratus pada Mei 2011 kepada 59 peratus pada Ogos ini. Dalam reaksi spontan semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meragui kaedah persampelan digunakan dalam kaji selidik itu, sambil berkata ianya tidak menimbang perspektif komuniti luar bandar, masyarakat India dan penduduk di Kuala Lumpur yang menyokong padu perdana menteri itu.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berdasarkan interaksinya dengan rakyat, perdana menteri mempunyai penafaran populariti yang tinggi. Perdana Menteri adalah seorang yang 'simple' sekali yang dekat di hati rakyat dan memahami masalah mereka supaya dia boleh memperoleh maklum balas yang cukup apabila membuat sesuatu perancangan, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan barisan kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, di sini hari Rabu.

Lebih 40,000 orang mengunjungi rumah terbuka itu dari pukul 10 pagi hingga 2 petang tadi. Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata Najib merupakan seorang pemimpin berinovasi yang memastikan semua pembangunan dalam negara ini membawa manfaat sehingga ke peringkat akar umbi termasuk di kawasan luar bandar.

Ketua MIC Sabah, Datuk V. Jothi bersetuju dengan Dr Rais bahawa hasil kaji selidik itu tidak mencerminkan sentimen komuniti India kerana golongan itu sebenarnya mula memperbaharui sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) selepas melihat usaha Najib menyatupadukan semua masyarakat di negara ini.
"Dia (Najib) sentiasa bertolak-ansur. Dia mahu memberi lebih peluang kepada setiap kaum dan tiada yang terpinggir. Masyarakat India amat menyokong perdana menteri dan kerajaan pada masa ini. Mereka sebenarnya kembali semula kepada BN. Mereka sedar hanya BN sahaja boleh membawa kemajuan kepada mereka," katanya.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kajian populariti itu amat bergantung kepada isu-isu semasa.
"Seperti kita ketahui, sejak beberapa bulan lepas, pembangkang menggerakkan kempen menentang Najib bermula dengan Bersih 2.0 dan ianya sedikit sebanyak memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran negara dan perdana menteri. "Tetapi secara serius, mempunyai seorang perdana menteri yang memiliki lebih 50 peratus sokongan merupakan pencapaian besar mengikut senario politik semasa dalam negara kita. "Saya fikir beliau adalah konsisten sejak dulu dalam pendekatan ketika kita mendekati pilihan raya akan datang. Saya fikir sokongan sebenar untuk perdana menteri akan menjadi kenyataan dan itu yang amat penting," kata Anggota Parlimen Kota Belud itu.

Pengerusi Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong berkata apabila melihat keadaan sekitar, pada hakikatnya rakyat memang sayangkan perdana menteri. "Sekiranya anda lihat reaksi rakyat setiap kali Najib melawat Sabah, ianya jelas beliau amat dihormati. Di mana sahaja beliau melawat, ramai yang berpusu-pusu untuk berjabat tangan. "Konsep 1Malaysia diterima secara meluas di Malaysia dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebenarnya telah banyak menghasilkan manfaat," katanya. Leong berkata adalah silap untuk menyatakan populariti Najib telah merosot kerana beliau sedang melakukan sesuatu untuk membangunkan rakyat dan negara dan ia memerlukan masa.

Kompas Hanya Mohon Maaf Tapi Tak Tarik Balik Artikel Fitnah Itu!


Maaf sudah di buat, Tapi artikel Kompas tentang Isteri Pm Najib dan Cincin 24 Juta Dollar masih tetap ada di Site Kompas, seperti tiada apa yang terjadi. Sangat mencurigakan.

Kompas adalah surat khabar terbesar di negara Indonesia juga baru baru ini membuat berita gempar dengan laporan khas mereka berkenaan Cincin milik Rosmah dan Besan Rosmah yang ada kaitan dengan Mafia dari Russia. Selang beberapa hari, mereka meminta maaf pula kepada PM najib dan keluarga atas kenyataan mereka kerana laporan dan isu tersebut tidak benar. STESEN Malaysia, TV3 juga ada menyiarkan satu laporan khas permohonan maaf oleh akhbar Indonesia, Kompas kerana menyiarkan laporan cincin 24 juta milik Rosmah Mansor yang didakwa oleh TV3 sebagai tidak tepat.



Yang menjadi pertikaian kini, setelah permohonan maaf telah dibuat dengan rasminya oleh Kompas, Kenyataan berkenaan isu yang sama masih terdapat lagi di site Kompas tampa sebarang penukaran dan apa apa perubahan.

Apakah yang sebenarnya Isu disebalik Kompas meminta maaf ini, adakah ia dibuat dengan tidak rela hati atau paksaan atau mereka benar benar silap dan rela hati mereka meminta maaf. Perkara ini benar benar Memalukan Negara dan Rakyat Malaysia. Bayangkan Isu Keluarga PM dan kontroversi Isterinya juga di ceritakan sehingga ke negara jiran kita. Amat Memalukan!

Jika benar Isu ini hanya sekadar Fitnah Semata Mata, Diharap PM ambilah tindakan sewajarnya untuk mendiamkan isu ini, Maaf sahaja tidak cukup. Kalau fitnah lah.. kalau tak Fitnah?
Malu Lah Malaysia dan Rakyatnya…sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...