Mai Layan Kisah IPP! Jangan Main Hantam Saja!

Elektrik adalah keperluan asas.
untuk rumah, pejabat dan industri
mana datang elektrik?
dijana melalui turbin-turbin empangan.

soalnya, cukup ke bekalan elektrik yang dijana empangan, untuk rumah, pejabat dan industri?
tahun 80an, ekonomi berkembang pesat.
semakin banyak rumah dimasukkan elektrik.
perumahan bertambah.
pejabat kerajaan bertambah.
pejabat swasta bertambah.
kilang-kilang bertambah.
semua nak pakai elektrik

alamak! bekalan elekttrik negara tidak mencukupi.
naya negara kita.
takkan nak kilang beroperasi, rumah pejabat bergelap.
atau sebaliknya.
ini tidak bijak mengurus negara.

macam rumah kenduri kahwin, elektrik sikit, tapi pakai sumbat banyak plug.
ah! nak karaoke pun susah tak cukup elektrik

solusi!
tambah bekalan elektrik.
bagaimana?
kincir angin. ini bukan Holland

IPP.
solusi mudah. tapi mahal.
billion untuk buat satu IPP.
kerajaan ada duit, tapi kalau buat IPP, tidak dapat peruntukkan untuk benda lain.
kalau tak de peruntukan untuk MARA, mana anak Melayu nak belajar.
adus.

solusi!
biar swasta keluar duit buat IPP.

siapa swasta tu?
RM1b bukan sikit.
kalau buat loan bank pun dapat 80% sahaja.
swasta masih perlu keluar RM200j.

hanya syarikat yang berkelayakan sahaja ada RM200j dan mampu buat IPP.

swasta, sila buat IPP.
kami kerajaan akan beli elektrik dari anda.
dont worry, gerenti kerana kerajaan nak tampung kapisiti bekalan elektrik yang meningkat.

swasta pun keluar duit sendiri.
dan pinjam bank.

maka pembinaan IPP pun bermula.
ekonomi rancak.
bank dapat beri pinjaman.
hasil negara berkembang.
siap IPP.

IPP sudah siap.
kerajaan lega.
dapat bekalkan elektrik untuk kegunaan domestik dan industri.
pengusaha IPP akan jual elektrik pada TNB.

pengusaha IPP kata pada kerajaan, bahan untuk menjana IPP mahal.
kami terpaksa jual elektrik pada harga yang mahal.

kerajaan kata, kalau kamu jual elektrik mahal, maka
pengguna domestik dan industri akan membayar bil elektrik yang tinggi.
ini akan mengakibatkan kenaikan harga barang yang melampau.
semua barang akan naik.

solusi !
pengusaha IPP, kami akan beri kamu subsidi untuk membeli bahan menjana elektrik.
jadi kos kamu berkurangan.
dan kamu dapat jual elektrik yang murah kepada kami.
kami dapat bekalkan elektrik yang murah pada pengguna domestik dan industri.
maka harga barang akan kekal rendah.

subsisi RM19b memang diberi kepada pengusaha IPP,
tapi harus diingat, yang menikmatinya adalah rakyat dan negara.
sebenarnya harus tahu.

Mai Baca! Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam…


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”

Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Anda bagaimana?

Pabila Salleh Man Cuba Menguasai Masjid Melalui Pemilihan AJK Kariah Yang Pelik!

Menguasai masjid merupakan agenda politik PAS Pulau Pinang!

Gila punya kerja kata salah seorang AJK Kariah. Pemilihan untuk apa melainkan ada agenda parti PAS untuk menguasai masjid-masjid di seluruh negeri Pulau Pinang. Kebanyakan Pengerusi dan AJK Kariah sedia ada amat tidak selesa dengan usaha pihak PAS mengarahkan setiap kariah mengadakan Mesyuarat Agong Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah. Sudah cukup politik di luar telah banyak memecahkan umat Islam di Pulau Pinang.

Kebanyakan umat Islam tidak sanggup melihat kita bergaduh dan berpecah sesama sendiri. Masjid merupakan rumah Allah tempat yang boleh menghimpunkan semula umat Islam. Masjid bukan tempat untuk berpolitik. Bukan semua umat Islam menyokong PAS atau UMNO. Jika begitu usahlah masjid dijadikan tempat menyebarkan risalah dan menyampaikan khutbah politik.

Sudah sekian lama, kerajaan BN memerintah, institusi masjid dipelihara dengan cukup baik bebas daripada mana-mana parti politik. Ada imam PAS dan ada imam UMNO. Ramai juga ahli jawatankuasa kariah terdiri daripada ahli-ahli PAS dan UMNO serta ramai juga yang berkecuali. UMNO tidak pun campur tangan dalam pemilihan ahli kariah begitu dahsyat seperti yang dilakukan oleh pimpinan PAS hari ini. Ada pula pasukan pemantau kononnya dilantik oleh Jawatankuasa MAINPP. Yang pasti badan pemantau ini tidak bebas atau berkecuali.

Pengundian dibuat di masjid tapi perlantikan akan dibuat oleh suatu Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh YB Salleh Man. Begitulah sistem demokrasi ala-PAS. Demokrasi ciptaan PAS untuk memastikan Pengerusi Kariah dan AJK Kariah pada pemilihan kali ini hanya dikuasai oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sahaja.

Jika Pengerusi dan AJK Kariah terdiri daripada orang-orang kita (orang-orang PAS-DAP-PKR), tak ada masalah lagi kita nak gunakan mimbar masjid untuk kutbah politik seperti masjid-masjid di Kelantan. Tak ada masalah lagi kita nak jemput Ostad2 PAS/DAP/PKR untuk berceramah politik dalam masjid kerana masjid kita yang punya, bukan Allah yang punya.

Sementara Pakatan Rakyat berkuasa, kita akan guna kesempatan ini untuk menguasai masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang secepat yang mungkin. Soal setuju atau tak setuju tak timbul lagi. Ini arahan Majlis Agama Islam, badan yang berkuasa dalam hal ehwal kariah di Pulau Pinang. YDP MAINPP, Ustaz Elias Zakaria sudah tidak ada taring lagi. Pengerusi Kariah tidak boleh mempertikaikan usaha PAS untuk menguasai masjid. Tarikh-tarikh untuk pemilihan jawatankuasa kariah telah dikeluarkan oleh pihak tertentu supaya pihak PAS boleh menghantar kumpulan petugas untuk memantau pelaksanaan pemilihan tersebut. Kumpulan Petugas ini boleh mengambil alih mengendalikan pemilihan itu jika ada kariah gagal melaksanakan pemilihan tersebut.

