Informasi berguna tentang babi. Tak Rugi Baca Untuk Knowledge.


Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu babi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber babi & Pilihan Alternatif". Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini.

Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.

Harap informasi ini dapat membantu anda. Untuk ilmu tak rugi rasanya. Bukanlah niat AS nak sentuh bab haiwan sensitif ini yang merapu meraban,

Terima Kasih

5 comments:

mahbna said...

thank..

Anonymous said...

lagi satu nak tanya....LARD tu apa ya...ada termasuk mana-mana kategori ke... sekadar bertanya jer...lard lard lard

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam AS.

Terima kasih di atas usaha dan kesedaran.

Mungkin "ham" juga selalu terdapat pada label makanan bayi terlepas pandang oleh orang kampung macam aku ni.

Suka aku mencadangkan AS dan lain-lain blogger supaya mengingatkan orang-orang Melayu yang beragama Islam tentang makanan khususnya yang mengandungi unsur khinzir dan lain-lain yang dilarang di dalam
blog masing-masing, sebagai satu kempen berterusan.

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam AS.

Terima kasih di atas usaha dan kesedaran.

Mungkin "ham" juga selalu terdapat pada label makanan bayi terlepas pandang oleh orang kampung macam aku ni.

Suka aku mencadangkan AS dan lain-lain blogger supaya mengingatkan orang-orang Melayu yang beragama Islam tentang makanan khususnya yang mengandungi unsur khinzir dan lain-lain yang dilarang di dalam
blog masing-masing, sebagai satu kempen berterusan.

Anonymous said...

Assalammualaikum bro..hamba copy paste ke FB hambo..(minta izin)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...