PETROL RON 97 NAIK 10 SEN TENGAH MALAM INI ?

Benarkah Berita Ini? Jika benar,apakah alasan,asas dan pertimbangan kerajaan dalam menaikkan harga petrol ron97 ini. AS faham, sudah pasti kerajaan ada alasan kukuh dan tindakan ini sudah tentu perlu dalam merencanakan ekonomi negara.

Tambahan pula ron97 hanya digunakan untuk kenderaan berprestasi tinggi sahaja. Tak perlulah rakyat yang tiada kaitan dan yang hanya guna ron95 nak melenting tak tentu pasal!

Tetapi bagaimana harus kami selaku kepimpinan kecil di peringkat cawangan dan bahagian mahu berdepan dengan masyarakat yang sudah pasti menjadikan ini sebagai suatu isu politik?
Tambahan pula baru semalam BN mengecapi kemenangan bergaya di Tenang, sudah pasti dan sudah berbunyi pun suara-suara sumbang ini adalah hadiah dari kerajaan diatas kemenangan PRK Tenang! KITA TAK MAHU LAGI ISU INI DIPOLITIKKAN! TAK SEDAR LAGIKAH APAKAH SALAH SATU PUNCA UTAMA TSUNAMI PRU12 MENIMPA KITA DULU ??

MOHON PIHAK YANG BERKENAAN JAWAB ISU INI SEKIRANYA BENAR !!

Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter
January 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.

Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.
sini

Terkini! Ranking Blog-Blog Politik Pada 31Januari 2011


Syabas dan teruskan usaha anda kepada Blog Top Ranking Online atas hasil usaha anda yang sungguh berdedikasi. Kesabaran amat penting dalam penghasilan kedudukan carta ini.
AS dah 3 minggu berturut-turut tak berganjak kekal di tangga yang ke 64. Tiada naik dan turun.

Untuk melihat kedudukan top 200 blog-blo Pro Kerajaan dan Pro Pembangkang, sila lihat di
SINI

Student Malaysia dirogol di Cairo,Mesir ?? [Korban Rusuhan mencecah 100 org]


Bagaimana keadaan di Mesir sekarang sebenarnya? Kalau menurut status FB diatas amatlah merisaukan sekali kerana anak saudara AS sedan menuntut disana. Namun kalau berdasarkan berita di bawah keadaan nampak terkawal.

Apapun, AS harap Kerajaan Malaysia dapat ambil tindakan yan sewajarnya bagi melindungi rakyat-rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.
Kita tak mau dengar, bila apa-apa dah terjadi, baru kelam kabut nak ambil tindakan. Tapi AS yakin kerajaan Malaysia akan bertindak dengan sewajarnya dalam menangani kemelut ini seperti kes-kes sebelum ini.
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Situasi kesemua pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas berlakunya demonstrasi bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan sejak 25 Januari lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk membawa balik kesemua pelajar terbabit ke tanah air.

Bagaimanapun, katanya, pihak kerajaan serta Kedutaan Malaysia di Kaherah telah menyediakan perancangan kontigensi bagi menjaga keselamatan pelajar termasuk rakyat Malaysia jika keadaan terus berlarutan dan kritikal.

''Ini termasuk memantau perkembangan keselamatan di Mesir dengan lebih teliti, mengesan dan menghubungi kesemua pelajar Malaysia bagi memastikan mereka berada di dalam keadaan selamat.

''(Dan) menyediakan pelan kontigensi untuk memindahkan mereka ke negara-negara jiran yang berdekatan iaitu Jordan, Arab Saudi dan Libya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kedudukan terkini pelajar-pelajar Malaysia di Mesir selepas berlakunya demonstrasi besar-besaran bagi mendesak Hosni meletak jawatan.

Muhyiddin menambah, berdasarkan angka terkini jumlah pelajar Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia adalah sebanyak 10,328 orang.

Pada masa sama, beliau berkata, terdapat juga beberapa pelajar Malaysia dari Jordan yang membuat lawatan ke negara itu semasa demonstrasi.

''Oleh itu, jumlah sebenar pelajar Malaysia di Mesir sedang dikemaskini oleh Kementerian Luar,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan juga tidak menghalang mana-mana pelajar Malaysia di Mesir untuk pulang ke tanah air atas pembiayaan sendiri.

''Pihak Kedutaan Malaysia di sana akan memberikan kerjasama dan bantuan nasihat mengenai syarikat penerbangan yang boleh digunakan,'' katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga telah membentuk satu kumpulan kerja dipengerusikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dianggotai oleh Kementerian Luar, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan agensi berkaitan.

''Tujuannya untuk memantau situasi keselamatan pelajar Malaysia di Mesir dan mengkaji pelan tindakan yang perlu diambil bagi menjamin keselamatan setiap pelajar terlibat,'' katanya lagi.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini mengesahkan semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat.

"Ibu bapa dan keluarga dinasihatkan tidak begitu risau kerana Pejabat Pendidikan Malaysia dan kedutaan di Kaherah sedang memantau situasi ini dengan dekat dan kerap berhubung pelajar serta rakyat kita di sana," kata kenyataan itu.

Kementerian dan kedutaan Malaysia di Kaherah telah menubuhkan bilik operasi dan boleh dihubungi pada bilik operasi kementerian di talian 03-88892746/03-88874570.

Bilik operasi Kedutaan Malaysia di Kaherah pula dapat dihubungi di talian 00 202 37610013 00 202 37610013 end_of_the_skype_highlighting sambungan 116 atau 00 202 37610164 begin_of_the_skype_highlighting
00 202 37610164 end_of_the_skype_highlighting.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Husaini Saleh ketika dihubungi di Kaherah berkata, pihak kedutaan telah meminta para pelajar Malaysia sentiasa berhati-hati.

"Kebetulan kami sedang bercuti selama dua minggu, maka ia tidak mengganggu pembelajaran.

''Seramai 600 penuntut Malaysia menuntut di Universiti Kaherah,'' katanya.

Hot! Gambar Perodua Myvi 2011 baru tanpa selindung

Apamacam? Cantik Tak?

Beginilah Nasib Melayu Yang Ditindas Di Bumi Sendiri Oleh Kerajaan Rejim DAP


"Baik hantar makanan ke rumah kami, letak racun biar kami anak beranak mati selepas memakannya". Beginilah ungkapan salah seorang mangsa bersama 30 orang lagi rakannya yang kehilangan sumber pendapatan akibat premis perniagaan di pesisir Pantai Batu Feringghi yang dirobohkan pada 22 Januari lalu oleh kerajaan zalim zionis DAP minggu lepas.
Rujuk SINI

Sudahlah premis perniagaan tempat mencari rezeki mereka dirobohkan, nasib mereka diabaikan sahaja tanpa diberi peluang oleh kerajaan negeri untuk mencari alternatif lain mencari rezeki. Rata-rata hanya bekerja part time waiter ataupun terpaksa menjadi nelayan yang mana pendapatan jauh lebih murah berbanding semasa bekerja di premis yang dirobohkan terbabit.

Sungguh Malang sekali nasib melayu di PP yang mendapat layanan kelas dua dan ditindas oleh kerajaan regim LGE.

Tahniah BN! Semoga Tok Ai dapat menunaikan janji..

Tahniah BN
harap Tok Ai dapat menunaikan janji yang telah dilafaz..
Semoga rentak kemenangan didalam PRK akan berterusan sehingga PRU 13 akan datang..

Keputusan Tak Rasmi

BN : 6698 (69.1%)
PAS : 2963 (30.6%)
Majoriti : 3735
Rosak : 35
% Keluar Mengundi : 71%

BN Juara! Lee Chong Wei Naib Juara!!


Update: 19-21, set kedua LCW menang 21-14 dan tewas di set penentuan 16-21
Apapun Tahniah Chong Wei. Anda memberi tentangan yang terbaik..

Dalam debaran menanti keputusan PRK Tenang, apa kata kita hilangkan debaran itu dengan menonton perlawanan final yang dinanti - nantikan selama ini iaitu antara Dato Lee Chong Wei serta musuh tradisi beliau daripada China tak lain dan tak bukan ialah Lin Dan di Astro 811.

Walaupun Dato Lee Chong Wei adalah pemegang ranking nombor 1 dunia bagi kategori pemain perseorangan lelaki namun rekod sebelum ini menunjukkan dalam kesemua pertemuan antara mereka berdua sebelum ini sangat memihak kepada Lin Dan yang memenangi 14 daripada 21 pertemuan mereka sebelum ini.

Jadi, adakah sejarah yang sama akan sentiasa berulang dan adakah tuah akan sentiasa memihak kepada Lin Dan? Mari sama - sama kita saksikan Final Terbuka Korea 2011 hari ini. Moga Dato Lee Chong Wei mampu memberi tentangan yang sengit kepada Lin Dan.
Pemain yang bakal menang semestinya ialah pemain yang kurang melakukan kesalahan tetapi bijak memanfaatkan peluang. Semoga sekali lagi Dato Lee Chong Wei mencipta sejarah. Semoga berjaya.