Yang peliknya, pemilihan akan selesai dalam bulan Julai ini tapi perlantikan akan berkuatkuasa 1 Januari 2012. Bagaimana jika AJK Kariah sedia ada telah tidak dipilih, mahukah mereka ini memegang jawatan sehingga 31 Disember 2011? Kenapa tergesa-gesa dibuat pemilihan dalam bulan Jun dan Julai? Inilah antara yang dikatakan pemilihan AJK Kariah mempunyai agenda politik PAS bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Jika begitu kehendak parti pemerintah sekarang (DAP-PAS-PKR), eloklah ahli-ahli kariah memulakan kempen rumah ke rumah untuk jawatan-jawatan AJK Kariah. Tua muda lelaki perempuan boleh berkempen untuk menaik dan menjatuhkan puak-puak tertentu. Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mendidik setiap rakyatnya berpolitik. Yang rugi adalah umat Islam yang berpecah. Dua kali umat Islam berpecah. Satu berpecah semasa kempen pilihanraya parti dan satu lagi pemilihan AJK Kariah. Jika begitu caranya, umat Islam di Pulau Pinang sukar bersatu dan saling bermusuh antara satu sama lain.

Yang menang jadi arang dan yang kalah akan jadi abu. Bangsa lain, kaum lain semakin bersatu dan semakin kuat. Sebaliknya umat Melayu/Islam semakin berpecah dan semakin lemah. Apakah pemimpin-pemimpin Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya masih sanggup melihat umat Islam berpecah belah sesama sendiri angkara politik kepartian yang melulu? -SUARA 1 UMNO-

Amboi Ostad Salleh Man, Menyerendeh Cikgu Nampak? Hehe

Entry AS kali ni nak tunjuk sikit gambar yang dirakamkan baru-baru ini semasa kunjungan YB Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir, PP semasa melawat sekolah di kawasan beliau.

Kelihatan tangan YB Salleh bersentuhan dengan cikgu tu. Duk la jauh sikit. Awat nak kena himpit sampai macam tu? Duduk Renggang-Renggang , Jangan Pegang-Pegang Macam Lagu SMH/Ana Rafali tu Ostad! Luas lagi kawasan tu. Hehe

(Menyerendeh-Menghimpit/Merapati)
Amboi3x.. Khusyuk dengar taklimat Cikgu Ni

Waris Datuk Bahaman Seorang Komunis ?

Abu Samah bin Muhamad Kassim adalah seorang putera Sungai Pahang, cicit kepada pahlawan bangsa anti-British, Datuk Bahaman. Beliau menceburkan diri dalam gerakan kemerdekaan sejak selepas Perang Dunia Kedua. Demi mewarisi cita-cita moyangnya, beliau bersama-sama mengangkat senjata melawan penjajah British setelah meletusnya Peristiwa 20 Jun 1948. Di Rejimen ke-10, beliau banyak kali memimpin pertempuran melawan penjajah, pernah dianugerah gelaran “Pahlawan” dan dilantik menjadi anggota badan pimpinan Rejimen ke-10 sejak paruh kedua tahun 1950-an. Sebagai seorang ahli perjuangan dan pemimpin, sejarah beliau dan sumbangannya bertautan erat dan berpadu dengan sejarah Rejimen ke-10.


Soalan: Kami difahamkan Bapak berasal daripada keluarga Datuk Bahaman. Bolehkah Bapak ceritakan sedikit?
Abu Samah: Moyang saya, Haji Daud dan Datuk Bahaman adalah saudara sepupu. Ayah saya Muhamad Kassim adalah cucu Haji Daud, atau cucu sepupu Datuk Bahaman. Jadi, saya adalah cicit beliau.


Soalan: Keturunan sebelah emak pula, bagaimana?
Abu Samah: Emak saya keturunan Bugis. Nenek moyang emak saya yang anti-penjajah Belanda terpaksa lari dari Sulawesi, lalu menetap di Selangor. Datuk saya, Daeng Busu bersama orang Bugis yang lain menyertai Perang Bahaman. Tempat mereka di Kelang dan perkampungan Bugis lainnya di Selangor bahkan menjadi pangkalan yang mendukung Perang Bahaman. Emak saya anak Daeng Busu.


Soalan: Kami dengar Bapak juga ada pertalian dengan kerabat diraja Pahang. Benarkah?
Abu Samah: Hanya ada sedikit pertalian saja. Saudara mungkin tahu tentang sejarah Bendahara Wan Ahmad, yang menang dalam perang saudara di Pahang dengan bantuan Bahaman dan ditabalkan menjadi Sultan selepas itu. Salah seorang isteri baginda ialah Hajjah Cik Fatimah, emak saudara saya dari sebelah ayah. Mereka mendapat seorang anak bernama Tengku Muhamad yang bergelar Tengku Panglima Perang (ayahanda kepada Almarhumah Tengku Afzan Tengku Ampuan Pahang). Tengku Muhamad adalah salah seorang orang kuat Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Pahang, dan menjadi Menteri Besar Pahang selepas Perang Dunia Kedua.


Soalan: Bagaimana tentang ayah Bapak?
Abu Samah: Ayah saya bergerak bersama anak Bahaman, Datuk Muhamad yang menjadi Penghulu Semantan. Dalam tahun 1920-an, mereka menganjurkan gerakan patriotik anti-British, mengerahkan pengikut mereka menampal poster, merampas gudang garam British serta menyerang balai polis penjajah di Mempatih dan merampas senjata. Selepas peristiwa terakhir itu, rahsia gerakan mereka terbocor. Datuk Muhamad dibuang daerah ke Selangor. Ayah saya pula terkena racun oleh tali barut British dan meninggal dunia pada tahun 1932.


Soalan: Bagaimana tentang emak dan adik-beradik Bapak?
Abu Samah: Saya ada enam adik-beradik, tiga lelaki dan tiga perempuan. Saya anak yang keempat. Abang pertama saya bergerak bersama Penghulu Muhyiddin (cucu Bahaman dan anak kepada Mat Lela), seorang penyokong kuat gerakan anti-Jepun. Tetapi, kerana angkara pengkhianat, fasis Jepun menangkap dan membunuh Penghulu Muhyiddin, manakala abang saya dibunuh secara gelap oleh anasir pro-Jepun. Seorang lagi abang juga anti-British dan menyokong Perang Anti-British. Menurut berita, dia dan emak saya mati diracun oleh orang tertentu dalam tahun 1970-an. Syukur alhamdulillah, adik- beradik perempuan saya masih hidup.


Soalan: Adakah adik-beradik Bapak menjenguk Bapak di sini sekarang? Bagaimana pandangan mereka terhadap perjuangan Bapak?
Abu Samah: Kini, dua orang adik perempuan saya masih ada lagi. Dalam masa Perang Pembebasan dan selepas perdamaian iaitu penghujung tahun 80-an dan awal 90-an adik-adik dan anak-anak saudara saya acap kali datang menemui saya di Sukhirin, Selatan Thai. Dan selepas perdamaian ini saya juga beberapa kali balik ke Pahang menziarahi kaum keluarga.
Sejak saya menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10, sanak saudara dan adik beradik saya tak pernah menentang cita-cita saya. Bahkan pada tahun 1951 Tengku Mohamad (anak Sultan Abdullah – saudara sepupu saya) pernah berpesan sekali-kali jangan menyerah diri, kalau tak tahan dalam hutan, kembali berlindung di rumahnya. Dalam masa yang sama Tun Abdul Razak juga pernah menghadiahkan sebuah jam rolex sebagai kenang-kenangan.


