Kisah Sejarah Lebuhraya Malaysia yang digelapkan dari pengetahuan umum...


KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK

Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)... 

1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.

2. Dalam artikel ini, gua mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat. 

3. Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.

4. Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri. 

5. Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan. 

6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa. 

7. Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu. 

8. Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini. 

9. Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan. 

10. Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.

11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta. 

12. Pada tahun 1986, Dr M mula gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula didagang jual kepada pemodal asing. 

13. Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM didalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat. 

14. UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal. 

15. Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini. 

16. Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem konsesi beray sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada Dr M dan proksi mereka. 

17. Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana mereka UEM itu menyiapkan PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang melampau naik sehinga 70% dari kos estimated yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini. 

18. Dr M malah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut. 

19. Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion setahun dan terus meningkat tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut... 

20. Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selamna berpuluh tahun ini pergi?...

21. Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lepas... Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar 'PAMPASAN', sesuatu yang sangat tak masuk akal... 

22. Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di Lembah Klang sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa...

23. Panjang lagi kisah ni cuma gua pendekkan bagi pembaca mudah hadam. 

24. Sape yg bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau share suruh bace ni... dan tanya balik kenapa negara Malaysia masa baru nak bangun tahun 60-70an masih miskin dgn sumber yg tak banyak akan tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ni...

25. Tetapi bila Malaysia jd maju kaya bawah DrM keadaan menjadi terbalik. Segala diswastakan dan dicaj tol kutip hasil titik peluh rakyat... Kat mana logiknya?... Nampak sgt DrM ni TIDAK AMANAH uruskan sumber negara...

MOHON VIRAL dan SHARE...

Gua nak tau juga apa jawapan balas dari Dr M berkenaan isu ini...

Edit by +DM+

28 comments:

Anonymous said...

Apahal kau nak lenyapkan semua legasi Tun Dr Mahathir ? Jawab saja isu skandal syarikat sarat hutang 1MDB yang membebankan negara dan wang 2.6bil yang masuk ke akaun PERIBADI Najib. Jangan alihkan isu.

Anonymous said...

Bukan nk lenyapkan legasi Mahathir, tp nk sedarkan org yg buta hati dan buta sejarah sbb taksub pd org tua yg dh dihujung nywa tp masih membuat onar pd rakyat. Mahathir sbnrnya dajjal yg bertopeng manusia...

Anonymous said...

Ni mana punya sejarah ko pakai. Habis nak buat jln byk byk termasuk sabah n sarawak mana nak cekau duit. Klu ada sykt swasta yg managed n buat semua jln kan mudah. Lg pun boleh beri peluang pekerjaan. Zaman tun harga tol ok berpatutan. Yg bangang nya bila harga tol dinaikkan sbb dana negara dah habis dikerjakan melayu bangsat.

Ari said...

sape pulak yg buat perjanjian ke perlu wat perjanjian baru

Anonymous said...

Ok je najib buat jalan kt sabah sarawak x de tol. Bnyk tol yg ade skrg ni, perjanjian dia sign zaman chedet jd pm. Zaman tu mmg la berpatutan, chedet nk lps tengkuk dia. Masalah dia, terms utk naikkan tol berlanjutan smp dia x jd pm.

Anonymous said...

Sejarah ape dia pakai? Zaman sblm madey jd pm, boleh je jkr buat hampir separuh PLUS, xde tol. Naik madey, dia buat agrmnt kene tol. Najib buat hiway kt sabah sarawak x kene tol pon.

Anonymous said...

Alihkan isu padia? Tun M bila ditanya polis, x nak jwb. Weh, "aku" kecoh kt kg "aku", ade org kg "aku" yg "aku" kenal, jual dadah. Bila polis amik statement, "aku" ckp "aku" x nk bg tau. X ke mengundang persoalan. Something fishy!

Anonymous said...