New Release. Iklan TV Tahun Baru Cina dari Petronas.(video)

Salute Kepada Bekas Menteri Ni!


Dato' Shahrir Samad seorang bekas menteri dan juga Ahli parlimen Johor bahru sanggup basah kuyup dalam hujan lebat untuk sama-sama memberi bantuan moral kepada jentera BN di PRK DUN Tenang. Dari sini kita dapat nilai bahawa perjuangan beliau dalam UMNO tidak sedikitpun luntur walau desas-desus mengatakan beliau berkecil hati dengan kepimpinan UMNO sekarang.

Mana pi Pak Menteri lain? Ada sapa-sapa buleh tunjukkan gambar?

Edisi Tenang 18SX. Barang Naik La Best! Barang Tak Naik Nak buat Hapa?


Antara modal basi Pakatan haprak apabila berkempen ialah isu Kenaikan harga barang yang kononnya gagal ditangani oleh kerajaan BN. Isu ini juga seringkali dimainkan setiap kali pilihanraya.

Tapi Wanita Kampung Tenang dengan tenang dan selamba menjawab, "Barang naik?? 'Barang naik la best',barang tak naik nak buat hapa", kata depa. Huhuhu

"Barang" orang PAS memang tak naik, sebab itulah dalam haramkah banyak iklan ubat-ubat kuat yang dijual..


Tq to my fren Muhsin Yusuf yang sekarang berada di Tenang.

Bacalah. Ulamak Pewaris Nabi, Ulamak PAS ?

Bacalah sampai habis. Adakah ia kena dan bertepatan dengan senario kini dimana sebahagian dari mereka yang mengaku ulamak PAS, tetapi sering bersikap angkuh dan sombong serta merasakan bahawa ilmu mereka hebat dan sering memperlekehkan orang lain?

Ulamak Pewaris Nabi

Rasulullah SAW ada bersabda : Maksudnya: “Ulamak itu pewaris nabi” Hadis ini menyatakan suatu perkara yang amat besar. Ia mengangkat darjat ulamak itu sebegitu tinggi dan mulia. Para ulamak bukan setakat mewarisi jawatan ketua Negara atau presiden atau raja yang berdaulat tapi mewarisi Nabi. Satu darjat yang tinggi di sisi Tuhan, lebih tinggi dari mana-mana pangkat di dunia. Maka tumbuh dan suburlah sifat sombong dan ego di hatihati para ulamak. Kerana merasakan sudah mewarisi Nabi, yang Nabi sendiri yang sebut. Sebab itu ulamak, samada baik atau jahat dia rasa megah. Megah atau sombong mereka ini lebih besar dan mengatasi megah dan sombong para-para raja dan sultan, para-para pemerintah Negara, para-para pembesar Negara, orang-orang korporat dan orang-orang sekular. Mereka itu setakat menyandang pangkat di bumi sahaja, sedangkan para ulamak ini yang merosakkan mereka kerana merasakan mereka menyandang pangkat di langit.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Di akhir zaman nanti banyak ulamak jahat (suuk)”

Rasulullah s.a.w pula memberitahu kepada kita bahawa ulamak ini bermacam-macam rupa. Ada yang mewarisi Nabi dan ramai yang jahat terutama di akhir zaman. Akhir zaman telah bermula seribu tahun dahulu. Sekarang ini ialah kemuncak akhir zaman.

Ulamak pewaris Nabi tentulah ulamak yang beramal dengan ilmunya. Yang mempunyai akhlak dan peribadi seperti Nabi. Yang memimpin manusia dan meneruskan kerja dan perjuangan para Nabi.

Ulamak pewaris Nabi ini juga tentulah ulamak ikutan yang boleh dicontohi oleh manusia. Yang sangat sayang dan kasihan kepada orang-orang yang jahil. Ulamak pewaris Nabi ini tentunya ulamak yang bebas yang bekerja hanya untuk Tuhan seperti juga para-para Nabi dan Rasul. Tidak terikat kepada sesiapa pun atau apa pun kecuali Tuhan. Ulamak pewaris Nabi ini tentulah orang yang tiada berkepentingan yang bekerja bukan untuk wang atau imbuhan atau pangkat, darjat atau gelaran. Keperluan mereka Tuhan yang cukupkan.

Akhirnya ulamak pewaris nabi ini mestilah ulamak yang ada hubungan yang kuat dengan Tuhan. Yang sangat bertaqwa dan sangat hampir dengan Tuhan. Kerana inilah ciri yang khususiah bagi para Nabi dan Rasul dan yang patut ada pada sesiapa sahaja yang mewarisi tugas Nabi. Sebaliknya ulamak suuk atau ulamak jahat lain pula kerjanya. Dia sama ada sedar atau tidak menjauhkan manusia daripada Tuhan dan agama-Nya. Dia menyusahkan atau mempersulitkan manusia beragama. Dia melebihkan dunia dari akhirat. Dia bukan hendak mendidik manusia tapi hendak mencari salah untuk dihukum.

Pangkat, darjat, gelaran, wang ringgit dan harta kekayaan menjadi matlamatnya. Dia hidup bemewah-mewah di atas nama agama. Dia jual agama untuk mendapat dunia. Dirosakkan agama atas nama agama. Ulamak jahat ini sangat merbahaya kepada manusia sehingga Rasullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Hendaklah kamu lari dari mereka seperti kamu lari dari singa yang ganas.”

Oleh yang demikian bukan semua ulamak itu pewaris Nabi. Di akhir zaman ramai ulamak yang jahat. Yang baik Rasulullah gelarkan ulamak dan yang jahat pun Rasulullah gelarkan ulamak juga. Ulamak itu ada yang baik dan ada yang jahat. Walau jahat pun tetap dipanggil ulamak.

Ketua ulamak sebenarnya ialah iblis. Mari kita bahas mengapa ketua ulamak itu ialah iblis. Dia ketua di kalangan orang-orang berilmu sebab dialah makhluk yang paling alim dan berilmu. Manakan tidak, dia pernah menjadi ketua seluruh malaikat. Dia pernah masuk syurga, dia pernah lihat neraka, dia pernah lihat Arasy dan dia pernah lihat Luh Mahfuz.

Tidak ada makhluk yang berani mengaku lebih alim daripada iblis ini. Namun ilmunya tidak dapat menyelamatkannya. Kerana ilmunya, iblis menjadi megah dan sombong. Kerana ilmunya dia angkuh. Kerana ilmunya dia rasa mulia. Kerana itu maka dia tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam. Dia tidak mahu tunduk kepada pemimpin yang Allah lantik. Akhirnya dia dilaknat. Setelah dilaknat dia tetap angkuh. Dia memohon dan berjanji kepada Tuhan untuk menyesatkan umat manusia. Itu juga yang akan berlaku pada ulamak yang sombong dan ego dengan ilmunya. Dia akan menjejaki jalan iblis.

BARUA !!!

SUDUT INFO

Kalau kita di panggil "barua", mungkin kita akan marah! Pok Nik pun selalu gunakan.:)

Tapi sebenarnya gelaran "barua" ni adalah satu gelaran terhormat bagi suku kaum dari Bangladesh, yang di kaitkan keturunan penganut Buddha.

Dan mengikut kajian, gelaran ini jika di ikut susur galurnya, ianya membawa maksud "pemimpin besar dari Arya" dan "ketua bagi ratusan orang".

Jadi AS rasa, bila bangla datang kesini, ketua mereka memanggil atau mengelarkan ketua mereka "barua", yg mencerminkan jatidiri mereka di sana, tapi kita di sini melihat mereka dari sifat pekerjaan mereka yang melakukan kerja remeh dan kelas rendah

SUMBER

Info PP : Operasi tren Bukit Bendera disambung semula akhir Mac


GEORGETOWN 29 Jan. – Perkhidmatan kereta api kabel Bukit Bendera dijangka beroperasi semula dengan menggunakan koc-koc baru buatan Switzerland seawal akhir Mac ini, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Katanya, semua kerja menaiktaraf secara fizikal akan siap tidak lama lagi sebelum tempoh ujian operasi kereta api selama sebulan akan dijalankan.

"Kami yakin perkhidmatan kereta api itu akan disambung semula seawal akhir Mac ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, perkhidmatan kereta api berkabel berusia 87 tahun itu dihentikan operasinya pada 22 Feb tahun lepas untuk kerja-kerja naik taraf oleh Kementerian Pelancongan dengan kos RM63 juta.

Selepas selesai kerja-kerja naik taraf itu, setiap koc baru berhawa dingin itu boleh membawa sehingga 50 penumpang dengan masa perjalanan sehala selama 10 minit.

Di bawah sistem baru perkhidmatan, penumpang boleh sampai ke puncak bukit itu tanpa menukar tren di stesen pertengahan.

Yen Yen juga berkata beliau bangga dengan inisiatif oleh ahli botani Datuk Seri Lim Chong Keat untuk membangunkan sebuah taman di puncak Bukit Bendera.