Soalan: Melihat latar belakang keluarga Bapak, nampaknya Bapak tentu telah mendapat didikan politik sejak kecil lagi. Bolehkah Bapak ceritakan sedikit perkara ini?
Abu Samah: Saya lahir di Semantan, Temerloh, pada bulan Februari 1926. Semantan adalah kampung halaman Datuk Bahaman dan pernah menjadi medan perangnya. Banyak peninggalan Perang Bahaman, umpamanya keris, lembing, tombak, kubu dan lain-lain terdapat di sana dan di lain-lain tempat di Pahang. Sejak kecil lagi saya sudah biasa dengan peninggalan ini dan diasuh dengan kisah-kisah perang Bahaman melawan British dan Perang Bugis melawan Belanda. Mat Lela, Datuk Muhamad, Cik Yang (ketiga-tiganya anak Bahaman) dan Daeng Busu selalu menceritakan kisah-kisah ini kepada saya. Orang Semantan pula, kalau bukan kerabat Bahaman, adalah pengikutnya yang bersemangat anti-British. Semasa di sekolah lagi, saya membaca hikayat yang meniupkan semangat seperti Tajul Muluk, Sultan Bistamam, kisah-kisah Perang Jawa dan Syair Siti Zubaidah. Demikianlah suasana dalam mana saya dibesarkan.


Soalan: Apakah Bapak menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM)?
Abu Samah: Saya tidak menjadi anggotanya, tetapi penyokongnya saja, kerana pada masa itu, saya baru berumur antara 13 hingga 15 tahun. Tetapi saya membaca dan melanggan akhbar-akhbar terbitan KMM seperti Warta Jenaka dan Warta Ahad.


Yang mempengaruhi saya dengan agak mendalam ialah abang sepupu saya, Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Beliau adalah seorang ahli KMM yang dihormati oleh Ibrahim Yaacob, lebih-lebih lagi kerana beliau putera Sultan. Pada tahun 1939, saya diterima oleh Abu Bakar College, sebuah sekolah Arab di Pekan, untuk melanjutkan pelajaran di sana. Tetapi, Tengku Muhamad mengusulkan saya masuk Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), sebuah pasukan sukarelawan untuk membela tanah air. Alasannya ialah dalam pasukan itu, saya boleh bekerjasama dengan tokoh-tokoh KMM seperti Cikgu Abdul Rahman Talib (selepas Merdeka, menjadi Menteri Pelajaran), yang juga dari Pahang. Setelah fasis Jepun mendarat di Kelantan, pasukan saya dihantar ke sana. Masa itu, saya berpangkat Lanskoperal.


Soalan: Jadi, berapa tahun Bapak sempat bersekolah?
Abu Samah: Saya lulus Darjah Lima Sekolah Melayu, dan kemudian belajar di sekolah agama dan Arab selama tiga tahun. Masa pendudukan Jepun, saya belajar bahasa Jepun satu dua tahun.


Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan sedikit keadaan di tempat Bapak setelah British kalah dan Jepun menduduki Malaya?
Abu Samah: Apabila British kalah, Sultan Abubakar bersama kerabat-kerabat diraja, termasuk Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad, berundur dari Pekan dan berlindung di Semantan. Pembesar Pahang, seperti Datuk Hussein dan anaknya Abdul Razak (kemudian bergelar “Tun” dan menjadi Perdana Menteri Malaysia), juga berlindung di situ dan tinggal di rumah saya serta rumah saudara-mara saya di sana. Tengku Muhamad menugaskan saya dan Razak sama-sama membuat penerangan kepada keluarga diraja tentang program KMM untuk mendapat kemerdekaan daripada British dengan bantuan Jepun. Selain itu, beliau juga mengatur saya menjadi utusan untuk hubungan surat-menyurat antara beliau dengan tokoh KMM yang lain seperti Cikgu Abdul Rahman Talib di Temerloh dan Encik Mohd Yassin Salleh di Mentakab.


Soalan: Jadi Bapak adalah sahabat Allahyarham Tun Razak masa itu?
Abu Samah: Ya, semasa beliau berlindung di Semantan. Kami acap kali menjalankan tugas yang diatur Tengku Muhamad pergi ke kampung-kampung di pendalaman Semantan.

Baca lagi di SINI

Panas! Gambar-Gambar Majlis Pernikahan Salleh Yakob Semalam

Off Topic Sat!

Gambar dari rakan AS di Johor.
Tahniah Bro Salleh Yakob .. Semoga berkekalan keakhir hayat dan keanak cucu. Bertuah Badan. Hehe
Majlis Pernikahan ini berlangsung pada 30hb Mei, 2011 Jam 3:30 Petang Di Masjid Jamek Bandar Kulai dan Majlis Jamuan di Rumah Kediaman Rasmi YDP MPKulai.







Gambar-Gambar Laporan Polis Dan Hotel Penaga Yang Mendapat 'Keistimewaan' Kerajaan DAP Yang 'CAT'!


Laporan Kepada SPRM Yang DIbuat Siang Tadi

Parti Cinta Malaysia (PCM) Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap sebuah pengusaha hotel di Jalan Hutton, di sini.

Ketua Pemuda Pusat PCM Liew Yeow Hooi berkata beberapa aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak bulan Disembar lalu namun sehingga sekarang masih tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap beberapa Ahli Majlis MPPP yang berkaitan dan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan semua maklumat yang dikumpul berkaitan pihak pengusaha hotel berkenaan untuk diteliti oleh SPRM.

Liew berkata tindakan pemilik hotel membina taman dan kolam renang di bahagian belakang hotel yang dahulunya kaki lima dan laluan pejalan kaki didapati menghalang orang ramai menggunakannya.

"Kami juga ingin tahu sikap pihak berkuasa negeri yang berdiam diri apabila pemilik hotel yang meletak pasu bunga di kaki lima, yang jelas bercanggah dengan peraturan MPPP," katanya.30/5


Gambar Asal Hotel Sebelum Diubahsuai
Laluan Awam yang Ditutup Untuk Kegunaan Persendirian Hotel
Inilah Hotel Penaga Yang Baru Diubahsuai Namun Pelbagai kesalahan Telah Ditutup Mata Oleh MPPP
Surat Kepada MPPP Oleh PCM Yang Telah Dihantar Tetapi Tiada Respon
Pasu Bunga Diletak Sesuka Hati Dan Penutupan Longkang Yang ternyata Tidak Mengikut Peraturan
Kolam Renang Boleh Dibina Sesuka Hati Di Lorong Belakang Kegunaan Awam?

