Mintak Bahasa Tamil Di Airport Pulak Dah?

Bekas timbalan menteri Rabu menyeru agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak menggunakan bahasa Tamil dalam pengumuman di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi kemudahan pelancong dari India.

Datuk T Murugiah, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ia merupakan satu keperluan memandangkan jumlah pelawat dari negara itu semakin ramai mengunjungi negara ini.

Katanya sekiranya bahasa Tamil digunakan ketika membuat pengumuman di KLIA ia juga dianggap sebagai menghormati kedatangan pelancong India yang kebanyakannya adalah ahli perniagaan.

Murugiah mengulas kenyataan Kementerian Pengangkutan semalam yang menyatakan kerajaan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam bahasa Tamil di KLIA kerana penumpang dari India bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda.

Buat masa ini pengumuman di KLIA dibuat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin manakala bahasa Arab dan Jepun dibuat mengikut musim tertentu sahaja.

Murugiah berkata keputusan kementerian itu tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang giat dipromosikan oleh kerajaan.

"Saya juga menyarankan agar bahasa Tamil digunakan di papan tanda di KLIA sebagai pengiktirafan kepada 1.8 juta kaum India di Malaysia, komuniti ketiga terbesar di negara ini," tambah beliau.-Bernama

A.S nak kata, macam-macam hangpa mintak! Kalau duduk US atau UK jangan harap la!
Tak cukup lagi ke Bahasa yang digunakan sekarang ini?

Makin Pening la Pak Najib nak layan karenah depa ni!

2 comments:

rahman said...

dei tambi!@!! ahli perniagaan india yang datang tak cakap tamil laa..sumuaa mauu inlish laa... lu tau pilihanraya sudah mau dekat.. jadi lu mintak laa macam2, minta la yang ader class ! ini lu mintak lawak bangang punya serupa kayu laa luu!!!

Anonymous said...

Salah PM sendiri, asyik ke. Luar Negara, pentadbiran dalam negara orang lain yang buat hingga kucar kacir. Secara lteknikal, semua masalah adalah akibat dari kelemahan Dato' Seri Najib Sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...