"Kami berbincang cara untuk menjadikan Bukit Bendera sebagai salah satu taman bukit paling indah di rantau ini,” katanya.

Menurutnya cadangan bayaran masuk ke taman itu akan terbahagi kepada pemegang MyKad dan orang asing.

Bukit Bendera ialah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di sini dan perkhidmatan kereta api berkabel itu mula diperkenalkan pada tahun 1923, satu-satunya perkhidmatan seumpama itu dalam negara. - Bernama

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN. DIHARAP LGE JANGAN PULAK CLAIM SEMUA NI HASIL USAHA DIA PULAK !

Banner Dari Felda Chempelak Menyambut Kedatangan Anwar Ibrahim


Inilah sambutan Rasmi penduduk Cempelak Barat kepada Anwar Ibrahim.Rata-rata majoriti penduduk FELDA secara terang-terangan sememangnya menolak kehadiran dan kempen Anwar Ibrahim yang disifatkan mereka sebagai seorang yang cuba menghancurkan negara melalui pelbagai tindak-tanduk beliau yang sungguh menjengkelkan.

Menipu Itu satu Ibadah dari Kacamata PAS


CIKGU MENIPU??

Memalukan!!! Tidakkah para pendidik berasa malu dengan seekor keldai yang telah memalit taik kepada profesion perguruan???

Amat memalukan seorang yang bergelar pendidik yang sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak murid, pelajar dan komuniti telah menipusakit tapi boleh ke hulu ke hilir mengiringi isterinya?

Katanya parti yang disertai memperjuangkan Islam, dan tentunya dia faham akan dosa dan pahala serta haram dan halal. Jadi kalau menipu sakit sedangkan yang sebenarnya tidak sakit, apakah hukum memakan gaji yang diterimanya semasa tempoh dia ambil cuti sakit tersebut???

Orang sakit biasanya akan terlantar di rumah atau hospital atau mungkin di Hospital Tanjong Rambutan atau Hospital Tampoi.

Jadi golongan seperti inikah yang dikatakan berjuang kerana Islam atau diangkat menjadi pemimpin ynag menipu dan mendusta.

Seorang cikgu menipu kerana isterinya . Wajarkah???

PANAS!! PAS PARTI SYAITAN YANG TERBUKTI MAKAN HARTA ANAK YATIM MEMALI


Penulis buku Memali buat laporan polis

BALING: Seorang penulis buku membuat laporan polis hari ini atas dakwaan diugut dan dikasari oleh pihak Lujnah Keselamatan PAS Kedah berikutan bukunya itu dikatakan mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali.

Zainon Ismail, 54, yang menulis buku "Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali"
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Beliau turut diiringi lebih 50 orang yang dikatakan bekas mangsa dan
anggota keluarga mangsa Peristiwa Memali yang berlaku pada 1985 di Mukim Siongdi sini.


Zainon membuat laporan bahawa Lujnah Keselamatan PAS Kedah mengizinkan
anggotanya mengambil tindakan kekerasan terhadap dirinya berikutan terbitnya
buku terbabit.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau mencabar PAS Kedah supaya
mendedahkan jumlah sebenar kutipan yang diterima daripada orang ramai terhadap tabung berkenaan yang ditubuhkan sejak kejadian Memali berlaku.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Md Hasan mengesahkan polis menerima laporan daripada penulis berkenaan
AS: Nampaknya PAS dah nak tunjuk samseng dengan ingin membelasah penulis buku terbabit yang berani menyatakan kebenaran bahawa pas memang kaki songlap duit.

Jika apa yang Zainon tulis tu fitnah,silalah ambil tindakan mahkamah atau pohon injuksi untuk menghalang penjualan buku terbabit. Bukannya dengan cara menggunakan kekerasan macam samseng taik minyak. Nampaknya PAS dah gelabah qaplah jingga kerana tembelang mereka yang makan duit anak yatim sudah pecah.pas tau tak betapa besarnya dosa makan harta anak yatim?

JIKA TERBUKTI DAKWAAN ZAINON, MAKA SUNGGUH CELAKA PERANGAI JUAK-JUAK PAS NI! MANUSIA BERPERANGAI SYAITON YANG BERTOPENGKAN WATAK ALIM!

APA KOMEN ABG MAT SABU??

Akhirnya.. Lobai Kulup PAS Mengaku Bersalah!


Alhamdulillah, akhirnya Allah bukakan hati AJK Masjid Cheras Jaya untuk mengakui kesilapan yang dilakukan oleh mereka berhubung kes membenarkan YB Teo Nie Ching bersenamrobik dengan memakai baju ketat dalam perkarangan masjid mereka.

Bukan susah pun, dah buat salah, mengaku sajalah. Buat apa nak tegakkan benang yang salah. Kita tnggu apa Nik Aziz nak kata pulak berhubung pengakuan ni.
Nik Aziz la sorang-sorangnya yang bermatian mempertahankan tindakan TNC itu yang bagi beliau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan. Seperti biasa kononnya untuk kuatkan hujah dangkal beliau dia Nik Aziz pun keluarkanlah sirah rasulullah yang sememangnya tersasar jauh dari isu TNC ni..

SHAH ALAM 27 Jan. - Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong mengaku membuat silap apabila membiarkan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memakai baju ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai program senamrobik di pekarangan masjid itu, Disember lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin berkata, semasa siasatan dijalankan berhubung kes itu, JAIS mengambil keterangan daripada AJK terlibat dan mereka mengakui kesilapan tersebut.

Sehubungan itu jelasnya, AJK masjid itu diberi surat amaran mengikut prosedur Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memastikan kesseumpama itu tidak berulang.

"Jadi, kita anggap kes ini sudah selesai dengan AJK masjid terbabit telah diberi surat amaran dan tiada tindakan lain diambil selepas itu,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan kes Nie Ching yang memakai baju ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai program senamrobik di Masjid Taman Cheras Jaya pada Disember lalu.

Gelagat Nie Ching itu disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 30 Disember lalu.Marzuki menjelaskan, pihaknya tidak memberi sebarang surat amaran kepada Nie Ching kerana siasatan kes itu hanya membabitkan AJK masjid terlibat.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan 'tazkirah' di dalam sebuah surau di Kajang Sentral pada Ogos tahun lalu.

Kelakuan Ahli Parlimen daripada DAP itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kemarahan umat Islam dinegara ini.

Nie Ching bagaimanapun telah memohon maaf kepada baginda atas perbuatannya itu.

Banner yang menarik bagi menyedarkan juak-juak PAS yang bebal!

Jika PAS menggunaan pendekatan untuk bermusuhan dan mendoakan kehancuran orang lain, UMNO pula sebaliknya dengan menggunakan pendekatan yang mementingkan perpaduan sesama Islam. Amat menarik banner ini untuk menyedarkan puak-puak PAS yang terlalu taksub dengan 'keIslaman' mereka padahal mereka lebih haprak!

Fatwa Terbaru Nik Aziz-Mereka Yang Tak Undi PAS adalah Orang Jahiliah

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.

Beliau merujuk demikian ketika ditanya mengenai peluang PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan berkata: “Peluang terletak atas orang sini (Tenang) atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam.

“Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua…. ada jahiliah, ada Islam… tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan pada sidang media di Kampung Redong, di sini semalam.
Nik Aziz berkata, peluang calon PAS, Normala Sudirman ini terletak kepada pengundi di kawasan berkenaan.

“Macam mana Allah Taala buat Islam, kemudian kita tolak sedangkan kita orang bijak… kita pun berkawan dengan orang bijak,” katanya.

Dari segi bahasa, jahiliah berasal daripada perkataan ‘jahala’ atau kata terbitan ‘jahlun’ bermaksud bodoh dan sesat atau jahil yang merujuk kepada masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab lebih kurang 1,400 tahun dulu ketika mereka masih mundur dari segi akhlak dan moral.


AS: Sudah-sudahlah tu wahai Nik Aziz menyesatkan orang Islam..
Tidakkah individu itu lebih jahil dan berdosa besar sekiranya dia masih isteri orang dan menduakan suaminya dengan curang bercinta dengan lelaki lain?

Tidakah dia jahil bila suaminya (Maaqop Sintok)bagi dia dan anak-anaknya makan sumber rezeki haram dengan menipu majikan mengatakan sakit selama 21 hari walhal suaminya sihat walAfiat boleh kesana kemari?

Ini hanya 2 bukti paling nyata dan hangat padamasa kini yang membuktikan PAS memang sememangnya sejak azali dah jahiliah. Ni AS tak hurai panjang lebaq lagi macam-macam bukti kejahiliahan PAS yang lain!

43 Tahun Kerja Tanpa Cuti Sakit! Tak macam Cikgu Maarof!

TAK KENAL LELAH...Owen sentiasa bersemangat bekerja walaupun kadang-kadang kurang sihat.

LONDON: Jim Owen mempunyai alasan sangat kukuh untuk berbangga setiap kali bercakap mengenai kerjanya sebagai juru ukur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Britain.
Sejak bertugas di kerajaan tempatan Basildon, Essex, pada 1968, Owen tidak pernah mengambil cuti sakit walaupun sehari.