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi didakwa mengamalkan 'double standard' apabila membenarkan sebuah hotel di Jalan Hutton, di sini beroperasi tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ketua Pemuda Pusat, Parti Cinta Malaysia (PCM) Liew Yeow Hooi berkata, sehingga kini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak mengambil tindakan terhadap pemilik hotel tersebut yang meletakkan pasu bunga besar di kaki lima dan menutup laluan awam di bahagian belakang.

"Guan Eng sering menyatakan bahawa tiada pilih kasih dalam apa jua perkara yang dilaksanakan seiring dengan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

"Namun, dalam isu ini, aduan telah dibuat kepada MPPP sejak Disember tahun lepas tapi MPPP masih gagal bertindak mengikut undang-undang.

"Saya syak ada pihak yang telah menyalahgunakan kuasa dalam isu ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini supaya menyiasat perkara tersebut.22/5

Petrol RON95 di Indon(Negara OPEC) Dinaikkan Ke RM3 Seliter.

Harga petrol RON95 di Indonesia ialah RM3 seliter tahun 2011.
"Seperti dikutip dari siaran pers Pertamina, Senin, 2 Mei 2011, Pertamina menaikkan harga BBM per 1 Mei 2011. Selain Pertamax, BUMN di sektor minyak itu juga menaikkan harga Pertamax plus (ron 95) menjadi Rp10.000 per liter, atau naik Rp850 dari sebelumnya Rp9.150 per liter."
Lagi di SINI

AS: Apa yang AS tau, Indon negara OPEC kan? iaitu negara-negara pengeluar utama minyak dunia, tapi lagilah mahal kalau dibandingkan dengan gaji guru kerajaan disana sekitar RM300 sebulan.

Tapi menurut makluman rakan AS, 90% rakyat Indon menggunakan petrol RON 88 dimana harganya RP 4500 / RM1.45 seliter (ada subsidi untuk rakyat indon)
RON 95 [ pertamax ] takda subsidi jadi lebih mahal.Macam Ron97 di Malaysia lebih kurang.

Cuma AS nak tanya disini, sanggup ke rakyat Malaysia gunakan petrol ron88?
Guna ron55 pun dah macam-macamkeluhan. Kurang pick-uplah, kuat makanlah, kereta mudah terbakarlah, dan macam-macam lagi.

Jangan Ingat BN Tak Mampu Tawan Balik PP Wahai LGE Musibat!


SEORANG ahli politik veteran membisikkan kepada penulis Pulau Pinang akan 'kembali' kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Beliau yakin BN boleh berkuasa semula kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya 'indah khabar daripada rupa'.

Bisikan itu, sama ada menjadi kenyataan atau sekadar igauan, sukar untuk diukur kerana masing-masing mempunyai pandangan dan alasan tersendiri. Apapun, merampas kembali atau menafikan penguasaan dua pertiga Kerajaan DAP Pulau Pinang atau BN sekadar menjadi pembangkang yang tiada kuasa seperti harimau tidak bertaring, itu adalah antara beberapa kemungkinan bakal berlaku.

Umum menyedari untuk BN kembali berkuasa bukan tugas mudah.

Malah, ramai kurang yakin BN berupaya menggugat pakatan pembangkang diketuai DAP yang seakan-akan semakin mendapat sokongan terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang dilihat sebagai hero oleh masyarakat Cina. Tetapi, itu bukan alasan BN menyerah kalah.

Ketika ini, daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan pembangkang menguasai 29 kerusi dengan DAP ada 19 wakil rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9) dan PAS (1), manakala BN hanya diwakili UMNO di 11 kerusi.

Mengikut daftar pemilih yang diwartakan pada 27 Disember 2010, Pulau Pinang mempunyai 747,490 pengundi iaitu 251,413 Melayu (33.63 peratus), 411,507 Cina (55.05 peratus), 81,136 India (10.85 peratus) dan selebihnya bangsa lain.
Berdasarkan statistik itu, mampukah BN meraih semula sokongan masyarakat bandar yang majoritinya pengundi Cina yang memberikan sokongan padu kepada pakatan DAP-PKR-PAS pada pilihan raya umum lalu?

Pada masa sama, sokongan pengundi Melayu kepada kerusi BN yang diwakili UMNO pada PRU 2008 di pinggir bandar dan luar bandar juga tidak sehebat mana kerana rata-rata calon menang dengan majoriti yang kecil.

Walaupun ramai tidak yakin termasuk Tun Daim Zainuddin yang berpandangan Pulau Mutiara mungkin kekal di tangan pembangkang, BN perlu yakin memberi tentangan.

“Kalau kita nak masuk medan peperangan dengan rasa akan kalah, maka separuh perjuangan sudah hilang. Maknanya, kalau kita pergi berperang dengan tiada keyakinan, kita sudah separuh kalah.

“Tetapi kalau kita pergi dengan keyakinan, sebahagian daripada kemenangan sudah kita miliki, cuma tinggal sebahagian lagi (untuk capai kemenangan),” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

GERAKAN Pulau Pinang pula tidak begitu berani untuk menyatakan secara terbuka kerana mahu menyesuaikannya dengan selera masyarakat Cina dan tidak mahu dilihat terlalu gelojoh kerana pengundi Cina masih fobia dengan UMNO. Tambahan lagi, dengan asakan pakatan pembangkang ke atas BN khususnya UMNO yang boleh melunturkan sokongan pengundi Cina terhadap BN. Tetapi, mereka bersedia untuk mentadbir negeri.

“Jika rakyat nak kepada kita, kita (BN) bersedia kerana kita ada kemampuan dan pengalaman. Kalau rakyat fikir BN lebih bijak untuk mentadbir, kalau mereka mahukan BN, kita sedia,” kata Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.
Keyakinan Zainal dan kesediaan GERAKAN untuk menggalas tanggungjawab itu ada benarnya kerana rekod 11 pilihan raya umum sebelum PRU 2008 berpihak kepada BN. Yakni, rakyat sokong BN.

Malah, pada PRU 1995,1999 dan 2004, DAP hanya ada satu kerusi dalam DUN Pulau Pinang. Hanya pada PRU 1986 dan 1990, DAP mampu memperoleh 10 dan 14 kerusi DUN tetapi BN tetap menang dua pertiga.

Sepanjang memerintah Pulau Pinang sebelum tumbang pada Mac 2008, BN membawa kemakmuran kepada rakyat dengan pembangunan dan transformasi sehingga menjadi destinasi pelaburan syarikat multinasional.

