Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Menjadi Isu Panas! Gambar Orang Melayu Bergambar Di Jirat Cina Dikatakan Menghina?
Gambar hangat ini dikatakan sedang dijadikan isu panas oleh orang kaum cina.Secara peribadi bagi A.S, Kita kenalah hormatkan budaya orang lain,
kubur adalah tempat persemadian dan keramat bagi sesetengah kaum..
bila A.S tengok gambar ni kat FB,
A.S rasa betul-betul marah.
negara kita mudah di kucar kacirkan dengan isu perkauman..
banyak musuh luar cuba menjadikan hubungan antara kaum dingin..
tapi kali ini, A.S lihat anak muda yang kelihatannya melayu malaysia
cuba mengeruhkan keadaan di negara ini.
Jadi Pegawai PTD Bukan Lesen Pukul Suami

Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.
Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mintak Bahasa Tamil Di Airport Pulak Dah?
Bekas timbalan menteri Rabu menyeru agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak menggunakan bahasa Tamil dalam pengumuman di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi kemudahan pelancong dari India.Datuk T Murugiah, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ia merupakan satu keperluan memandangkan jumlah pelawat dari negara itu semakin ramai mengunjungi negara ini.
Katanya sekiranya bahasa Tamil digunakan ketika membuat pengumuman di KLIA ia juga dianggap sebagai menghormati kedatangan pelancong India yang kebanyakannya adalah ahli perniagaan.
Murugiah mengulas kenyataan Kementerian Pengangkutan semalam yang menyatakan kerajaan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam bahasa Tamil di KLIA kerana penumpang dari India bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda.
Buat masa ini pengumuman di KLIA dibuat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin manakala bahasa Arab dan Jepun dibuat mengikut musim tertentu sahaja.
Murugiah berkata keputusan kementerian itu tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang giat dipromosikan oleh kerajaan.
"Saya juga menyarankan agar bahasa Tamil digunakan di papan tanda di KLIA sebagai pengiktirafan kepada 1.8 juta kaum India di Malaysia, komuniti ketiga terbesar di negara ini," tambah beliau.-Bernama
A.S nak kata, macam-macam hangpa mintak! Kalau duduk US atau UK jangan harap la!
Tak cukup lagi ke Bahasa yang digunakan sekarang ini?
Makin Pening la Pak Najib nak layan karenah depa ni!
Baru Nak Kelam Kabut Pulang Balik!
Akur dengan teguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan mengarahkan guru besar Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 di sini supaya memulangkan serta-merta wang RM50 yang dipotong daripada bantuan persekolahan RM100 yang diberi kepada para pelajar sekolah tersebut.Pengarahnya, Datuk Khairil Awang berkata, sekolah berkenaan adalah satu-satunya sekolah di Wilayah Persekutuan yang membuat pemotongan sebanyak RM50 daripada bantuan persekolahan RM100 yang sepatutnya diterima pelajar.
Beliau menegaskan, masalah tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan semua sekolah telah dimaklumkan supaya tidak membuat sebarang pemotongan menerusi satu taklimat baru-baru ini.
Guru Besar SK Datuk Keramat 2 ketika ini ialah Abd. Hadi Mohamed Zin.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan saya sendiri telah menghubungi guru besar sekolah tersebut semalam supaya memulangkan wang RM50 itu dengan segera.
"Saya jangka pelajar sekolah itu akan menerima wang mereka semula yang dipotong untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.-KOSMO
A.S: HA! BARU NAK KALUT KEMBALIKAN BALIK. BUAT LAGI KERJA MEMANDAI-MANDAI!
SELALUNYA KAKITANGAN AWAM MACAM NILAH YANG MEMBURUKKAN IMEJ KERAJAAN DAN SETERUSNYA MENJATUHKAN KREDIBILITI KERAJAAN BN.
KERAJAAN PUNYA PERANCANGAN DAN NAWAITU DAN CANTIK, TAPI MAI TANG BAB PERLAKSANAAN KADANGKALA ADA KECACATANNYA. KECACATAN NI SELALUNYA DATANG DARI PENJAWAT AWAM YANG PRO PAKATAN HARAM JE!
EDISI KETEGAQ! SEKSUALITI MERDEKA AKAN DITERUSKAN DALAM MASA TERDEKAT
Penganjur Seksualiti Merdeka yang berhadapan dengan reaksi berbelah bahagi daripada publik hari ini menegaskan, program itu tidak mengandungi unsur-unsur mencabar norma masyarakat Malaysia dan oleh itu bercadang untuk meneruskannya dalam waktu terdekat.Polis telah mengharamkan program itu berkuat kuasa semalam manakala beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan politik pula mengecam penganjurannya.