Pada tahun 1969 orang kampung daerah saya dah sebuk pasal kebun mereka akan menjadi jajaran lebuhraya. Kepada mereka yang tanahnya tidak termasuk dalam jajaran berkenaan bergembira kerana akan ada lebuhraya berhampiran rumah mereka. Kini apa yang diwarkan-warkan tu telah menjadi kenyataan. Malangnya rumah mereka yang berhampiran lebuhraya kena menempuh jalan jauh untuk mencari rumah tol kemudian baru masuk ke lebuhraya. setelah melalui beberapa kilometer rebuhraya berkenaan, baru mereka nampak rumah mereka bersebelahan dengan lebuhraya tersebut.
Apa yang saya nak tekankan disini ialah jajaran lebuhraya tersebut telah ujud seawal tahun 70an. Projek lebuhraya bertol bermula pada awal 80an. Ini menunjukkan apa yang artikal ini kisahkan adalah benar.
Menswastakan lebuhraya adalah satu opsion yang baik dan cepat. Setelah siap lebuhraya, saya ada pilihan untuk menggunakan jalan biasa, tapi saya memilih untuk menggunakan lebuhraya pada masa itu kerana harga tol yang berpatutan, selesa dan menjimatkan masa. Kini lebuhraya telah menjadi sibuk, masa perjalanan menjadi lebih lama dan harga tol juga telah meningkat.
Pada pendapat saya, tol boleh dinaikan seiring dengan keselesaan yang dinikmati sebelum ini iaitu dari segi masa perjalanan, kesibukkan kenderaan dan sebagainya.

Anonymous said...

Sama ja dulu dan skarang.

asal pemimpin amno, masuk poket. cara je lain.

hutang negara makin bertambah.

Rakyat menadah brimmmmmmmm...

Unknown said...

Hoi admin blog kalau kau dah tak suka Tun M dan gila sangat nak jilat pungkoq najib( tak tau la berapa sangat kroni najib bagi duit haram kat kau)berpada pada la sikit jangan la buat reka cerita cerita rekaan sendiri yang datang dari idea jamban , nampak sangat menipu apabila kenyataan perancangan PLUS di mulai dari tahun tahun 70'han kemudian ancaman komunis berakhir pada tahun hujung 70'han apa kau ini dah biul ke atau gila berayan.

Anonymous said...

yup... tun m byk tibggalkan beban utk rakyat malaysia sekarang. org selalu kata malaysia sebenarnya kaya. tapi kita kaya hutang yg dibuat oleh tun m dulu. guna royalti minyak sabah sarawak utk kemajuan org lain.

Anonymous said...

Jangan alihkan isu. Jawab sahaja mengenai SKANDAL terbesar abad ini iaitu syarikat sarat hutang 1MDB dan wang 2.6B masuk AKAUN PERIBADI PM.

Dah kau kata Tun Dr M tak relevan, apahal kau nak bising buat artikel dengan fakta yang TIDAK BENAR? FITNAH itu malapetaka untuk diri sendiri.

Anonymous said...

Melalui dasar penswastaan negara, habis semua harta rakyat diswastakan oleh Tun. Kerajaan dan rakyat jadi miskin, yg kaya swasta. Inilah legasi Tun.

Anonymous said...

1MDB hanya guna modal wang rakyat rm1 juta je. Selebihnya guna hutang yg akan dijelaskan melalui penjualan aset, x guna duit rakyat pun. Sebaliknya rakyat sudah merasai faedah hasil 1MDB bernilai lebih dari rm1 juta itu, melalui caj elektrik yg dikekalkan rendah sejak setahun yg lalu. Selain itu beribu orang telah dapat pergi haji percuma selain faedah2 lain yg 1MDB bagi kepada rakyat. Ini bermakna 1MDB menyenangkan rakyat bukan menyusahkan. Selepas penjualan Edra kelak, x dapat dipastikan samaada caj elektrik ini dapat dikekalkan rendah atau tidak kerana 1PP tidak lagi dipegang oleh 1MDB.

Fasal 2.6 bilion tu pun bukan wang rakyat, jadi x de siapa rugi, malah ia menguntungkan kerana ia adalah dana masuk ke dalam negara dan digunakan dalam negara. Ramai peniaga untung dan ramai pekerja parti dapat gaji. Bukankah ini baik untuk ekonomi negara?

Dari apa yg dinyatakan diatas, dapat dirasakan bahawa PM begitu berhati2 malah seboleh2nya menggunakan wang rakyat seminimum yg mungkin, walaupun projek yg dijalankan adalah projek gergasi yg difokuskan untuk membantu rakyat.

Anonymous said...

awat yg hang dok war2 jasa tun razak ni buleh ka menghapuskan dosa najib?
yg nyata najib sedang menconteng arang di muka tun razak

Anonymous said...

Najib sebagaimana bapanya berjiwa rakyat. Rakyat marhaen tahu hal ini. x de nak conteng aranglah anon 5.26. Itu semua khayalan kamu je.

Anonymous said...