Kejayaan itu menyebabkan rakyat terus menyokong BN, cuma mereka ‘beralih angin’ pada 2008 selepas terpedaya dengan janji manis pakatan DAP-PKR-PAS yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’. Tetapi, selepas lebih tiga tahun berlalu, rakyat sudah dapat menilai apabila banyak janji tidak dikotakan. Janji tinggal janji.

Apa juga pendekatan digunakan parti komponen BN, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin masing-masing kerana matlamat sama dan kata-kata Zainal wajar menjadi pegangan ahli dan pemimpin BN Pulau Pinang.

“Kekalahan adalah sementara. Hanya kerana satu kekalahan, tidak bererti kita kalah selama-lamanya. Ia menjadi kekal apabila kita putus asa. Jika kita tidak putus asa, kekalahan adalah sementara,” katanya.-Berita Harian

807 Ahli DAP Kaum India PP Keluar Parti Masuk MIC Pasal LGE Penipu!


807 anggota DAP P. Pinang keluar parti sertai MIC

BUTTERWORTH 29 Mei - Seramai 807 anggota DAP pelbagai kawasan parlimen di Pulau Pinang bertindak keluar parti dan menyertai MIC kerana tidak puas hati dengan hala tuju parti itu serta janji kosong pemimpinnya.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata, tindakan itu diambil dengan rela hati kerana individu terbabit berpendapat perjuangan mereka dalam DAP sia-sia.

"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong, dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka tidak mampu menyelesaikannya.

"Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC,” katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat India di sini malam ini. –Bernama

Kaum India dalam DAP di PP pun dah sedar bahawa mereka selama ini hanya diperkudakan oleh si Racist DAP. Ternyata hala tuju DAP tidak lain tidak bukan iaitu hanya untuk terus memajukan kaum cina saja. janji kosong DAP terutamanya LGE ni semua kita dah maklum yang apek ni kaki penipu kuat.
Banyak dolak-dalik dan suka mengambil kredit usaha orang lain ialah satu contoh tabiat buruk LGE musibat.


Bagaimana pula persepsi yang bermain diminda melayu-melayu dalam PAS dan PKR yang terus setia membuntuti DAP? Masihkan anda buta, pekak dan bisu tanpa luaskan pandangan anda betapa agenda DAP amat berbahaya dan satu ancaman besar kepada Kedaulatan Islam dan melayu di Malaysia?

PAS Agungkan Syiah, Cukuplah Bangsa Berpecah, Takkan Agama Pula!

Demonstrasi Haram BERSIH 2008;

Lihatlah mereka mengangkat gambar ulama-ulama syiah seperti Ayatullah Khomeini....
Sebenarnya kita tidak kata PAS itu Syiah,tetapi kita berharap parti itu dapat membuat "pembersihan" ke atas golongan ini yang menyusup masuk dalam parti mereka...cukuplah melayu berpecah kepada parti sahaja,kita tidak mahu perpecahan kerana mazhab pula.

Mautau! DAP nak letak calon melayu kerana tak percaya pada PAS


Penganalisis politik tempatan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap tindakan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu mewakili parti mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang adalah kerana tidak pernah percaya dan tidak yakin pada kemampuan Pas dan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Katanya, DAP terpaksa mencari alternatif lain sebagai strategi bagi memastikan kaum Melayu memberi sokongan kepada mereka memandangkan peranan Pas dalam pakatan pembangkang tidak banyak membantu.

“DAP dan Pas tidak pernah ada persefahaman dan mereka selalu bergaduh tentang pelbagai perkara, biarpun mereka nafikan tapi rakyat bukannya bodoh untuk menilai bagaimana lakonan mereka,” katanya.

Khoo yang juga tokoh akademik berkata demikian mengulas berkaitan kesungguhan DAP yang mahukan calon Melayu mewakili parti mereka sebagai salah satu cara untuk mendapatkan kuasa melalui parti DAP semata-mata.

Jelas beliau, biarpun Pas adalah sekutu Dap dalam pakatan pembangkang selain PKR tetapi DAP tidak mempunyai keyakinan untuk anggota lain melaksanakan tanggungjawab dalam mewakili kaum-kaum tertentu.

“Pas dan DAP mempunyai idealogi yang bertentangan dan tentunya antara parti masing-masing wujud sifat prejudis selain saling prasangka antara satu sama lain, apatah lagi dengan ahli-ahlinya dalam masyarakat. Jadi bagaimana mereka mahu melaksanakan usaha bersama-sama sekiranya saling mencurigai.”

Jelasnya, kerana itulah DAP mealkasanakan stategi politik baru kerana mahukan kuasa autonomi ke atas parti mereka sendiri yang diwakili oleh kaum-kaum tertentu tanpa melibatkan parti lain sekiranya mendapat mandat untuk berkuasa.

“Mereka cari strategi ini untuk dapatkan sokongan orang Melayu secara terus kerana mereka sedar bahawa mereka tidak akan mendapat kuasa secara total tanpa sokongan penuh daripada bangsa Melayu juga,” katanya.

Terang beliau, sama ada perancangan tersebut akan berjaya atau sebaliknya bergantung kepada keadaan kerana secara umumnya masyarakat Melayu terikat dengan pegangan agama Islam yang sangat rigid.

“Apakah perjuangan dan idealogi DAP itu bersesuaian dengan bangsa Melayu apatah lagi orang Melayu dinaungi oleh hak dan keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan perkara tersebutlah yang selalu dipertikaikan oleh anggota DAP.

“Semuanya terletak pada tangan orang Melayu sendiri sama ada mahu menyokong perjuangan DAP yang bertentangan dengan apa yang mereka telah asimilasikan dalam budaya dan kehidupan atau mahu teruskan bersama-sama Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti sejak dari awal kemerdekaan lagi?” tegasnya.

Dilaporkan DAP mahu meletakkan calon Melayu adalah untuk memastikan dapat menguasai negeri tertentu kerana yakin bahawa parti itu mampu memperolehi jumlah kerusi berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang pada PRU akan datang.

Ini dibuat berdasarkan pengalaman pada PRU 2008 di Perak iaitu walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang banyak tetapi wakil mereka tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana Perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menyandang jawatan itu.

Lepas Beras, Syiling, Kini Giliran Berpesta Roti Selepas Lori Terbabas!

Aduhai Rakyat Malaysia, Bila Lori Syiling Berterabur, Habis Dikebasnya Syiling Di Atas Highway, Bila Lori Beras Terbalik, Beras Pula Ditolong Kutip Ambik Bikin Harta.
Bukannya Nak Bagi Balik Kepada Tuanpunya, Dan Yang terkini Lori Membawa Roti Terbabas, Berpestalah Orang Kampung Berkenduri Roti. AS harap mana yang masih ada stok dirumah tu pulangkanlah, melainkan tuan punya menghalalkan makanan tersebut.