Berikutan kontroversi dan dakwaan mengatakan mereka memperjuangkan kebebasan hak gender dan mereka yang menghadapi masalah identiti seksualiti, Pengarah Seni program itu Phang Kee Teik, mereka akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
“Kami belum memutuskan berkenaan penganjuran program ini lagi, segala makluman akan diberitahu kemudian,” katanya yang enggan mengulas lanjut apabila ditanya kemungkinan akan menghentikan terus penganjuran program yang didakwa memperjuangkan hak golongan gay, dwiseks, lesbian, dan transgender itu.
Phang yang juga jurucakap program tersebut bagaimanapun menegaskan, pihaknya tetap mempertahankan program berkenaan yang berlangsung sejak 2008 atas alasan ia tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia.
“Dakwaan sesetengah pihak berkenaan program ini salah, kami bukan berusaha memperjuangkan hubungan seks songsang, tetapi ia sekadar satu perjumpaan untuk bertukar pendapat dan perbincangan sahaja,” katanya yang menolak tanggapan salah banyak pihak terhadap perkara itu.
Mai Baca! Penjelasan KWSP Dalam Isu Beri Pinjaman RM55 Biion tanpa jaminan kerajaan
KWSP jawab isu RM55.1bKUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan semua 13 pinjaman berjumlah RM55.10 bilion yang diluluskan tanpa jaminan kerajaan, mematuhi kriteria yang ditetapkan.
Pinjaman secara langsung kepada kerajaan, sekuriti yang disokong kerajaan dan kertas bertaraf AAA itu juga diluluskan mengikut bidang kuasa Akta KWSP yang memberi kuasa kepada badan itu memberikan pinjaman kepada Kerajaan Pusat, negeri dan entiti korporat, tertakluk kelulusan Panel Pelaburan KWSP dan Menteri Kewangan.
Berikutan itu, KWSP memberi jaminan bahawa kebajikan pencarum menjadi agenda utama dan akan terus mengekalkan polisi pelaburan berhemah yang turut disokong penyelidikan menyeluruh serta teliti selaras dengan amalan terbaik pelaburan bagi memastikan simpanan ahli selamat.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata dalam menilai permohonan pinjaman, KWSP akan memastikan setiap bakal peminjam yang berpotensi mempunyai keupayaan bayaran balik yang kukuh, aturan jaminan yang baik dan pulangan setimpal dengan profil risiko.
“Daripada jumlah itu, pinjaman secara langsung kepada kerajaan adalah sebanyak 39 peratus dan sekuriti yang disokong kerajaan 48 peratus, manakala baki 13 peratus pinjaman kepada syarikat bertaraf AAA,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Beliau mengulas beberapa laporan media mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkaitan 13 pinjaman yang dikatakan diluluskan tanpa jaminan kerajaan. Minggu lalu, beberapa portal berita melaporkan laporan audit itu mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan kepada syarikat tertentu ada status ‘meragukan’.
Menurut portal itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata sehingga 31 Disember 2010, sebanyak 13 pinjaman tanpa jaminan kerajaan berjumlah RM55.1 bilion diluluskan oleh KWSP. Laporan itu juga memetik Ambrin sebagai berkata, RM7.3 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.3 bilion kepada satu peminjam yang dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.
Nik Affendi juga menjelaskan bahawa dalam laporan itu, Ketua Audit Negara memberikan penarafan memuaskan bagi aktiviti pelaburan pinjaman kepada kerajaan, selaras dengan kehendak Seksyen 26 Akta KWSP 1991.
Katanya, KWSP sentiasa memberi penekanan kepada kualiti aset serta memantau portfolio pinjaman dengan menyemak kedudukan kewangan peminjam secara tahunan, melawat tapak projek serta mewujudkan persefahaman baik dengan pihak pengurusan peminjam.
Nik Affendi juga menjelaskan KWSP sentiasa memastikan amalan terbaik dalam urus tadbir korporat dan mempunyai garis panduan yang diluluskan untuk membantu panel pelaburan dan pengurusan dalam proses kerja dan membuat keputusan.