Mahdey yg konon bijak sampai skrg gagal jumpa bukti penyelewengan dlm 1mdb.Sekurang2nya dh 2 org kpg aku pegi haji dgn tajaan 1mdb.Tabung pibg sklh anak aku dpt lbh 20k diberi 1mdb.Ada juga org miskin merasa dpt rmh baru.
Zaman mahdey ada ker syarikat glc hantar org gi haji???
1mdb hantar org gi haji asalkan Islam tanpa kira fahaman politik.Zaman mahdey ada!!!??Yang ada kutuk mengutuk sampai bergaduh sesama Islam.
Ko ada tanya brapa dana utk pru yg masuk akaun mahdey???!!!Ada yg tahu atau buat2 tak tahu kerana nak jaga maruah mahdey. Ko tahu jumlah paling murah utk sesebuah kaw parlimen??!! Klu tak ada rm1juta jgn harap nak bergerak lancar.
Ko ada tanya brapa dana pembangkang??!!!
Sampai muka tokong dan nuar sebesar gelanggang futsal masa pru.Klu tak ada juta2 jgn harap mrk dpt bergerak.Skrg parti pembangkang mana paling rakus???Kenapa????Sebab fulus mrk bnyk!!!!!!Dgr cerita pru dun sarawak dapigs nak bertanding di semua kaw dun tanpa peduli pas n pgayR.Kenapa???!!!Dana mrk cukup besar dan mrk pandai mainkan isu dan sentimen.
Apa melayu ada?!!!???Sibuk ikut telunjuk mahdey sampai lupa mahdey punca beban sebelum ini.Menyalak bertubi2 1mdb tapi tak ada bukti.Apa agenda gilanya!!!!???Sebab 1mdb ambil lubuk emas kroni dan mgkin warisnya.
Jadi sapa bodoh!!!!Pemimpin melayu dan org melayu jadi bodo krn cuba memenangkan syarikat kroni yg dah mewah jadi lebih mewah!!!!!
Lebuhraya...klu mahdey bijak dan sayangkan rakyat...dia akan kaji teliti syarat dan terma semua perjanjian.Agar perjanjian tidak menyusahkan rakyat suatu hari nanti.
Legasi bodo dan bangang!!!!Setiap 5 tahun tol naik....klu 50 tahun, klu 100 tahun??!!!!
Sampai bila kerajaan nak tanggung subsidi.
Kenapa tak kenakan syarat...cukup dpt pusingan modal...% keuntungan yg sesuai dan tol turun utk gaji, selenggara dan sikit untung!!!!!Klu tak pun...cukup tempoh serah terus pada jkr.Bukan jkr tak cukup pakar atau modal.Sebab...nak bagi kroni unnntung!!!!
Kenapa mahdey tak kaji mcm tu!!!!??????
Kenapa lebuhraya pan borneo boleh dibina tanpa tol!!!!????
Jadi...jgn terlalu mendewakan mahdey sgt, dia pon manusia biasa.Memang dia bnyk jasa, tapi bnyk juga tgglkan beban kpd rakyat.

Anonymous said...

Mbah rawa gumpala bisa gak lunasin utang2 pemimpin2 malaysia, samaada mereka pemerintah ataupun pihak pembangkang?

Anonymous said...

Dr M dah tak relevan kata kau. Jadi tak perlu nak kisah pasal Dr M lagi.

Sekarang ini mengenai isu penyelewengan wang negara berbillion2. Apa ??!!! Tak guna wang rakyat ???!!! Macam mana kau nak bayar pinjaman lebih 42billion oi ? Jual harta atau aset negara kata kau ? Mudahnya! Ingat tu harta negara harta Najib ke atau harta Jho Low ke ?

Kau merasa ke pergi haji dengan duit HUTANG 1MDB tu ?

Macam mana nak buktikan skandal 1MDB apabila dibubarkan badan penyiasat ? Diganggunya anggota badan penyiasat ? Ditahan SOSMA orang2 yang membuat laporan polis ? Disoal-siasat orang yang mengkritik 1MDB ? Tolong beritahu aku dengan jelas.

Ini bukan mengenai BEKAS PM tapi mengenai PM sekarang.

Anonymous said...

Tun razak ada cara dia sendiri..
Najib ada cara dia sendiri...
Ttg dosa...masing2 tangung...bukaň kita yg tentukan syurga neraka seseorg..
Yang pasti, najib dpt bnyk pahala dgn percuma hasil kutukan, cacian dan fitnah org trhadap dia...
Paling dashyat dpd org2 yg buat bnyk najis ttp mengutuk najib seolah2 dia paling suci...
Setakat ini...nak kata najib bnyk habis wang rakyat...belum jelas sgt.Yang menghamburkan wang rakyat kpd kroni makin jelas kelihatan sejak menyalak 1mdb.
Yang pasti, bukan najib yg pecahkan rahsia mrk...org2 yg dah menyampah dgn melayu mudah lupa telah membogelkan rahsia kecurangan mrk.Skrg kan zaman IT, tak heran rakyat makin menyampah dan menyumpah beban yg mrk tanggung adalah angkara bijak tak pandai terdahulu.
Dah mewah tapi nak mewah lagi...rakyat jadi mangsa menanggung kebodohan dan kebangangan perjanjian yg menguntungkan org2 kaya atas angin nie....