Bagaikan pesta roti! Itulah gambaran yang dapat dibuat apabila orang ramai dan penduduk kampung memenuhi tepi jalan utama berhampi­ran­ Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek untuk mengambil roti, setelah treler yang membawa muatan roti terbalik, awal pagi kelmarin.

Tinjauan Sinar Harian ke tempat kejadian mendapati, orang ramai ...tidak berganjak dan menunggu untuk mendapatkan roti walaupun dalam keadaan cuaca panas, malah ada sesetengahnya membawa plastik besar untuk mengisi roti.

Menurut pemandu treler, Mustapha Abdul Rahman, 54, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 pagi itu umpama mati hidup semula baginya apabila treler yang dipandu terbabas dan terbalik di bawah cerun setelah dia terlelap.-sinar

Harap Janggut Saja Panjang! Perangai Haram Jadah!

Selepas panas isu Ostat totok PAS Nor Azli Musa yang gelarkan Mufti Perak sebagai Haramsani kerana makan duit haram yang disebarkan secara meluas di You Tube , Tok Mufti Perak telah memberi komen beliau dan menyifatkan tingkah laku ostat PAS ini serupa orang FASIK ! Orang Fasik ini kalau cakap semuanya bohong dan sukar untuk kita percayai .

Memang elok pun gelaran orang fasik diberikan kepada Ostat PAS ini kerana mulut dia mencaci orang lain memang cukup memalukan .

Kalau dia cakap Harussani sebagai Haramsani , beliau pulak sebenarnya adalah Haramjadah ! Dalam satu ceramah lobai celaka ini yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Mufti Perak, menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.

Video seks Pemimpin Pembangkang di'up load' di 5 negara

Sori noo.. Ni bukan kesah Nuar. AS dah naik melugai asyik-asyik duk cerita bab dia yang sampai bila-bila pun takkan ngaku punya dia pelakon video seks itu dengan terus berikan 1001 alasan.

Siasatan awal pihak berkuasa Turki terhadap skandal video seks yang memaparkan pemimpin Parti Pembangkanh, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) mendapati ia dimuat naik daripada lima komputer berlainan di lima negara.

Menurut laporan akhbar Vatan, negara tersebut ialah Amerika Syarikat, Jerman, Greek Cyprus, Belanda dan Portugal.

Sepuluh orang pemimpin MHP meletak jawatan setelah diugut disebarkan video skandal seks mereka setelah video memaparkan Timbalan Pengerusi MHP, Mehmet Ekici melakukan aksi seks dengan wanita bukan isterinya disiar dalam talian.

Pejabat Pendakwa Raya Ankara, yang melancarkan siasatan ke atas sumber video-video selepas laporan polis difailkan oleh Ekici dan lima mangsa yang lain iaitu Deniz Bölükbasi, Ümit Safak, Recai Yildirim, Osman Çakir dan Metin Çobanoglu.

Bagaimanapun, pejabat pendakwa raya tersebut memutuskan kes itu diluar bidang kuasanya dan merujukkan kes tersebut kepada Pejabat Pendakwa Khas Istanbul untuk tindakan lanjut.

Sumber-sumber yang rapat dengan siasatan berkata, mereka kini memohon bantuan pihak berkuasa AS dan negara-negara Eropah di mana video itu dimuat naik.

Sementara itu, Pengerusi MHP, Devlet Bahceli mendakwa, kumpulan yang sama menjadi dalang dalam skandal serupa membabitkan Parti Republik Rakyat (CHP) tahun lalu, yang menyebabkan ketuanya, Deniz Baykal meletak jawatan.

‘‘Kumpulan itu mahu membentuk MHP mengikut kepentingan mereka sendiri. Langkah seterusnya ialah membentuk semula Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP),’’ kata Bahceli.

Kenyataan Bahceli itu senada dengan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang juga pengerusi AKP yang mendakwa wujud kumpulan terancang dalam ‘operasi membentuk semula pentadbiran MHP’.

Erdogan juga meminta kepimpinan MHP dan akar umbi parti itu supaya memberi sokongan kepada AKP dalam usahanya membongkar kumpulan sulit dan rahsia yang merosakkan politik Turki. – AGENSI

Video Laporan Polis Pemuda Nibong Tebal Berkenaan Fitnah Puak Pakatan Haram!

Lanjutan dari entry AS sebelum ini berkaitan fitnah puak pakatan haram terhadap insiden menggantung kepala babi di gerai cendol di Sungai Bakap, SINI kali ni AS bawakan video rakaman press stetment dengan pihak media.

KPI Kerajaan DAP P.Pinang Yang Perlu Kita Tau..

Kali ni AS bawakan entry berbahasa Inggeris kiriman dari email seorang rakan yang AS rasakan sesuai untuk dikongsikan bersama. Harap dapat paham la ye. :)

Water tariff up! Plastic bag one pc at 20cts, Council car park @ RM9.00 per day rate for white collars at Bishop Street, open car park with extended service for Sat and Sunday; MPPP service fees to unlock your clamped vehicle @ rm50.00 each...Higher than normal land premium for rezone and convert cause the islanders more expensive house price.....etc. etc. all these last time they said will be freed when they become State government, but now.....'cakap tak serupa pikin'! They are all the same only what! PR...huh! Public Robbery!...Can u stop me from thinking like this?

And there is a joker exco who last time always cried father cried mother saying ISA a draconian law too harsh but now you see, he learned from LKY of Sgp syok syok he will simply sue NGOs to cari makan!...

He just lost a case of bad mouthing an ex-councillor and now he wanted to make even the losses with one case he wanted to sue one Dr. who acted for people who were protesting on the hazardous radioactive transmission towers.......what a freak!

As i always said, i hate hypocrites and i always will! If you can help me to convey my message to the big CAT, i have one question in my mind irritating for long time already! The question is - ''They always brag very loud that they are the experts to 'identify, evaluate and save corruption from prudent use of resources and make tons of surplus for the state, and where is the surplus and how they are going to use the surplus for?"

I also made to understand, each Councillor is allocated 50-60K as development fund for the Adun's constituency and i want to know, how they spend this amount of money and for what project through whom?! How come they always say no money they can't do nothing and this 50-60K is not money meh?!

Dun tell me the councillors were given only the hell money,,,,,,,,celaka...Infact they have to spent for the benefit of the people, so much surplus and yet kept squeezing the rakyat, worst still, implement this and that , increase all kinds of charges. To be frank with you, i also dont know where the councillior spent the 50 or 60 K.

some politicians, when they tell lies, their face never change colour and their eyes also never blinks. This are known as Political Animal. So now i think you already got the true picture. The Malay proverb says - ' Sikit-sikit jadi Bukit'! This is to encourage good virtue in saving for the future i know that....and it seems our CAT is dealing pretty well on this!