Selain itu, KWSP mengambil pendekatan teliti dan berhemah dalam aktiviti pelaburan dengan memastikan pemerosesan pinjaman mengikut rangka kerja risiko KWSP dan had risiko yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Risiko Panel Pelaburan.
“Sebagai dana tabung persaraan, KWSP mengambil pendekatan berasaskan risiko pelaburan dan komited untuk mengekalkan polisi pelaburan berhemah dan berisiko rendah. Dalam perkara ini, KWSP mematuhi dengan ketat Alokasi Aset Strategik (SAA) yang dirangka untuk mengekalkan pulangan konsisten dalam jangka panjang dan had risiko yang boleh diterima bagi setiap kelas aset,” katanya.-BH
Nalakarupan Bakal dilantik Senator? Relevan ka?
Menurut pelbagai info yang hampir sahih , Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.
Bagi AS, adakah ia perlu?
Ramai lagi pemimpin kaum india terutamanya dari MIC / PPP yang telah banyak berjasa boleh kita naikkan nama mereka.
Adakah ia memberi impak terhadap undi dari kaum India terhadap BN dalam PRU13 akan datang?
Bagi AS, adakah ia perlu?
Ramai lagi pemimpin kaum india terutamanya dari MIC / PPP yang telah banyak berjasa boleh kita naikkan nama mereka.
Adakah ia memberi impak terhadap undi dari kaum India terhadap BN dalam PRU13 akan datang?
Pelantar Tingkat 1 KL Sentral Runtuh! (Gambar-Gambar)
KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Pihak polis meninjau keadaan pelantar tingkat 1 setinggi empat meter runtuh sebuah pusat membeli-belah 11 tingkat yang dalam pembinaan pada kira-kira 11 pagi tadi di Brickfields di sini hari ini.
Keadaan pelantar tingkat 1 setinggi empat meter yang runtuh semasa pembinaan sebuah pusat membeli-belah 11 tingkat pada kira-kira 11 pagi tadi di Brickfields di sini hari ini.Bangunan milik MRCB dalam kawasan KL Sentral itu dibina sejak dua tahun lepas akan dikenali sebagai "Nu Sentral" mempunyai lebih 500 pekerja untuk menyiapkan pembinaan.
Seorang pekerja binaan cedera ringan apabila struktur binaan bangunan berhampiran KL Sentral di Kuala Lumpur ini runtuh.
Update: Arwah Dilindungi Insurans.. Rais Yatim Cakap Sumber Mana?
Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia pada Jumaat lepas, dilindungi dua polisi insurans yang diambil oleh Bernama, kata Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman hari ini.
"Semua petugas Bernama dilindungi dua polisi insurans -- insurans hayat dan dan insurans kemalangan diri yang terpakai di seluruh dunia," kata beliau sebagai respons kepada spekulasi yang tersebar dalam internet bahawa Allahyarham Noramfaizul tidak dilindungi insurans semasa menjalankan tugasan terakhirnya itu.
Selain itu, Kelab Putra 1Malaysia turut mengambil polisi insurans kelompok kepada kesemua 55 anggota misi bantuan kemanusiaan ke Somalia.
Abdul Rahman berkata, Bernama akan turut menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham.- Bernama
Ni komen Rais Yatim Pula!
Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia tidak dilindungi oleh insurans khas kerana Allahyarham bertugas atas dasar urusan kerja biasa dan kesukarelaan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.
Menurut Rais, beliau berharap insiden yang menimpa jurukamera itu akan dijadikan iktibar oleh semua pihak termasuk kedutaan dan penganjur misi agar melakukan kajian yang teliti bagi mengetahui kedudukan terkini keadaan di sesuatu lokasi sebelum menghantar sukarelawan.
“Kita juga mahu mengkaji prosedur pada masa depan di mana kita perlu menyoal (pihak penganjur) sama ada seseorang petugas yang menyertai misi amal mendapat perlindungan undang-undang dan insurans.
“Petugas media tersebut juga perlu menandatangani dokumen tertentu supaya penglibatan mereka dalam misi kesukarelaan diketahui ahli keluarga,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Beliau berkata, kepentingan peserta sesuatu misi kesukarelaan perlu dilihat dengan lebih teliti supaya mereka tidak terperangkap dalam keadaan yang tidak bersedia.
“Saya pernah menyuarakan bahawa misi ke Somalia bukan misi biasa seperti ke Australia dan Jepun sebelum ini. Somalia berada dalam kancah pergolakan dan penuh dengan peristiwa tidak menentu,” katanya.