Owen yang mempunyai dua anak dan tiga cucu mengaitkan amalan kerja baik dan keturunan sebagai penyumbang kesihatan hidupnya.
Pada usia 66 tahun kini, Owen masih berkhidmat sepenuh masa dengan PBT berkenaan dan tiada rancangan untuknya bersara.

Kata Owen, memang pada hari tertentu dia pernah berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah.
“Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tak mahu mengecewakan rakan yang lain.
“Apa yang penting adalah memberikan usaha terbaik untuk tugasan saya,” katanya.

Menurut Owen, dia dibesarkan oleh ibu bapa yang hidup pada zaman perang dan mereka sentiasa mengajarnya untuk berusaha gigih setiap hari tanpa sebarang pengecualian.
Katanya, dia juga sentiasa mementingkan amalan pemakanan sihat, tidak merokok serta sering membuat tugasan di luar pejabat.

“Keadaan itu memberi peluang saya menghirup udara segar,” katanya.Owen turut menganggap dirinya sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang sihat.

Sementara itu, pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg, berkata Owen adalah petugas berdedikasi dan tidak pernah mengeluh.
Owen mula bekerja ketika masih budak dengan menjadi penghantar akhbar di sekitar tempat tinggalnya di Southend, Essex.

Pada 1968, dia mula berkhidmat di PBT Basildon sebagai jurunilai.
Disebabkan ketekunannya bertugas, majikan Owen memberi kenaikan pangkat dengan melantiknya menduduki jawatan pengurusan. -

AS Teringat Cikgu Maarof laki Cikgu Mala yang walaupun sihat walafiat tapi masih mampu MC 21 hari..
Syabbas Isle Ala Pas, mentekedarah duit haram bagi anak bini makan!

Gambar : Model Terbaru Perodua Myvi ??

Berikut adalah beberapa keping gambar dipercayai model terbaru Perodua Myvi.Gambar ini dirakam ketika pihak Perodua sedang mengadakan ujian jalanraya keatas kenderaan tersebut,saksikan..



SUMBER

Gara-Gara Isteri Kuat Seks...



Kita berehat sebentar dari liputan PRK Tenang yang menimbulkan kontroversi disebabkan ada rakan-rakan bloger yang menegur AS disebabkan tidak meletakkan link pada entry
SINI tadi. Perkara ini disebabkan kecuaian AS sebagai makhluk Allah yang tidak lari dari kesilapan.

AS pohon maaf dan jika ada rakan blogger yang terasa hati. AS paham dan amat menghargai susah payah rakan-rakan bloger disana ada yang berkampung disana mencari bahan berita sensasi untuk dimuatkan dalam blog masing-masing.

Sekali-sekala kita layan cerita panas ni pulak. Harap-harap takdalah sampai berlaku di Malaysia cerita-cerita macam ni. memalukan sungguh! Sampai nak repot polis cerita dalam kain pun
!


BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.

Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.

Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.

Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun.

Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.

"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.

"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP

Terkini Dari Tenang! Puak PAS Celaka Buat Surat Palsu Kepada Pengundi Untuk Ambil RM 300 pulak dah!




Taktik Terkini Puak Celaka PAS! Mereka Mengedarkan surat palsu yang menggunakan Letter Head Majlis Daerah Labis meminta orang ramai hadir hadir ke Dewan Majlis Daerah esok untuk menerima sumbangan sebanyak RM 300 seorang.Laporan Polis telah dibuat sebentar tadi!

Gambar diatas adalah gambar mangsa surat palsu yang mengadu pada Datuk Ahmad Maslan berkenaan hal ini. Puak pas khawarij yang makin terdesak nampaknya untuk meraih undi. Mereaka menggunakan 1001 cara tak kira haram sekalipun demi untuk meraih undi. Sungguh celaka puak-puak PAS!

Live! Video Menarik From Tenang ..



Saksikan video menarik pantun untuk pihak PAS di petang hari ini. Layann..

Hot! Bukti Cikgu Mala Telah Mengkafirkan Ibunya Seorang Ahli UMNO Tegar!


Nik Aziz pernah kata, kalau Pas nak pilih calon, mesti calon yang molek-molek, yang tidak ada masalah moral dan sosial dan tidak merokok. Nik Aziz tak pernah pulak cakap yang calon Pas mesti seorang yang patuh kepada ibu bapa.

Ibu kepada Normala Sudirman, calon Pas di Tenang bernama Mumini Yahya. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, ibu Normala adalah seorang ahli Umno yang masih aktif .

Mungkin ada dikalangan juak-juak Pas akan berkata , dia dah lama sokong Pas cuma Umno yang tak buang namanya. Oh tidak! kalau ada yang beranggapan begitu ternyata mereka silap. Ibunya masih aktif bersama Umno, buktinya pada tahun 2010 beliau masih lagi datang ke mesyuarat cawangan Umno di tempatnya.

Nama : Mumini Bt Yahya
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor

Mak Umno, anak Pas, apa cerita tu? Biasanya kalau emak Umno, dan anak pula Pas, persengketaan dan perbalahan antara anak dan emak tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, Normala Sudirman memang aktif dengan Pas sejak sekian lama.

Budak-budak Pas sudah biasa sangat dengan cercaan terhadap sesiapa sahaja yang mereka ketahui menjadi ahli parti Umo. Bahkan orang yang tidak jadi ahli Umno tetapi sependapat dengan Umno pun, dituduh sebagai Umno juga. Ahli-ahli Pas hanya tidak menderhaka kepada Tok Guru dan pemimpin Pas sahaja. Selain dari pemimpin Pas, mereka ‘dihalalkan’ derhaka walaupun orang itu adalah ibu bapa mereka sendiri.

Pernah dengar Tok Guru Nik Aziz bagi ceramah, jangan lawan mak bapa? Pernah sesiapa dengar Nik Aziz beritahu, selagi mak bapa itu tidak menyuruh melakukan maksiat, maka wajib seorang anak itu akur. Yang selalu kita dengar, Nik Aziz beritahu, Umno bukan Islam. Jadi, secara tak langsung, Nik Aziz dah halalkan sebarang penderhakaan kepada ibu bapa yang jadi ahli Umno.

Walaupun Normala Sudirman tak cakap tentang kafirnya Umno, hilang akidahnya Umno, tetapi dengan bertanding sebagai calon Pas dan tidak menegah sebarang cercaan itu dengan bersungguh-sungguh, Normala Sudirman telah pun menyamakan ibunya seperti si kafir yang dimaksudkan.

Maka bayangkanlah seorang anak yang telah mengkafirkan ibunya, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung jenis apakah anak itu?

Kenapa UMNO Tak Dapat Laksanakan Hudud Di Malaysia


knp umno x dpt laksanakan hudud dimalaysia ...

1.kita tahu memang benar kerajaan bn dpt 2/3 dprd kuasa dewan rakyat selama 12 kali penggal pru dan kita juga tahu yang malah lebih drpd itu sehingga 95 % kerusi dlm dewan rakyat pun pernah.

2.pun begitu ,yang mendapat kemengan begitu adalah barisan nasional dan bukannya umno dan kita juga tahu yg kesemua kerusi bn yg dimenangi itu pun bukan semuanya drpd umno.

3.dprd kesemua kerusi yg bn menang ,. tidak pernah umno menguasai 2/3 dprd kerusi bn , kerana kerusi selainnya dimenangi oleh komponen bn yg lain termasuk drpd sabah dan sarawak....

4.dan kita juga tahu bahawa ,utk meminda perlembgaan negara , kita perlukan 2 / 3 sokongan dewan. Tetapi dlm kes utk mengubah perlembagaan negara utk menjadikan negara malaysia daulah islamiah ataupun negara islam , kerusi umno tak mencukupi utk melakukannya....

5.kerana atas dasar ,umno tak pernah menguasai 2 /3 drpd kerusi bn , dan ahli komponen bn yg terdiri drpd kaum dan agama lain tidak bersetuju dgn tindakan pindaan utk menjadikan malaysia sebuah daulah islamiah ataupun negara islam...

6.dan pada pru 99 iaitu pru ke 11 ,pas memenagni hampir 20 kerusi ,dan ketika itu jika pas jujur utk menjadikan malaysia negara islam ,mereka sudah pasti boleh lakukan jika mereka bersepakat dgn umno ,namun ianya tak berlaku...

7.dan kini , jikapun pas mahu mencadangkan negara islam dgn persetujuan drpd umno,ianya mungkin boleh dilakukan jika kerusi islam melayu pkr menyokong namun pas dan ahli parlimen pkr tidak pula mahu mencadangkannya dan terus shj menyalahkan pihak umno.

8.kita harus ingat dan tahu bahawa , isu pindaan perlembgaan berkaitan hak melayu dan agama islam perlukan persetujuan 2/3 undi dewan dan persetujuan majlis raja raja tetapi diwaktukala pas mempunyai kerusi yg cukup , mereka pas tidak pula mahu mencadangkannya.