But, if savings are not used to benefit welfares of the rakyat, they just enjoy the course of savings by taxing or by penalty imposed to squeeze the rakyat for the six digits of savings, that do not prevent me from thinking, will they one day shift the whole 'Bukit' / savings from the State coffer to their private locker?!

And so far, transparency is only talk over the rostrum!

Informasi berguna tentang babi. Tak Rugi Baca Untuk Knowledge.


Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu babi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber babi & Pilihan Alternatif". Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini.

Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.

Harap informasi ini dapat membantu anda. Untuk ilmu tak rugi rasanya. Bukanlah niat AS nak sentuh bab haiwan sensitif ini yang merapu meraban,

Terima Kasih

Rumah Di Balik Pulau Pun Dah RM 1Juta. Rumah Low Cost? Yilekk


Gambar sebuah taman perumahan mewah yang 'mampu-milik' yang baru siap di Balik Pulau, Pulau Pinang. Lot Bumi baru telah dibuka utk jualan. Untuk makluman, rumah ni di Balik Pulau. Borang untuk non-bumi kena bayar RM50. Untuk bumi, FOC. Tapi hangpa tau dak berapa harga umah ni? Apa? 20 hinggit? Nak tanam hang dalam kuboq pun xtak lepas.

Ni-RM 1Melleon tau! Tahniah AS ucapkan pada Pas dengan Pkr sebab berjaya gadaikan lagi saki baki tanah Penang kepada Dap. Last-last sebijik rumah kos rendah pun tak dak yang dibuat oleh kerajaan LGE.

Inilah Harga sebuah perjuangan....

Malik Kassim Yang Sebenarnya Mahu Lagakan Islam Dan Kristian!

" jika ada orang ancam gereja, penyokong Pakatan dan orang Melayu akan memberi perlindungan " - Malik Kassim

Jelas sekali Malik Kassim yang jadi pencacai DAP cuba nak pecahkan kaum dengan beri kenyataaan demikian . Beliau seperti mahu penganut agama Islam dan Kristian bergaduh .
Malik menggambarkan seolah-olah orang Islam benar-benar mahu mengancam gereja sedangkan tiada siapa pun mahu berbuat demikian. Sungguh bahaya cara Malik berpolitik!

KalauUcapan Ibrahim Ali adalah dari individu yang tiada kaitan dengan majority orang Islam di Malaysia.

Politik Pakatan Haram memang cukup bahaya berbanding dengan BN yang mahu perpaduan antara kaum menerusi gagasan 1 Malaysia . Malik Kassim dengan bosnya Guan Eng memang sama naik main sentimen agama untuk raih sokongan politik. Sungguh celaka!

Hangpa Perasan Tak Fenomena Matahari Tengahari Tadi?


Off Topic Sat,

Subhanallah.
Gambar yang diambil tengahari tadi jika kita tengok kat langit ada sesuatu fenomena yang agak pelik dimana ada lingkaran luar seakan-akan pelangi mengeilingi matahari tesebut.

Yang AS tau kalau macam ni orang panggil 'halo'. Adakah di Penang atau diseluruh Malaysia boleh lihat kejadian ni? Atau sesiapa bijak pandai yang arif boleh huraikan fenomena ini?

Ada cerita di sebalik bangunan ibupejabat PKR nak kena lelong!

Tidak pernah kita dengar ibu pejabat parti politik di negara ini hendak kena lelong, tapi lain halnya dengan PKR yang ditimpa berbagai masalah sejak akhir-akhir ini.

Terbaru yang menjadi bualan ramai ialah kisah bangunan empat tingkat yang menempatkan ibu pejabat PKR Merchant Square Tropicana,Petaling Jaya bakal dilelong bank pada 9 Jun.

Ini berikutan pemiliknya bangunan Ainb-Tech Sdn Bhd tidak bayar pinjaman kepada bank.

Sebenarnya kisah masalah ibupejabat PKR itu sudah lama kedengaran.

Khamis Bendahari PKR, William Leong, dilapor mengakui bangunan itu akan dilelong.

Katanya PKR hanya menyewa bangunan tersebut.

"Tuanpunya tidak bayar.Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa. Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka,” katanya.

Betulkah bangunan itu disewa?

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu Agendadaily ada cerita lain.

Sumber itu mempersoalkan benarkah PKR membayar sehingga RM20,000 sebulan sebagai bayaran sewa di bangunan tersebut dan jika benar bolehkan PKR membuktikannya.

"Ada media yang lapor PKR kata sewa bangunan ibu pejabatnya antara RM10,000 ribu ke RM20,000, tapi pernahkah dia bayar, dan bolehkan dia tunjuk resit bukti adanya pembayaran?" soalnya.

Beliau turut mempersoalkan apakah wujud PERJANJIAN SEWA antara PKR dan pemilik bangunan itu.

"Bendahari Agung PKR kata sewa bangunan antara RM10,000 ke RM20,000, itu perbezaan jumlah yang besar, sekali ganda, jadi atas dasar apa perbezaan itu wujud, apakah terma dalam perjanjian sewa mengatakan sewa berubah-ubah berdasarkan keperluan bulanan?" soalnya hairan.

Tambahnya, tanda tanya lain adalah, jika wujud perjanjian sewa, berapa lama tempoh PKR menyewa di situ.

"Kebiasaannya apabila kita menyewa, kita buat perjanjian yang menggariskan berapa sewa perlu dibayar setiap bulan, dan dalam tempoh berapa lama, apakah perkara itu wujud?"soalnya.

Agendadaily difahamkan, perbelanjaan untuk mengubahsuai bangunan tersebut termasuk hiasan dalaman, peralatan pejabat dan sistem keselamatan melebihi RM3 juta.

Bangunan empat tingkat dengan lapan unit itu menjadi ibu pejabat PKR itu mula diduduki sekitar Jun 2008, selepas PKR menang besar dalam pilihanraya umum ke 12.

Itu merupakan ibu pejabat keempat PKR sejak ditubuhkan pada 1999, pertama di Phileo Damansara sehingga 2002, kemudian berpindah ke Sekysen 13 Shah Alam sehingga 2005, kemudian berpindah lagi ke Brickfields hingga akhirnya pindah ke bangunan yang didudukinya sekarang.

Difahamkan notis mengenai lelongan bangunan tersebut sudah dipasang di sekitar Merchant Square. Harga antara satu unit berbeza-beza tapi dipercayai antara RM460,000 hingga RM 1 juta setiap satu. -AgendaDaily

Sumpah Osama? Obama Mula Hilang Ingatan, Tahun Pun Dah Lupa.

Presiden Obama tak ingat tahun?

Dalam kunjungan kenegaraan, sudah lazim seorang ketua negara mengisi buku tamu di tempat-tempat yang dikunjunginya. Selain menuliskan nama dan memletakkan tanda tangan, tak jarang juga ketua negara menuliskan kesan singkat mengenai negara yang dikunjunginya.