Anonymous said...

Anon 857 ni x membaca agaknya. Semua orang dah tahu yg pinjaman 42 bilion tu dibelikan aset 52 bilion, dia dok kata penyelewengan lagi? Hmmmmm kuat berpura2 anon ni.

Fasal jual aset 1MDB, apa salahnya jual kalau dahulu ia membeli aset tersebut, bukan dapat percuma pun. Lagipun ia x menyalahi undang2. Berapa ramai orang yg dapat tanah kurnia, selepas itu dijual balik? Buatlah survey di pejabat2 tanah, rata2 orang buat begitu. Anon 857 pura2 x tahu pulak.

Dapat atau x dapat pergi haji dengan duit 1MDB tu x penting kerana saya percaya kepada rezeki Allah bagi. Apa yg penting, ada sumbangan 1MDB dalam perkara ini yg mana x pernah dilakukan oleh pm2 sebelum ini.

Setahu aku siasatan terhadap 1MDB x pernah dihentikan. Apa yg terjadi adalah beberapa penyiasat terpaksa disiasat dan perlu rombakan sebab ada di antara mereka x jujur kerana memberi maklumat hasil siasatan kepada pihak luar.

Anonymous said...

HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBANYAK RM3.20, DARI RM13.80 KEPADA RM17.00. KENAIKAN TERTINGGI INI TIDAK MASOK AKAL, TIDAK PERNAH BERLAKU DI DLM MANA2 PIMPINAN UMNO/BN SEBELUM INI.

TERIMA KASIH KPD KERAJAAN NAJIB, KERANA KERAJAAN NAJIB SUDAH TIADA IDEA UNTUK MENJANA PENDAPATAN NEGARA.

DI SINI DAN DI MANA-MANA PON, TIDAK ADA LAGI PENGUNDI/PEMINAT/PENYOKONG UMNO/BN.

JUMPA LAGI DI PRU-14.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anonymous said...

Najib kata model perniagaan 1MDB terlalu idealistik ...... sebab itu ia gagal ? Kegagalan model idealistik itu disebabkan Edra Energy tidak dapat disenaraikan IPO. Sebab tak dapat diIPOkan, maka 1MDB takde duit nak bayar hutang. Sebab hutang tak terbayar maka 1MDB terpaksa jual hartanya.

Pendek kata - salahkan mereka yang tidak luluskan IPO 1MDB !


Perkara sama juga disebut oleh Najib bulan lepas semasa di NewYork -


"Semasa jamuan tengah hari dengan ahli perniagaan sehari sebelumnya, Najib menyentuh tentang kelemahan model perniagaan 1MDB yang disifatkan beliau terlalu idealistik.

"Najib jelaskan bahawa hanya RM1 bilion dilabur bagi melaksanakan pembangunan hartanah dan RM18 bilion bagi membeli loji jana kuasa, menyebabkan syarikat menanggung hutang pembiayaan yang besar,"- Sinar 5 Okt 2015.


OK..... sebelum kita komen, rasanya baik kita baca dulu apa maksud idealistik. Secara mudahnya Idealistik ini lebih kepada Teori atau Falsafah yang sempurna. Ia sering dibandingkan dengan Realistik iaitu apa yang berlaku di dunia sebenar. Orang yang terlalu idealistik sering juga kita katakan sebagai orang yang tidak berpijak di dunia nyata, kerana walaupun falsafahnya tampak sempurna, namun ia tidak semestinya sempurna dilaksanakan didunia nyata. Antara Teori dan Nyata.

Jadi bila 1MDB dikatakan sebagai terlalu idealistik, kita boleh beranggapan bahawa, pada pandangan Najib 1MDB ini tampak sempurna dalam bentuk teorinya tapi ternyata bila teori itu diaplikasikan di dunia nyata, ia gagal.

Dalam kepalanya, adalah sesuatu yang begitu sempurna jika sebuah syarikat bermodalkan RM1 juta boleh meminjam sehingga 42 000 kali amaun itu..... WOW ! Banyaknya modal untuk dibelanjakan !

Tapi itu mustahil dilakukan oleh mana2 syarikat pun didunia ini melainkan terdapat satu bentuk gerenti dari pihak ketiga yang mana pihak bank boleh tuntut gantirugi sekiranya syarikat itu gagal bayar hutangnya.