Tambah Rais, kementeriannya akan meneliti bantuan sesuai yang boleh diberikan kepada ahli keluarga Noramfaizul.
AS yakin sumber dari Bernama lebih reliable kerana mereka adalah majikan Arwah. Rais Yatim lain kali nak kuarkan stetmen sila study dulu ye!!
Santai AS; Balik Beraya Di Kampung Tapi TIdur Di Hotel Ok Ka?
‘Balik kampung, ooobalik kampung, hati riang’. Itu antara bait lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang pasti memenuhi corong radio menemani perjalanan si perantau pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Ironinya, biarpun perantau pulang ke kampung halaman pada musim perayaan, namun, situasinya jauh berubah kerana tidak ramai yang mahu bermalam di rumah memenuhi ruang tamu bersama ahli keluarga lain, sebaliknya lebih selesa ‘check in’ di hotel.
Mengupas isu perantau balik kampung lebih suka bermalam di hotel, Sinar Harian cuba mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan rata-rata berpendapat, situasi sedemikian seolah-olah menjadi trend terkini terutama bagi perantau yang sudah berkeluarga.
Malah, biarpun ia kehendak masing-masing, namun keadaan itu dilihat sedikit sebanyak melonggarkan institusi kekeluargaan bagi jangka masa panjang.
Ibu bapa tiada antara punca bermalam di hotel
PERANTAU, Mahadi Mohd, 35, dari Kampung Tanjung Baru dan kini merantau ke Johor Bahru berkata, ketiadaan kedua ibu bapa kerana meninggal dunia menjadi antara penyebab bagi perantau yang sudah berkeluarga lebih selesa ‘check in’ di hotel berbanding bermalam di rumah pusaka orang tua mereka.
“Tidak dapat dinafikan, situasi ini kian menjadi budaya kepada perantau tetapi saya melihat ia sering berlaku di bandar besar.
“Jika kedua orang tua masih ada, mungkin tiada masalah untuk bermalam di rumah tetapi jika tiada, sudah pasti rumah pusaka tersebut didiami adik-beradik lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Mahadi berkata, keadaan sedemikian mungkin menimbulkan ketidakselesaan khususnya kepada perantau yang mempunyai ramai anak dan ini mendorong mereka mengambil inisiatif bermalam di hotel berhampiran kampung halaman masing-masing.
“Walaupun bermalam di hotel, pada siangnya perantau tetap berkunjung ke rumah saudara-mara untuk berhari raya.
“Mungkin dalam masa terdekat kesannya tidak nampak, namun dari aspek jangka panjang, keakraban khususnya antara sepupu sedikit sebanyak menjadi renggang,” katanya.
Pasangan tidak mesra dengan keluarga jadi faktor
BAGI Mazniwati Mamat, 29, yang menetap di Selangor, perantau balik kampung ‘check in’ hotel dilihat semakin menjadi trend dan antara faktor mendorong ke arah itu ialah keselesaan serta pengaruh suami atau isteri yang mungkin tidak mesra dengan ahli keluarga lain.
“Perantau kategori ini lebih selesa bermalam di hotel tidak kira sama ada ibu bapa masih ada atau sudah meninggal dunia selain rimas tidur di rumah ibu bapa dalam keadaan yang ramai. Tambahan pula, sesetengah golongan ini tidak mengalami masalah dari segi kewangan.
“Berbanding dahulu, ruang tamu rumah ibu bapa atau nenek pasti akan dipenuhi sepupu dan sanak saudara yang sama bermalam di situ, namun dek kerana bermalam di hotel semakin menjadi trend, pastinya situasi sebegini jarang dapat dilihat kini,” katanya.-SH-
Maut kena petir waktu guna telefon
TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.
Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang.
Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.
Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini.
Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.
“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.-kosmo
Syarikat Kapal Mana Yang Bagi Makan Babi Ni??
Syarikat mana ye? Ada sesiapa boleh kongsi?
AS yakin masalah ini berlaku bukan disebabkan oleh pengurusan syarikat perkapalan terkemuka terbabit. Namun pasti ada pihak yang cuba bertindak diluar kawalan pengurusan atasan.
Diharapkan pihak pengurusan dapat peka dengan masalah yang dihadapi oleh pekerja Islam ini dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
Malulah, Syarikat Perkapalan Gergasi Malaysia buat naya kat pekerja muslim sendiri macam ni!