9.malah ,dlm konvensyen pr tahun lepas , soal negara islam telah tidak dibenarkan utk dibahas di konvensyen tersebut ,kerana dap dan pkr anwar tak bersetuju tetapi pas tak melawannya dan tidak pun memperjuangkannya malah pas senada dgn dap dgn kata kata bahawa '' prinsip komponen dlm pr wajar dihormati '

10.jadi mintalah puak pas dan semua penyokong sedar akan hal perkara ini , jgn asyik dok hujah debat kosong tanpa ada pembuktian ataupun asas yg kukuh apabila menuduh umno dgn pelbagai mcm fitnah...

TERBUKTI ,PAS SENDIRI PUN SEMAMANGNYA TIDAK MAHU MELAKSANAKAN DASAR NEGARA ISLAM ATAUPUN DAULAH ISLAMIAH !!

Wow! Beginikah Pakaian Muslimah PAS Bila Mandi ??





Diharap para wanita tidak kiralah dari mana-mana parti sekalipun agar tidak memakai pakaian seumpama ini semasa bermandi-manda di taman tema air.
Memanglah nawaitunya baik, menutup aurat semasa mandi, tapi mungkin minah ni lupa yang seluarnya terlalu transparent sampai bleh nampak 'tuut' bilaseluar tu basah. Ini perlu djadikan Iktibar untuk para semua wanita agar lebih berhati-hati bila memilih pakaian.

Must Read! Kisah Tragis Bagaimana Melayu PP Dinafikan Haknya Membeli Rumah di Pulau Pinang!


Muslihat pemaju rumah di P.Pinang

SAYA merupakan seorang anak jati Pulau Pinang dan amat terkilan kerana masyarakat bumiputera yang berkemampuan untuk membeli rumah teres di Pulau Pinang cuba ditipu oleh pemaju perumahan swasta yang tidak bertanggunjawab.

Pada bulan Ogos tahun lepas saya mendapat tahu ada sebuah projek perumahan baru yang sedang dalam pembinaan di Minden Heights dan saya telah cuba mendapatkan maklumat pemaju dari laman sesawang dan terus bergegas berjumpa dengan pemaju untuk menilai harga yang ditawarkan kepada lot-lot bumiputera bagi projek ini.

Syarikat ini sedang memajukan projek rumah teres sebanyak 73 unit di Minden Heights. Hasil pertemuan saya dengan kerani syarikat tersebut pada bulan Ogos 2010, beliau menyatakan terdapat tiga unit bumiputera yang masih belum dijual dan harga unit yang saya berminat dijual pada harga RM796,888 dan harga ini adalah melebihi harga permulaan RM788,888 yang ditawarkan pada permulaan pengiklanan projek ini.

Memandangkan saya ketika itu dalam proses menguruskan pinjaman perumahan kerajaan bersama isteri dan pada masa sama merancang untuk menjual sebuah rumah flat saya di Bayan Lepas, saya telah menghubungi pemaju semula pada 11/10/2010 dan alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu unit sama yang tidak terjual tersebut dinaikkan harga sehingga ke RM828,888.

Ini ternyata dilakukan oleh syarikat pemaju ini untuk mengaut keuntungan yang lebih besar dan seterusnya menidakkan kaum bumiputera untuk membeli rumah tersebut.
Keadaan ini telah lama berlaku di kalangan pemaju-pemaju perumahan di Pulau Pinang dan walaupun perkara ini dibawa kepada pengetahuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun alasan yang diberikan ialah harga yang ditawarkan itu adalah lebih rendah daripada harga siling Jabatan Perumahan Negara.

Saya memohon agar pihak kerajaan menyiasat perkara ini. Setahu saya, pihak pemaju tidak boleh menaikkan harga rumah dalam pembinaan sewenang-wenangnya dan semua lot bumiputera haruslah diiklankan terlebih dahulu tetapi hampir kesemua pemaju perumahan di Pulau Pinang tidak berbuat demikian.

Pada masa yang sama pemaju hanya memikirkan keuntungan dengan menjual projek-projek berkenaan kepada warga asing. Saya juga telah menghubungi kembali pemaju berkenaan beberapa kali dan mereka memberi alasan bahawa pengarah syarikat tiada untuk membuat keputusan bagi menjual unit bumiputera tersebut. Saya hairan kenapa setiap kali saya menghubungi mereka, alasan yang sama diberikan.

Ini menunjukkan mereka ingin menarik harga unit tersebut dan seterusnya mengaut keuntungan dengan menidakkan pembelian di kalangan masyarakat bumiputera.
Golongan bumiputera di Pulau Pinang sudah lama mengalami kemelut perumahan dan terus dipinggirkan terutamanya di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang dan saya berharap agar satu penyelesaian segera dapat dilakukan oleh agensi yang berkenaan.

ANAK JATI
Pulau Pinang

AS:Nampaknya agenda Kerajaan DAP Pulau Pinang nak jadikan pulau pinang sama seperti Singapura lagi ketara dengan menjadikan kaum melayu sebagai kaum minoriti di sana bertujuan utk meraih undi kaum mijoriti iaitu kaum cina.Bila dah org cina dapat pegang pulau pinang,senang la minta kat kerajaan pusat utk di asingkan pulau pinang dari negara malaysia dan membentuk sebuah NEGARA BARU..

Yang AS pelik bin ajaibnya,awat la kerajaan pusat seolah-olah tutup mata dengan keadaan yg berlaku dalam NEGARA MALAYSIA ni sendiri. Kaum melayu telah di anak tirikan di negara SENDIRI.Ini amat memalukan.Sepatutnya kerajaan pusat harus bertegas dengan kerajaan tempatan pulau pinang bila dikaitkan dgn isu perkauman.AS berkata benar walaupun pahit.

Bila org melayu diperlekehkan, pihak 'berkenaan' tak amik pusing tapi bila kaum cina,kaum india wat aduan itu ini, org melayu kita juga pertahankan.Aduhai..konon nak tunjuk baik la melayu macam ni sampai kena pijak kepala kat tanah air sendiri..sedarlah wahai pemimpin melayu.

MASYA ALLAH! PELAJAR PEREMPUAN DI ROGOL, DI RAKAM DAN GAMBAR TERSIAR!

Seorang pelajar perempuan yang masih beruniform sekolah menengah iaitu berkain biru muda dan berbaju kurung putih dirogol beramai-ramai di dalam kawasan sunyi kelihatan seperti di dalam kebun atau hutan. Pelaku yang merogol kira-kira tiga hingga lima orang dilihat turut memakai pakaian sekolah menengah iaitu berseluar hijau dan berbaju putih.

Perogol merogol pelajar tersebut dengan cara paksa, iaitu dengan memegang pelajar tersebut beramai-ramai sambil menekup mulutnya supaya tidak dapat menjerit. Sambil salah seorang dari rakan perogol merakam perbuatan mereka, namun hanya wajah perempuan yang dapat dilihat. Perbuatan mereka mengalahkan binatang!

Contoh Gambar;

PRK TENANG. PAS MAKIN DESPERADE! TERKINI HABIS PANJI-PANJI BN DITUMBANGKAN!


PAS nampaknya makin terdesak dan seakan-akan dah terbau kekalahan mereka. Tak cukup dengan mendoakan kehancuran orang lain, bakar bendera parti BN, tabur kertas-kertas fitnah, kali ini PAS tengah-tengah malam dok upah puak-puak dia tebas dan tumbangkan bendera-bendera BN... Apa jenis parti la PAS ni?

BE PROFESSIONAL LA SIKIT!

DUN TENANG: Normala Kantoi Lagi, Gambar Jadi Bukti.



Normala sekali lagi kantoi, apa nak jadi dengan minah ni, kantoi memanjang ja, kali ini dia dikantoikan oleh lensa kamera wartawan, tengok gambar di atas.

Ketika orang sedang baca doa, dia pulak dok sebok-sebok pi senduk nasi, tak boleh ka cikgu mala tunggu sampai orang habis baca doa? apa cikgu mala ni tak reti adab ketika berdoa? takan pas tak ajar kut?

Hangpa tengok lah sendiri, orang tengah baca doa, dia dok kalut senduk nasi nak tunjuk baik la konon. Ada ka patut, teruknya perangai, ikut perangai sapa la ni cikgu?

Hot! Video Dari Tenang! Kehadiran PAS Menyusahkan Penduduk!


Kehadiran pas telah menyusahkan penduduk FELDA dengan kehadiran penjaja bergerak mereka.Ini kata orang kampung cempelak.

Apa!! AS sifatkan siasatan serangan kapal Gaza flotilla oleh Israel 'telus, adil' ?


AS sifatkan siasatan serangan kapal Gaza oleh Israel 'telus, adil'


Amerika Syarikat (AS) hari ini menyifatkan hasil siasatan badan siasatan khas Israel terhadap serangan komandonya ke atas kapal misi bantuan Gaza pada Mei tahun lalu yang mengorbankan sembilan sukarelawan Turki sebagai 'adil, berwibawa dan telus'.