Pihak ketiga itu adalah kerajaan Malaysia. Tanpa gerenti atau jaminan dari kerajaan Malaysia, 1MDB tidak mungkin dapat meraih hutang sebanyak 42 000 kali modalnya. Adakah itu sesuatu idea yang bernas dan unik ? 

Hmmmm .... kalau modal RM2 jer tapi masih boleh pinjam sehingga RM42 billion, saya rasa lebih gempak ! Dengan cara 1MDB pinjam menggunakan nama kerajaan, saya rasa tidak ada masalah bank nak bagi pun walaupun modal 1MDB cuma 2 ringgit.

Yalah, kalau bank pun dah tak percaya, kita boleh saja minta pihak lain pula yang tolong jaminkan .... contohnya IPIC ke. Kalau bank ada pihak ketiga sebagai tempat untuk kutip hutang, berapa saja 1MDB nak pinjam pun boleh diberikan !

Tapi harga yang terpaksa dibayar untuk jaminan itu apa pula ?

Semuanya tampak terlalu mudah ... kan ? Bila dah dapat duit secara mudah maka belanja pun fikir mudah jugalah.Beli IPP dengan harga jauh terlalu mahal dari harga pasaran pun tidak apa ..... sebab nanti bila disenaraikan melalui IPO boleh dapat duit banyak dari pelabur, bolehlah bayar balik hutang beli IPP itu.

Kenapa IPP ? Sebab bisness IPP ni tak payah fikir banyak. Gerenti untung punya kalau guna nama kerajaan. Pendapatan di jamin, untung gerenti. Sebab sebagai kerajaan, Najib boleh saja arahkan untuk sain penyambungan kontrek IPP. 

Anonymous said...

Saya terbaca yg IPP 1MDB ni bertujuan untuk mengekalkan tariff elektrik pada harga rendah dan kerajaan tidak lagi perlu membayar subsidi elektrik yg berjumlah berbilion2 kepada pemegang IPP swasta seperti sebelum ini. Ini bukan sahaja menyelamatkan wang rakyat malah mengurangkan kos hidup rakyat.

Difahamkan bahawa TNB juga mampu menjana keuntungan berbilion2 rm selepas IPP diambilalih oleh 1MDB, berbanding dengan sebelum ini amat sukar untuk memperolehi keuntungan.

Jika diteliti kedua2 perkara di atas itu, amat jelas bahawa 1MDB memberi kesan positif kepada negara dan rakyat. Walaubagaimanapun persepsi negatif pembangkang dan pihak lain yg berkepentingan telah menabur fitnah sesuka hati sehingga membantutkan usaha penerbitan IPO yg telah dirancang sedari awal. Jika tidak, 1MDB tentu tidak perlukan pelan rasionalisasi, malah boleh meneruskan misi membantu rakyat. Sekarang ni apa lagi yg rakyat boleh harapkan kerana nasi sudah menjadi bubur kerana rakyat mudah sangat terhasut oleh pembangkang dan pihak yg berkepentingan.

Anonymous said...

DEIG modal rm2 tapi ambil loan rm500 juta. Untuk apa loan itu x de cerita pun. Ambilalih aset2 kerajaan rm30 bilion secara percuma x beli. Apakah plan DEIG ni?

Anonymous said...

Anon 325, rokok, vape dan yg sewaktu dengannya sepatutnya diharamkan je. Ia x mendatangkan kebaikan malah membazir wang dan boleh mendatangkan penyakit untuk jangka panjang.

Bederau said...

Yg mahathir buat semua tak nampak... Jilat la pungkoq najib... Barua punya melayu bangsat umno!!

Anonymous said...

Itulah bangang tak pernah baca apa2 ttg perkembangan ekonomi negara.Perolehan dan rizab negara msh mampu menampung pengurusan dan pentadbiran.
Ini hanya nak dgr dpd mulut org pencen dan percaya bulat2.Yang kita terkilan dan kesian mrk cuma jadi keldai para kronj yg hilang lubuk emaš mrk.
Kena berfikir secara rasional kenapa ada yg umpama dirasuk saka menyalak tak henti2 1mdb tetapi tiada bukti utk mendakwa.Kemudian tuduhan pulak sentiasa berubah2 setelah gagal apabila diberi penjelasan.
Malang...makin kuat menyalak, makin terserlah dosa2 lalu mrk.Skrg rakyat telah sedar bhw beban2 yg mrk tanggung angkara kebodohan vvip terdahulu hanya mementingkan para kroni dan waris.Dah kaya, nak kaya lagi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...