Tak terkecuali Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang melakukan hal demikian ketika menginjakkan kaki di Istana Merdeka, dan Masjid Istiqlal, Jakarta, beberapa waktu lalu.

Namun, ada hal aneh dalam kunjungan Obama ke England, Selasa kemarin. Ketika mengunjungi Westminster Abbey, gereja tempat pernikahan Pangeran William dan Kate Middleton, Obama nampaknya lupa kalau tahun sudah berganti menjadi 2011.

Di bawah tanda tangannya, ia menuliskan tanggal 24 Mei 2008, tahun dimana dia menang pemilihan presiden di Amerika Serikat.

"Suatu kehormatan besar untuk mengenang warisan budaya dan pengorbanan kita bersama, 24 May 2008" tulisnya di buku tamu tersebut seperti disiarkan Yahoo News semalam.

Dalam kunjungan tersebut, Obama disambut langsung pemimpin Westminster John Hall.

"Atas nama pimpinan dan pengurus Westminster, Saya dengan senang hati menyambut anda dan Nyonya Obama di Wesminster Abbey pada hari pertama kunjungan kenegaraan ke Yang Mulia Ratu," demikian kata Hall.

Catatan:

Lawatan Ke Westminster Abbey, gereja tempat pernikahan Pangeran William dan Kate Middleton berlaku pada Selasa lepas, 24 Mei 2011.

Namun menurut sumber, Obama mabuk teruk kerana sebelum itu dia telah ke pub untuk berhibur.- judiciaryreport

Gambar2 Kezaliman Kerajaan Kedah Meroboh Gerai Orang Melayu Di Sg Petani

Entry ini adalah lanjutan dari entry AS sebelum ini di SINI berkenaan tindakan MPSPK yang meroboh 13 gerai orang melayu yang sudah 12 tahun mereka berniaga di Sungai Petani tanpa diberi sebarang notis.

Dulu, masa BN memerintah, kalu kes-kes sebegini, puak-puak hampas la paling lantang mengutuk tindakan sebegini walaupun mengikut lunas undang-undang.
Sekarang? Nah, amik habuan! Apa hangpa nak kata? Tu la, Allah bayar cash atas segala fitnah dan tohmahan negatif yang pernah puak hamPAS lakukan paa zaman UMNO memerintah dulu.

Ingat Ustaz Zizan, doa orang dianiaya mudah dimakbulkan Allah. Kalu nak roboh pun ikut la prosedur yang betul!




Pehal Ostad Zizan Ikut Prangai LGE Suka Roboh Gerai Orang Melayu Ni?

Sebanyak 13 peniaga di tepi Jalan Kelab Cinta Sayang di sini kesal dengan tindakan kerajaan negeri Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan gerai mereka tanpa sebarang notis pemberitahuan hari Khamis.

Seorang daripada peniaga berkenaan, Anita Suriati Aziz, 34, mendakwa tindakan itu telah menyebabkannya kerugian kira-kira RM30,000.

"MPSPK meroboh kesemua gerai di sini termasuk gerai saya pada hari ini. Ia berlaku dengan sekelip mata tanpa sebarang persediaan kerana pihak MPSPK tidak beri apa-apa notis kepada kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat MPSPK.

Anita yang berniaga roti canai selama 12 tahun di situ, berkata MPSPK tidak menyatakan sebarang alasan yang kukuh berkenaan tindakan merobohkan semua gerai yang sudah sekian lama bertapak di situ.

"Bayangkan pada waktu itu pelanggan sedang ramai dan kami tidak diberi peluang langsung untuk berunding. Jawapan yang pihak MPSPK bagi adalah kerja-kerja meroboh ini adalah arahan daripada pejabat Menteri Besar," katanya.

Peniaga surat khabar Ramlan Abdul Rahman,41, berkata tindakan MPSPK itu telah menyebabkannya hilang punca pendapatan kerana selama ini gerai yang dirobohkan itu tempatnya berniaga bagi mencari sesuap nasi.

"Pendapatan saya sekarang ialah cuma berniaga sahaja untuk membela lima orang anak dengan duit yang saya perolehi sebanyak RM20 hingga RM30 sehari ini.. dan sekarang saya buntu macam mana saya hendak menyara keluarga selepas ini," katanya.

Ramlan berkata sepatutnya pihak MPSPK lebih prihatin dengan masalah peniaga di situ yang mana sekurang-kurang memberi notis pemberitahuan terlebih dahulu agar mereka boleh berpindah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tindakan meroboh kesemua 13 buah gerai itu adalah sesuatu yang tidak adil kepada peniaga di situ dan rakyat secara keseluruhannya.

"Hal ini membuktikan hendak mentadbir sesebuah negeri bukan senang dan sekadar menaburkan janji-janji kosong itu memang senang tetapi hendak melaksanakannya bukan mudah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan komputer di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mahajothi di sini hari ini.

AS: DAH 12 TAHUN DEPA MENIAGA, AWAT LA TADAK HATI PERUT SANGAT? KALAU YA PUN TU TANAH KERAJAAN, BAGI LA NOTIS AWAI ELOK-ELOK, JANGAN BUAT PRANGAI MACAM ISRAEL!

SEDIAKANLAH GERAI LAIN DULU UNTUK DEPA MENIAGA DITEMPAT BARU. TAKKAN TU PUN NAK KENA AJAQ!

Gambar-Gambar Laporan Polis Terhadap Blog Pemfitnah PR! (Isu Kepala Khinzir)

Kepala Khinzir Yang Menimbulkan Kontroversi dan Salah PahamKerana Ia Digantung Di Gerai Cendol, Bukannya Di Masjid




Pagi tadi, Beberapa orang AJK Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Sdr Nor Azman Jamiltelah membuat laporan agar Polis agar dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik laman blog www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com dan laman web www.tranungkite.net
diatas penyiaran artikel yang bertajuk “Menjadi batu api adalah tugas gerombolan” yang disiarkan pada hari Rabu, 25 Mei 2011.

Kandungan artikel itu ternyata berniat jahat dimana secara terang-terangan pemilik blog ini telah memfitnah dan menuduh tanpa asas dengan mengaitkan UMNO sebagai dalang dalam insiden gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan.

PPUBNT juga kesal dengan blog tersebut yang telah cuba menghasut dan mencetus ketegangan kaum dimana dia cuba mengaitkan kes ini dengan isu perkauman dan agama yang amat sensitif sedangkan mereka percaya ia membabitkan seorang individu sahaja yang terlibat.








Berikut AS lampirkan screen shot web TKO dan blog jahanam berkenaan yang sungguh biadap dengan mengaitkan umno sebagai dalang insiden tersebut.









Laman Tranungkite Online Turut Dilapor Polis Kerana Turut Menyebarkan Fitnah


Lagi berita mengenai laporan polis Pemuda Nibong Tebal, di sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...