Dalam laporan awal suruhanjaya membabitkan enam panel itu yang dikeluarkan Israel semalam, siasatan mendapati operasi serangan dan menyekat perjalanan kapal misi bantuan ke wilayah Palestin itu adalah mengikut undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Philip Crowley, bagaimanapun berkata panel siasatan yang ditubuhkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon akan kekal sebagai forum antarabangsa untuk mengkaji semula kejadian seorang itu.

Beliau berkata, siasatan oleh kerajaan Israel terhadap serangan yang dilakukan komandonya adalah sebagai "satu langkah penting' dan AS akan menunggu laporan kedua siasatan yang dikeluarkan beberapa bulan lagi.

“Kami fikir ini adalah satu siasatan yang bebas, berwibawa, adil dan telus yang sudah dijalankan Israel.

“Ia akan menyumbang kepada proses yang lebih meluas kepada Setiausaha Agung PBB untuk menyambungnya," katanya. - AFP

AS:AS diatas ialah Amerika Syarikat ye! Jangan salah paham ye! Bukan Anak Seberang .
Kurang ajar punya US! Misi Bantuan kemanusiaan diserang dikatakan telus dan adil! Berpuluh nyawa terkorban setelah diserang oleh Rejim Zionis semasa mahu membantu manusia dalam kesusahan lagi mau kata benda ni tak salah?

Loh! Tak abis-abis lagi Isu Pemilihan PKR ni? Mustafa Kamil kena sabotaj dgn AZMIN LAGI!



lihatlah isi kandungan surat ni! Min.. min.. dah la dasar si tanggang, manusia yg tak pernah puas kau ni min! dah menang sudahla! jgn guna saipudin nasution tu untuk memenuhi hawa nafsu besar hang dalam politik tu! PKR mamfus la cepat-cepat.. menyusahkan rakyat saja!

Cuba Teliti! Apakah Yang Kita Tak Nampak Dalam Gambar Ini ?



Sambil membelek-belek gambar sebelum tidor , AS tertarik dengan gambar ni. Dilihat sekali pandang, memang nampak sayu seolah-olah seorang isteri solehah sedang memohon restu dan izin dari suami.

Tapi jika kita lihat dari skop lebih meluas, yang mana disini nampak ketara puak pimpinan PR, yang bersarban majoritynya, berhimpit-himpit lelaki dan perempuan bukan mahram dalam keadaan yang tak darurat maknakata dalam keadaan yang boleh dielakkan.

Yang nyonya pakai spek tu AS kenai, YB Chong Eng MP Bkt Mertajam dilihat terlalu rapat dengan seorang ostad, Wan Azizah pun dilihat terlalu hampir bersentuhan dengan pimpinan pas di belakangnya.

nampaknya dalam keadaan mereka begitu ghairah untuk berpolitik meraih undi, hukum halal haram dan perlakuan yang bulih menimbulkan syak diketepikan begitu sahaja oleh lobai-lobai pas.

Hot! Sidang Parlimen Roh Al-Arqam?


Ajaran Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari Mohamad atau terkenal dengan panggilan Abuya yang difatwakan sesat pada tahun 1994 didakwa cuba dihidupkan semula oleh salah seorang isterinya.

Pergerakan kumpulan itu yang masih mempunyai kira-kira 2,000 pengikutnya didakwa mula dikesan aktif semula kira-kira setahun lalu dengan pengikutnya kerap menyertai perjumpaan yang dinamakan 'Sidang Parlimen Roh' selepas kematian Ashaari pada 13 Mei 2010.

Dalam tempoh setahun lalu, pengikut Al-Arqam didakwa telah berhimpun sebanyak 18 kali dalam perjumpaan 'Sidang Parlimen Roh' di beberapa lokasi termasuk pernah dianjurkan di luar negara seperti di Thailand, Jordan dan Mekah.

Namun, kebanyakan 'Sidang Parlimen Roh' yang diadakan hampir setiap bulan itu banyak berlangsung di Bandar Country Homes, Rawang atau di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Mengikut satu sumber, ajaran Al-Arqam atau dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah itu cuba diberi nafas baru oleh salah seorang balu Ashaari yang kini diberi gelaran 'Ummu Jah' iaitu gelaran bagi menyanjungi wanita itu.

Sumber itu memberitahu, 'Sidang Parlimen Roh' yang terbaru diadakan secara serentak di Bandar Country Homes dan di Sungai Penchala pada 25 hingga 27 Disember tahun lalu.

Hot! Cikgu Mala menimbulkan kemarahan masyarakat cina kerana mepersoalkan kedai jual arak ??


Benarkah seperti apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong bahawa calon PAS, Cikgu Mala mempersoalkan tindakan seorang peniaga berbangsa Cina menjual arak di kedainya baru-baru ini?

Ini berikutan Cikgu Malai akan mengambil tindakan undang-undang terhadap CTY dan jika CTY gagal membuktikan masa, tempat dan individu yang terbabit beliau akan disaman fitnah. Cikgu Mala telah menafikan sekeras-kerasnya yang dia ada bercakap begitu.

Cikgu Mala nampaknya begitu cepat gelabah apabila dituduh sedemikian walhal pabila dia dan juak-juak bangsat mereka membuat 1001 fitnah dan tohmahan liar serta mempolitikkan urusan pengurusan jenazah seorang ahli UMNO di Felda Tenang tidak sedikitpun dia berasa bersalah. Cikgu Mala harus pohon maaf kepada Keluarga Arwah! Rujuk SINI

Cikgu Mala dan PAS harus pohon maaf kerana berhati busuk!


Demi mendapat kuasa, PAS sanggup apa sahaja terutamanya memain isu-isu agama demi mendapat undi. Inikah Islam sebenar ???

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

Isteri dan anak-anak Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din kesal dengan tindakan Pas menabur fitnah dan mempolitikkan kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang di sini baru-baru ini.

Lebih menyentuh hati Maimunah Hendon 54, dan anak-anaknya apabila Pas menuduh keluarga membiarkan jenazah Allahyarham tanpa diurus semata-mata untuk menunggu diziarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan berada di Felda Tenang pada hari berkenaan.

Tuduhan Pas itu terkandung dalam edisi kedua Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diterbitkan Badan Perhubungan Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Tidak cukup dengan itu, Pas menerusi buletin itu mendakwa kononnya Allahyarham meninggal dunia kerana ‘risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu’.
Perasaan sedih dan rasa terkilan Maimunah itu tidak dapat disembunyikan ketika beliau ditemui wartawan di rumahnya di Bandar Putra di sini petang ini.

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

“Banyak benda bohong disiarkan. Janganlah soal mati pun hendak dijadikan bahan politik,” katanya.

“Dia (Normala) datang bertanyakan nama saya dan nama arwah suami saya dan mengucapkan takziah kepada saya. Memang saya sedar gambar itu diambil oleh beberapa orang tetapi saya tidak fikir apa-apa pun masa itu.

“Sebagai orang Islam, saya bersangka baik dengan mereka, takkan pula nak halang mereka datang. Sebab itu sekarang saya terkilan sebab perkara ini kecoh, kawan-kawan beritahu cerita dan gambar saya keluar surat khabar,” katanya.

DAPAP sound jangan patuh dalam Islam sangat!


Lihatlah Kenyataan Lee Kuan Yew iaitu mentor kepada Lim Kit Siang yang secara lantang, berani menggesa supaya Islam jangan terlalu tegas dan ekstrim dalam kehidupan.

Dapatlah disimpulkan disini bahawa sebenarnya DAP hanya berpura-pura dan bermain wayang menerima 'Keislaman" PAS demi untuk menuju cita-cita mereka menggapai kuasa di Malaysia. Jangan terkejut seandainya bila DAP berkuasa LKS atau anaknya LGE akan mengeluarkan kalam yang sama! PAS pada masa tu akan terus ditindas dan dipijak!



SINGAPURA - Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa.

Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India.

Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya.

"Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.

Sewaktu pelancaran buku tersebut pada Jumaat lalu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang perasaan puas hati mereka.

Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa. Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya.


Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai. "Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah... Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain," katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing.

Bercakap tentang politik tempatan, Kuan Yew menyatakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak tahun 1959 apabila Singapura memperoleh autonomi politik daripada pemerintah kolonial Britain akan kehilangan kuasanya pada satu hari nanti.

"Akan tiba satu masa apabila orang ramai berkata, mari cuba pihak yang satu lagi. Sama ada kerana kualiti PAP telah menurun atau pihak pembangkang sudah menghasilkan satu pasukan yang setanding dengan PAP. Hari itu akan tiba. Bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, saya tidak fikir ia akan berlaku. Menjangkau tempoh itu, saya tidak tahu," katanya.

Kuan Yew menyatakan walaupun satu kaji selidik menunjukkan sebaliknya, beliau percaya rakyat Singapura masih belum bersedia menerima seorang perdana menteri yang bukan daripada etnik Cina.

"Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Anda percaya undian-undian ini? Betul-betul sampah. Mereka bercakap apa yang secara politiknya betul," tegasnya.

Kuan Yew juga mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi. Dasar itu dilihat oleh para pengkritik sebagai satu proses kejuruteraan sosial dan menafikan tanggapan mengenai cinta pandang pertama.

"Rakyat mendapat pendidikan. Golongan yang cerdik akan naik statusnya dan mengahwini pasangan yang sama-sama menerima pendidikan yang bagus. Hasilnya, anak mereka pasti lebih pandai berbanding anak-anak tukang kebun.

"Ini adalah hakikat kehidupan. Anda mempunyai seekor kuda betina yang bagus, anda tidak mahu membuat kacukkan antara ia dengan seekor kuda biasa. Anda akan mendapat anak kuda yang kurang bagus. Manusia yang tertarik kepada karakteristik fizikal akan menyesal mengenainya," katanya lagi.

Kuan Yew mendedahkan beliau telah mendermakan semua pendapatannya berjumlah AS$10 juta (RM30.6 juta) kepada kebajikan sejak mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada tahun 1990 selepas 31 tahun berkuasa.

Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah dan menarik bakat dari sektor swasta.

Kuan Yew yang memegang jawatan khas, Mentor Perdana Menteri kini bertindak selaku penasihat kepada Perdana Menteri Singapura yang juga merupakan anak lelakinya, Lee Hsien Loong yang mula memerintah sejak tahun 2004.Di sebalik kata-katanya yang tegas, Kuan Yew menunjukkan ciri-ciri kelembutannya apabila ditanya tentang mendiang isterinya, Kwa Geok Choo yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, Oktober lalu.

"Ia membawa makna lebih keseorangan," kata Kuan Yew dalam buku tersebut yang mengandungi siri temu ramah eksklusif dengan wartawan-wartawan akhbar Straits Times. - AFP

Hot! Bukti Nyata Cikgu Mala Tak Berdaftar Mengundi di DUN Tenang jauh sekali anak tempatan!



Sekarang sohih lagi jelas, Cikgu Mala seorang bekas cikgu ni bukannya seorang pengundi yang berdaftar di DUN Tenang. Jauh sekalilah Cikgu Mala ni anak tempatan. PAS.. PAS.. Tak abih-abih nak menipu..

Kesiann! Cikgu Mala Berceramah Di Depan Ratusan Kanak-kanak Ribena


Petikan Gambar dalam Ceramah Kempen Cikgu Mala sebentar tadi. Lihat dan nilaikanlah sendiri betapa sadisnya sambutan pada kempen beliau.

Antara petikan ucapan beliau "anak-anak semua jangan risau lepas ni makcik belanja aiskrim, teruskan bersama makcik sampai ke tengah malam, esok takyah gi sekolah makcik belikan MC" hahaha

Must Read! Gelagat Politik PAS yang amat menjelekkan sekali!


1.Sehingga kini sejak pru 12 2008 , sudah 15 prk telah berlangsung dan sudah hampir 15 kali penamaan calon berlaku. Kita semua dpt melihat dgn jelas bagaimana tingkah laku penyokong pas yg kononnya sentiasa berdakwah Islamiah.

2.Gelagat para penyokong pas yg ganas lagi agresif itu telah mencemarkan imej islam dan telah mencerminkan bagaimana sebenarnya wajah politik dan budaya mereka.

3.Sikap suka memperlekehkan dan menghina keislaman org lain itu membuktikan akan kesesatan mereka dlm menghayati fitrah agama Islam, ditambah pula dgn pelbagai banner dan propaganda poltik murahan picisan mereka yg jelas menampakkan tahap pemikiran mereka.

4.Provokasi politik yg tak perlu sesama bangsa dan sesama agama adalah mainan pas demi membuktikan kpd dap bahawa mereka pas adalah agen terbaik utk memcahbelahkan bangsa melayu dan umat islam seperti mana yg DAP mahukan sangat.

5.Kita berasa pelik dgn cara budaya poltik pas yg sanggup dan tergamak memperlekehkan dan menghina sebangsa dan seagama demi utk menyatupadukan bangsa dap ,kita juga berasa amat hairan dgn sikap dan cara puak pas berdakwah islamiah dimana pendakwahan islamiah mereka teramatlah jelas jauh terkeluar drpd fitrah islam sebenarnya.

6.Sikap mereka yang berat sebelah dan berkepentingan poltik dlm pendakwahan islamiah jelas telah mencemar sifat baik agama islam itu sendiri mereka seolah lebih alim dan lebih islam drpd org lain.

7.Setiap hari puak pas hanya menyerang pihak umno sahaja dan pelbagai macam bentuk penghinaan dan perlekehan mereka lakukan tanpa henti terhadap sebangsa dan seagama.

Itulah hakikatnya tentang poltik pas.

PKR Di Nibong Tebal retak menanti belah! Di Tasek Gelugoq 100 orang dah belah!


Tahniah kepada ketua grup ni, iaitu Sdr S. Thevandas. Anda buat pilihan bijak. Sila jumpa BS Maniam, Ketua MIC Bahagian Tasek Gelugor yang AS kenali seorang yang sangat prihatin terhadap permasalahan kaum India di Tasek Gelugoq. Ustaz Budin pun jangan terlepas pandangan kelompok ni kerana kaum India memainkan peranan penting dalam Parlimen tasek Gelugoq. Jangan sangka Tasek Gelugoq tu kebal, PAS/PKR tak boleh tembus! YB Ustaz Shabudin selaku Ketua bahagian kena mainkan peranan lebih pro-aktif.

Yang di Nibong Tebal ni, pakat-pakat la belah dari Parti kelentong Rakyat ni. Grup PKR dah pecah 2. Satu Geng Rizal tmn Ilmu yg dah kuchiwa sebab kalah dgn YB Ust Mokhtar masa Pemilihan Ketua cabang tempohari. Puak-Piuak Rizal Hamid ni dah ambik keputusan tak mau terjebak dan terlibat dengan sgala program PKR Cabang Nibong Tebal! Nak harap MP, dah lari malam, keluaq PKR awai-awai lagi sebab dah tau Parti ni parti pemuhong besaq! Last-last, rakyat Nibong Tebai yang jadi mangsa!


100 anggota PKR Tasek Gelugor keluar parti, sertai BN

TASEK GELUGOR, 23 Jan. - Seramai 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tasek Gelugor di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti berkenaan selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.

S. Thevandass yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji kepada penduduk di kawasan Ladang Mayfield, di sini.

"Semua janji yang ditabur sebelum pilihan raya hanya janji kosong semata-mata, mereka (PKR) kata nak bantu orang India, tapi sampai sekarang apa pun mereka tidak beri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang penyertaan mereka kepada Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor Dr. Mohd. Rozi Yusuf. - Bernama

Hot! Regim DAP makin rakus robohkan kedai di Pulau Pinang! (wiz video)


Kejam & zalim ! Itu lah nasib yang terpaksa diterima kepada pemilik premis pelancongan di sekitar pantai Batu Feringgi yang dirobohkan oleh Kerajaan DAP diketuai Guan Eng lidah biawak semalam .

Selepas Ng Wei Aik menyalahgunakan kuasanya merampas barang2 kedai nasi kandar , kini premis perniagaan di Batu Feringgi pulak menjadi mangsa penindasan kerajaan Guan Eng .
Makin melampau dan menjadi-jadi puak-puak racist komunis ini. Tiada sebarang belas ihsan dan dibawa berbincang terus mereka rakus merobohkan premis pelancongan yang menjadi tempat tumpuan ribuan pelancong-pelancong asing terutamanya. Seorang lagi mangsa juga mendakwa permis beliau mendapat kelulusan, namun mengapa tindakan meroboh tetap dilakukan? Sudahla nasib mereka tak dibela selepas kejadian kebakaran besar bulan lepas, lagi nak menganiaya rakyat yang memerlukan pembelaan!
PULAU PINANG 22 Jan. - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang dialami dua pengusaha sektor pelancongan pesisir pantai di Batu Feringghi di sini.

Bulan lalu, premis itu hangus terbakar dan belum pun dapat beroperasi semula, kedua-dua premis itu dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini kerana didakwa berniaga secara haram.

Tanpa sebarang notis, penguat kuasa MPPP yang tiba kira-kira pukul 11 pagi bertindak merobohkan beberapa struktur yang baru dibina semula di tapak premis itu setelah mendapat arahan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut.

Salah seorang pemilik premis perniagaan tersebut, Hamid Sultan, 49, berkata, pihak berkenaan sepatutnya memberi notis terlebih dahulu sebelum merobohkan premis tersebut.

"Kalau mahu roboh sekalipun, ikutlah prosedur. Beri notis dan berbincang dahulu dengan kami.

"Ini tidak, mereka terus roboh. Sudahlah terbakar dulu, tiada siapa yang peduli, sekarang mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang) buat begini pula. Mereka memang kejam," dakwanya.