Tersilap cedok daging BAB1 - 1000 kru kapal muslim terpaksa ikat perut.
KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa makan sayuran selama dua bulan untuk mengalas perut. Saya tidak sanggup menggadaikan prinsip seorang Muslim dan cukup kecewa bila ada pihak tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan pengurusan tertinggi.”
Demikian luahan hati Megat Mohd Hermaen, 25, seorang pekerja yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi sebuah syarikat perkapalan terkemuka di negara ini.
“Terfikir juga untuk mencuba nasib dengan syarikat lain, tapi memandangkan kontrak dengan syarikat selama lima tahun berjumlah RM100,000, saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya.
Megat Mohd berkata, sejak menyertai syarikat berkenaan yang beroperasi di ibu negara lebih dua tahun lalu, dia dan beberapa pekerja lain terpaksa berdepan dengan dilema apabila dihidangkan makanan tidak halal oleh tukang masak di atas kapal terbabit.
Katanya, biarpun terdapat notis melarang penggunaan bahan tidak halal seperti daging bab1 dalam menu makanan di atas kapal berkenaan, namun ia tetap dimasak dan dihidangkan secara bufet setiap kali tiba waktu makan.
Menurutnya, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang hampir 1,000 kru kapal beragama Islam dari seluruh dunia yang terpaksa mencari alternatif lain seperti sayuran dan roti untuk mengisi perut dan ada antara mereka membawa sendiri peralatan memasak seperti dapur serta perkakas lain.
“Namun masalah lain pula timbul apabila pekerja warga asing dari negara lain berebut mahu menggunakan dapur yang sama selepas melihat kami berbuat demikian. malah, ada ketikanya berlaku pergaduhan disebabkan berebut dapur di atas kapal,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Paling menyedihkan, katanya, dia yang bertugas untuk memastikan senarai barangan makanan dibawa ke atas kapal tidak dapat berbuat apa-apa ketika melihat daging bab1 dibawa masuk ke peti ais besar dan diletakkan bersama bahan lain.
Katanya, semua bahan makanan dicampurkan dalam peti sejuk yang sama malah dibiarkan terdedah tanpa diasingkan menyebabkan semua pekerja beragama Islam ragu-ragu untuk makan bufet disediakan kerana bimbang ia tidak halal.
“Pernah beberapa kali saya sendiri tersilap mencedok daging babi ke dalam pinggan namun bernasib baik ditegur seorang rakan. Setiap makanan dilabelkan, tapi kebiasaannya ia dicampur dan diletakkan bersama menyebabkan kami keliru,” katanya.
Nekad untuk membetulkan keadaan itu, dia dan rakan sekerja beberapa kali membuat laporan kepada kapten kapal namun kecewa tiada sebarang tindakan diambil, malah ia menjadi semakin teruk selepas tukang masak dimonopoli warga Filipina.
Sementara itu, rakannya, Nazaruddin Umar, 27, berkata, dia yang bercita-cita untuk menjadi jurutera perkapalan sejak kecil mungkin terpaksa melupakan impian itu selepas tidak tahan lagi berdepan dengan situasi berkenaan sejak tiga tahun lalu. Katanya, ketika mula bertugas sebagai jurutera di kapal itu tiga tahun lalu, dia langsung tidak menyangka akan menghadapi masalah seperti itu apatah lagi membabitkan soal hukum halal dan haram.
Jawapan MAINS terhadap Nur yang menerima bantuan dari Gereja
AS bawakan jawapan dari MAINS yang juga berkaitan polemik isu yang melanda sekarang iaitu orang Islam menerima bantuan dari gereja.
Diharapkan semoga dia insaf dan sedar ats kesilapan beliau.Kisahnya pernah disiarkan seperti dibawah ini.
KENYATAAN AKHBAR
Oleh:
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS )
1. Pihak MAINS merakam rasa kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya.
2. Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan.
3. Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan.
4. Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suanminya turut bertanggungjawab menguruskan keprluan dan persekolahan anak-anak mereka.
5. Pihak pengurusan MAINS sejak dari awal 2011 telah menasihatkan beliau agar tidak menerima bantuan gereja dan beliau insaf serta berjanji tidak akan menerima bantuan dari pihak berkenaan lagi.
6. Siasatan juga mendapati selama ini bantuan berkenaan di beri atas dasar persahabatan beliau dengan rakan lama persekolahan yang bertugas di gereja berkenaan. Tiada bahan bacaan atau barang berkaitan agama Kristian yang di bekalkan kepada beliau atau suaminya untuk menukar agama atau murtad.
7. MAINS juga mendapati Baitulmal N.Sembilan telah melayan semua permohonan dan menyalurkan bantuan kepada beliau secara profesional dan tidak timbul isu mencemuh, menghalau atau memarahi beliau secara keterlaluan. Baitulmal N.Sembilan melaksanakan inisiatif Indeks Kepuasan Pelanggan dan semua kaunter Baitulmal dirakam oleh kamera litar tertutup bagi memastikan tiada pelanggan yang tidak di layan dengan sewajarnya.
8. Pihak MAINS berharap isu ini tidak dipanjangkan dan dipolemikkan sehingga menimbulkan ketegangan agama di kalangan masyarakat N.Sembilan dan Malaysia amnya.
Sekian.
Kamal Amran b. Kamarudin
Setiausaha, Majlis Agama Islam N.Sembilan
9 Ogos 2011 / 9 Ramadhan 1432
Sesiapa Belum Baca Mesti Baca:Penjelasan berhubung Kapal Selam SCORPENE & Pesawat SUKHOI SU30MKM


Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Kementerian Pertahanan mendapati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.
Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.
Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.
Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.
Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.
Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.
Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.
Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.
Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:
1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.
2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.
3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol
4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).
6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol
Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:
1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.
2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.
3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.
4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.
Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.
Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.
Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.
Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.
Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.
Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Berdasarkan senario tersebut, semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.
Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.
Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.
Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur
Kak Jat sedih tak sempat bantu Ashraf
Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi. Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.Shahrizat (gambar) berkata kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.
“Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang,” katanya dipetik Bernama Online. “Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba,” tambahnya. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.
“Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin,” katanya.
Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.
Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.
Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lepas dan telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari seri psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.
Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita-MI
Puak Pakatan Haram Termalu Lagi dalam Isu Air Asia!
Puak-puak pakatan haram (dap/pkr/pas) dengan penuh hipokrasi dan riuh-rendah semalam memukul gendang fitnah dan berburuk sangka telah menuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan disebabkan hanya rumours kononnya Airasia akan memindahkan ibupejabatnya ke Jakarta, Indonesia. Aku harap lain kali siasat dulu apa sebenarnya yang dipindah tu dulu, jangan kerana sifat bodoh dan tuli anda menjadikan anda antara yang terbodoh dan terkeji.
Lain kali tolong siasat dulu cerita terperinci sebelum memukul gendang fintah wahai puak pakatan haramm! La ni siapa yang malu?
AirAsia Jelaskan Isu Ibu Pejabat Akan Dipindah Ke Jakarta
KUALA LUMPUR: Ibu pejabat syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan terus beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang, demikian menurut syarikat itu pada Isnin.
"Tiada sebarang rancangan ataupun petunjuk untuk memindahkan ibu pejabat syarikat keluar dari negara ini. Dan semua rangkaian pesawat kami yang berdaftar di Malaysia akan terus beroperasi dari LCCT," jelas syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan ringkas.
Syarikat penerbangan itu menjelaskan laporan sebuah akhbar yang menyatakan AirAsia akan memindahkan "ibu pejabat korporatnya" dari Malaysia ke Indonesia.
Jelas kenyataan itu lagi, pejabat di Jakarta sebenarnya akan dikenali sebagai AirAsia Asean, iaitu sebuah entiti yang ditubuhkan di bawah naungan AirAsia dan matlamat utama unit ini ialah bertindak sebagai pejabat perwakilan AirAsia dalam usaha mengembangkan jenamanya sebagai syarikat penerbangan "Truly Asean" dan memperluaskan operasi ke pelbagai kumpulan di rantau ini dari segi dasar penerbangan dalam lingkungan Asean.
Keputusan untuk menempatkan pejabat wakil di Jakarta berdasarkan semata-mata kepada rasional yang Sekretariat Asean berpangkalan di Jakarta, dan pejabat serantau di sana boleh membantu AirAsia mempersembahkan ideanya berkaitan dengan penerbangan serantau dan pertumbuhan pelancongan dengan lebih cekap lagi.
Lagu Negaraku Dihina Dan Akan Terus Dihina!
KESIAN, juga kelakar! Saya percaya pakar-pakar siber di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kena lebih kerja sekarang, sebab sehari dua ini mereka mendapat tugas tambahan.Banyak pihak mendesak suruhanjaya itu supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang menghina lagu Negaraku. Semua mahu hukuman berat dikenakan ke atas pesalah.