Hamid serta seorang lagi pengusaha pelancongan di situ, Melinda Soon Abdullah, 50, hanya mampu melihat premis mereka dirobohkan setelah usaha untuk mengadakan perbincangan ditolak pihak terlibat.

Begitu juga dengan 30 pekerja premis pelancongan itu. Mereka terpaku di hadapan sisa-sisa bangunan berkenaan.

Menurut Hamid, kedua-dua premis pelancongan berkenaan telah beroperasi selama lima tahun dan amat terkenal di kalangan pelancong asing sehingga ia disenaraikan dalam risalah yang diedarkan kepada syarikat pelancongan dalam dan luar negara.

Katanya, setiap bulan mereka juga menerima kunjungan hampir 100,000 pelancong yang kebanyakannya merupakan pelanggan tetap dari luar negara.

"Sepatutnya, dalam keadaan sekarang, kami dibantu untuk membangunkan semula premis ini setelah musnah dalam kebakaran 25 Disember lalu.

"Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Nasib kami bukan sahaja tidak dibela dan dibantu malahan kami diperlakukan seperti ini," katanya.

Sementara itu, menurut Melinda, premis perniagaannya menjalankan perniagaan secara sah selepas kelulusan mengenainya dipersetujui dalam satu mesyuarat antara kerajaan DAP Pulau Pinang dan badan bertindak yang ditubuhkan pengusaha- pengusaha pelancongan di kawasan tersebut.

"Bukan sahaja premis ini malahan di sepanjang pesisir pantai dari Hotel Rasa Sayang sehingga ke Hotel Bayview Beach Resort sejauh lima kilometer, semuanya telah mendapat kelulusan untuk berniaga. Jadi, kenapa mereka merobohkan premis ini," katanya.

Dalam pada itu, dua pelancong asing yang merupakan pelanggan tetap premis itu kesal dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu.

Richard Patrick, 60, dan isterinya, Jackie Honey, 56, dari United Kingdom menyifatkan tindakan tersebut sebagai 'gila' dan tidak sepatutnya berlaku

Keputusan Penuh LTDL 2011 Peringkat pertama. Tahniah Anuar Manan!


Keputusan Le Tour De Langkawi 2011

LANGKAWI - Berikut adalah keputusan pusingan pertama perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 di sini, melibatkan jarak 94.3km mengelilingi pulau, hari ini.

10 PELUMBA TERBAIK:
-------------------

1. Andrea Guardini (Farnese Vini-NeriSottoli) 2 jam 3 minit 28 saat
2. Park Sungbaek (Korea National Team) 2'03:28
3. Mohd Harrif Salleh (Terengganu Pro Asia Cycling Team) 2'03:28
4. Luca Barla (Androni Giocattoli) 2'03:28
5. Kenny Van Hummel (Skil Shimano Cycling) 2'03:28
6. Andre Schulze (CCC Polsat Polkowice) 2'03:28
7. Hilton Clarke (United Healthcare Pro) 2'03:28
8. Arran Brown (MTN Qhubeka) 2'03:28
9. Davy Commeyne (Landboukrediet) 2'03:28
10. Joeri Stallaert (Landboukrediet) 2'03:28

3 PELUMBA TERBAIK KESELURUHAN (Jersi Kuning):
--------------------------------------------

1. Andrea Guardini (Farnese Vini-NeriSottoli) 2'03:18
2. Park Sungbaek (Korea National Team) 2'03:22
3. Anuar Manan (Terengganu Pro Asia Cycling Team) 2'03:22

3 PElUMBA TERBAIK ASIA (Jersi Putih):
------------------------------------

1. Park Sungbaek (Korea National Team) 2'03:22
2. Anuar Manan (Terengganu Pro Asia Cycling Team) 2'03:22
3. Mohd Harrif Salleh (Terengganu Pro Asia Cycling Team) 2'03:02

RAJA PECUT (Jersi Biru):
-----------------------

1. Andrea Guardini (Farnese Vini-NeriSottoli) 15 mata
2. Anuar Manan (Terengganu Pro Asia Cycling Team) 14 mata
3. Park Sungbaek (Korea National Team) 14 mata

RAJA BUKIT (Jersi Merah):
-------------------------

1. Koen De Kort (Skil Shimano Cycling Team) 6 mata
2. Mehdi Sohrabi (Tabriz Petrochemical Team) 4 mata
3. Andrei Krasilnikau (Chipotie Development Team) 4 mata

- BERNAMA

Sudut Info. Maklumat Penting dari Pihak Polis!


Mesej penting untuk semua wanita yang nak pergi ke mana-mana sahaja seorg diri. Jika terjumpa kanak-kanak menangis di jalanan & menunjukkan alamat rumahnya & minta anda hantarnya, tolong bawa dia ke balai polis tidak kira apa pun yg terjadi. Jangan sesekali hantar ke rumahnya kerana ini taktik baru satu kmpulan yg merompak, menculik dan merogol. Please forward to all ur loved ones so they can inform friends n family members.

HOT! ADUN PKR SUNGAI BAKAP KATA PADA MANGSA BANJIR, BELI MAKANAN GUNA DUIT POKET SENDIRI

Luahan dari Penduduk Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap, Nibong Tebal

Selepas tersiarnya rintihan penduduk sungai kechil berikutan banjir di TV3, Pihak pembangkang bangkit menyurakan tidak kepuasan hati didalam laman sosial facebook.Kononnya ketidak puasan hati kerana adun kesayangan mereka turun padang semasa banjir buruk melanda sungai kechil baru-baru ini dan juga ahli perlimen Nibong Tebal bekas calon Pilihan PKR yang kini sudah menjadi adun bebas.

Gambar diatas adalah bukti kehadiran adun PKR kononnya.Nak diceritakan disini.kepada pembaca.memang ada kelibat adun PKR dari Sungai Bakap hadir tapi hanya sekejap saja rata-rata penduduk tidak terlihat langsung wajah Adun yang datang berjumpa dengan mangsa banjir bertanya permasalahan. Mungkin takut nak hulur duit kot? Ialah sebab taknak sponser makan dan bantuan.haha.

Ada cerita yg paling menarik kecewa dan lucu apabila Adun PKR Sungai Bakap menyuruh wakil penduduk membeli makanan dengan mengunakan wang poket sendiri..hahah lawak,lucu campoq kecewa hal ini telah diceritakan oleh seorang penduduk kampung Teluk semasa kehadiran adun itu ke kampung mereka. Kampung teluk diantara kampung yg terjejas akibat banjir awal bulan lalu.

Penduduk kesal sikap Ahli Parlimen dan Adun PR yang tidak ambil endah dengan penduduk dibawah kawasan mereka. Ditambah pulak dengan tekanan penduduk selepas kawasan mereka dilanda banjir,banyak barang-barang rumah dan ternakan telah musnah dan terpaksa beli peralatan rumah yang baru,kini sudah seminggu berlalu selepas banjir besar melanda kampung Sungai Kecil batang hidung wakil rakyat pon tak nampak datang menjenguk.kemana perginya slogan pakatan kononnnya CAT?

Sepatutnya masa sebegini lah wakil rakyat dari PKR ini perlu mengambil kesempatan dekatkan diri dengan penduduk disini. Rata-rata masyarakat kampong sangat kesal dgn wakil rakyat yg diwakili oleh parti PKR ini. Pemerintahan sangat berbeza ketika kawasan ini diwakili oleh parti (UMNO)Barisan Nasional. Dulu jika ada sesuatu bencana yang melanda kampung.wakil rakyat barisan nasional yg banyak membantu dari mula hingga akhir. Banyak bantuan dihulurkan dari segi Makanan,wang ringgit dan berbagai-bagai bentuk lagi. Hanya tuhan yang tahu kesedihan yg dialami oleh penduduk kampong sungai kechil ketika ini.

Kini tiada lagi tempat penduduk mengadu selain dari wakil kadun yang dilantik daripada parti (UMNO)Barisan Nasional iaitu Tuan Haji Mohd Foad(Naib Ketua UMNO Bahagian NT dan juga Dato Zainal Abidin apabila mereka ada masa lapang mereka akan datang ke kampung bertemu dengan penduduk dengan dibantu oleh Pengerusi JKKKP iaitu Tuan Haji Edaruddin.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana masih ada lagi pejuang yang sentiasa membela nasib rakyat khususnya bangsa melayu dikawasan Kampung Sungai Kechil ini. Kepada pihak yg masih dibuai mimpi pembangkang sedarlah tuhan telah tunjukkan kita pemimpin yg sebenar yg boleh meminpin kita.

Gempar! Ular Berkepala Tujuh Dijumpa di Perlis (Bergambar)


Santai Pagi Minggu.
Gambar ular selar berkepala tujuh yang sempat dirakam menerusi telefon bimbit salah seorang daripada tiga pemuda dari Kampung Ngulang dekat sini ketika memancing di sebuah alur berhampiran Ampangan Timah Tasuh, empat hari lepas. Untuk paparan dan cerita lebih jelas,
sila ke SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...