Itulah gara-gara seorang individu, tidak disebut dengan jelas nama dan keturunan tetapi dikatakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), yang telah mempersenda lagu kebangsaan.
Menerusi YouTube, ‘pelajar’ tersebut telah menukar lirik lagu wajib negara dengan kata-kata yang menghina Yang di-Pertuan Agong. Baris ketiga telah diubah menjadi: ‘Rakyat Hidup Miskin dan Makan Taik’.
Untuk mengetahui baris-baris lain, tengoklah sendiri dalam YouTube, itu pun sekiranya belum dinyahkan oleh pihak berkuasa. Kata-kata yang diubah itu memang biadab, kurang ajar, atau istilah yang kerap digunakan sekarang ‘derhaka’.
Tidak hairan banyak pihak yang melenting. Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri yang juga ahli Lembaga Pengarah UMT Ahmad Razif Abd Rahman meminta siasatan segera dilakukan untuk menangkap individu berkenaan. Naib Canselor, Prof Dr Aziz Deraman menegaskan, pihak pengurusan universiti tidak rela mempunyai penuntut yang menghina lagu Negaraku.
Setiausaha Agong Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad mengeluh: “Disebabkan penguatkuasaan (pihak berkuasa) yang agak longgar dan tidak tegas, pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempersendakan Negaraku.”
Beliau mahu SKMM mengkaji semula dan memperketat undang-undang di bawah bidang kuasanya bagi memastikan tiada pihak berterusan menghina lagu Negaraku menerusi saluran multimedia.
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dicadangkan mewujudkan modul khusus dalam usaha menerap nilai jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar supaya mereka sentiasa menghormati Perlembagaan Negara. Lagi-lagi modul!
Dalam waktu yang sama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berjanji akan membuat siasatan terperinci mengenai perkara ini. Harap-harap hasil siasatan akan segera diumumkan. Lebih penting lagi tindakan tegas akan diambil.
Rasanya tidak susah untuk mencari ‘si penderhaka’. Dengan kecanggihan teknologi dan pakar-pakar yang ada, SKMM tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mengesan pencipta lirik lagu kebangsaan versi baru itu.
Tetapi, kalau ikut rekod lama, apa yang dikesan tidak semestinya ada tindakan. Siapa yang bersalah @ kurang ajar @ derhaka tidak semestinya menerima hukuman. Contohnya Wee Meng Chee, atau nama popular Namewee.
Anak Malaysia yang lahir 1983 di Muar, Johor ini membuat onar ketika menuntut ilmu Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan. Pada Ogos 2007, menerusi blognya, dia telah memperlekeh lagu Negaraku.
‘1Malaysia’ tahu betapa negara, raja, agama dan rakyat Malaysia telah dipersenda menerusi versi ‘Negarakuku’ ciptaan pelajar ini menerusi video dalam blog (sekarang pun masih ada, boleh ditonton dan didengar!).
Beliau memohon maaf terbuka kepada kerajaan dan rakyat. MCA menerima permohonan maaf tersebut. Tetapi Kabinet menolak dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan: “Undang-undang akan menentukan semuanya.” Polis menyiasat Namewee di bawah Akta Hasutan, dan akan merujukkan perkara ini kepada pejabat Peguam Negara.
Empat tahun telah berlalu, tiada tindakan dan hukuman ke atas Namewee. Semua senyap, seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. Dengan hanya sekali meminta maaf, dia dilepaskan begitu sahaja. Beres.
Jadi apa yang hendak hebohkan sangat mengenai ‘pelajar’ UMT yang menghina lagu Negaraku? Tidak kira siapa identitinya – Melayu? Cina? India? Bugis? Melanau? Jawa? – cukuplah sekadar pelajar tersebut meminta maaf.
Sekiranya kecanggihan SKMM gagal mengesan dan pihak berkuasa gagal merisik, pelajar tersebut tidak perlu menyembunyikan diri. Kalau dia menyerah diri kepada pihak berkuasa pun rasanya tidak ada apa-apa.
Atau, seperti Namewee, pelajar tanpa identiti itu boleh memohon maaf menerusi YouTube. Telah terbukti, sekali minta maaf habis cerita. Dan, orang lain akan terus menghina lagu Negaraku!
Lagi Sekolah Tahfiz Seksa Pelajarnya. Nasib Tak Mati!
Dalam ISlam pun ada cakap, kalau nak menghukum sekalipun biarlah berhemah dan berhikmah.
Tujuan hukuman bukan untuk menakutkan, tapi untuk memberi pengajaran dan pendidikan.
Budak-budak ni kalau membesar dengan hukuman ala haiwan macam ni nanti bila mereka sendiri dewasa, mereka juga akan cuba 'disiplinkan' kanak2 bawah jagaan mereka sebagaimana masa mereka kecik dulu.
Jadi rantaian hukuman ala haiwan begini tak habis-habis.
Tak paham kenapa sekolah-sekolah agama selalu memilih hukuman yang kadang kala tidak masuk akal dalam mendidik anak-anak dalam jagaan mereka?
Tujuan hukuman bukan untuk menakutkan, tapi untuk memberi pengajaran dan pendidikan.
Budak-budak ni kalau membesar dengan hukuman ala haiwan macam ni nanti bila mereka sendiri dewasa, mereka juga akan cuba 'disiplinkan' kanak2 bawah jagaan mereka sebagaimana masa mereka kecik dulu.
Jadi rantaian hukuman ala haiwan begini tak habis-habis.
Tak paham kenapa sekolah-sekolah agama selalu memilih hukuman yang kadang kala tidak masuk akal dalam mendidik anak-anak dalam jagaan mereka?
Mangsa dihukum akibat merokok berjalan 2 jam dengan kaki berlilit besi
BACHOK: Seorang pelajar berusia 13 tahun di sebuah sekolah agama di sini, dirantai kedua-dua kakinya selama sejam serta dipukul gurunya selepas melakukan kesalahan menghisap rokok.
Disebabkan tidak tahan didera sebegitu, pelajar terbabit, Mohd Ihsaan Mohd Hussin melarikan diri dari asrama Tahfizul Quran Al Ikhlas, jam 4.30 petang 6 Julai lalu, dengan berjalan kaki dua jam sejauh kira-kira empat kilometer (km) ke rumahnya di Kampung Sungai Hilir, Perupok.
Lebih mengejutkan, pengetua atau mudir Tahfizul Quran Al Ikhlas, Miswan Mat Isa mengakui hukuman merantai kaki memang dikenakan terhadap pelajar berkenaan atas kesalahan menghisap rokok.
“Kami menjalankan hukuman merantai kaki itu sebagai simbolik dan pelajar masih boleh bergerak bebas ke mana saja. Bagaimanapun, saya mengakui hukuman itu tidak elok dan kami akan melakukan perubahan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Miswan juga mengakui maahad tahfiz terbabit belum didaftarkan walaupun sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu.
Sementara itu, menceritakan kejadian menimpanya, Mohd Ihsaan berkata, seorang guru lelaki berusia 30-an mengesyaki dia keluar sekolah itu untuk menghisap rokok, lantas mengambil keputusan merotan dan merantai kedua-dua kakinya sebagai hukuman.
Bagaimanapun, katanya, ketika berehat di asramanya dengan kaki dirantai, guru terbabit tiba-tiba menendang dada, sambil memukul dengan rotan berkali-kali.
“Ketika itu saya terpaksa menahan dengan kedua-dua tangan tetapi pukulan itu tetap mengenai badan dan kepala.
“Guru itu turut memberi amaran kepada pelajar lain supaya jangan membuat kesalahan seperti saya jika tidak mahu dirantai kaki,” katanya, semalam.
Mohd Ihsaan berkata, selepas tidak tahan dengan deraan dialami, dia meminta bantuan seorang rakan membuka mangga di kakinya dan melarikan diri dengan membawa sebuah beg pakaian.
“Saya mengambil keputusan melarikan diri dengan berjalan kaki ke rumah melalui jalan pintas sambil membimbit rantai yang masih berbelit di kaki.
“Sebaik tiba di rumah jam 6.30 petang, ibu bapa terkejut melihat keadaan saya sebelum membawa saya ke Klinik Kesihatan Bachok untuk mendapatkan rawatan. Bapa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok,” katanya.
Bapa mangsa, Mohd Hussin Mamat, 51, ketika ditemui, menafikan sekolah ada memaklumkan terdapat hukuman merantai kaki dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.
“Jika dia dirotan atau diberi hukuman lain, saya tidak kisah tetapi bukan dirantai seperti haiwan,” katanya
Subscribe to:
Posts (Atom)


[/IMG]


