Korang lihat dua video ini korang bandingkanlah bagaimana bezanya mentaliti warga Malaysia dengan orang Indon. Orang malaysia masih rasional dalam mengadili sesuatu jenayah dengan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk dijatuhkan hukuman.
Di Indon pula, begitu teruk dan sadis hukuman rakyat yang dikenakan. bagi aku jika benar dia bersalah sekalipun, bukan begitu hukuman yang terbaik untuk si 'maling' tersebut. Ini menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dan kemanusiaan orang Indon yang sebahagiannya biadap dengan Malaysia dengan suka menuduh bukan-bukan.
Depa duk belek buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara yang tidak demokratik yang boleh 'membahayakan keselamatan" negara rupanya!
Tu lah penerangan yang sedang diberikan oleh Tok Guru Zionis depa yang tekun didengar oleh pecacai PKR bagaimana untuk jatuhkan kerajaan secara kotor dan tidak bertamadun.
Aku harap KDN jangan tunggu masa lagi!
Kumpul bukti yang kuat, sumbat je kedalam!
Orang-orang macam ni tak boleh dibiarkan, negara yang aman boleh jadi huru hara disebabkan mereka!
Wahhh..
Syoknya jadi kontraktor di Selangor..
Terutamanya sekali kontraktor mengangkut sampah..
Diberitakan Kerajaan Selangor akan membeli 50 unit lori Kompaktor untuk diserahkan kepada kontraktor bagi melancarkan kerja-kerja pengutipan sampah di Selangor yang akan dikawal selia oleh PBT masing-masing..
Bayangkan sebiji yang re-cond lori kompaktor pun dah RM150K, kalau 50 biji lori, tak RM7.5 juta duit rakyat dibelanjakan untuk bela kroni mereka?.
Syokkan di Selangor? masuk tender, takde kelengkapan takde pengalaman takde kewangan yang mantap senang-senang dapat kerja..
Sebab apa? Sebab kroni la brader, sindri mau ingat..
Inilah ketelusan yang depa duk pemuhong rakyat!
Best betul kriteria penilaian pemilihan kotraktor menguruskan sampah di Selangor ni,
Aku pun nak kalau gitu.. Boleh tak Bang Khalid?
Sdr Saad Salleh merupakan seorang ajk UMNO Bahagian Langkawi telah menempa sejarah dengan memberi perhidmatan teksi percuma di Langkawi.
Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yang sanggup berbakti sebegini kepada masyarakat dan pelancong. Semoga Allah memurahkan lagi rezki beliau.
Tapi untuk makluman hangpa,di Langkawi ada sekitar 1000 buah teksi, bukan semua yang free! Dia sorang saja. Jangan salah faham..
Songkok memang terbaik la Bang Saad. Pecacai fuckatan sure berbulu saja tengok.. Hehe
Sampai hari ni kita boleh katakan video itu ternyata benar di'lakon'kan oleh Anwar kerana tiada sebarang penafian bersumpah laknat atau tindakan saman kepada Trio Dato T ataupun blogger yang menayangkannya,
Mat Indon bernama bwteh 007 ni agak-agak la kalau nak letak video ketua pembangkang Malaysia ni!
Anwar ni bukan PM Malaysia pun dan beliau sampai mati pun takkan merasa kerusi tersebut!
Tajuk Malingsia membara juga agak kurang ajar bunyinya! Tak habis-habis Mat Indon nak provoke Malaysia!
Mungkin ada agenda jahat dari bwteh ini untuk menjatuhkan imej Malaysia dengan penyebaran video tersebut! malang sekali dia adalah ketua pembangkang Malaysia yang hingga saat ini takkan mengaku video itu 'lakonan' dia..
Wahh.. Siap lagu percaya padaku lagi.. Memang sempoi hang Anwar! Begitulah juga diumpamakan oleh Anwar untuk merayu kepada rakyat Malaysia agar percaya kepadanya yang dia tak pernah buat kerja-kerja terkutuk tu..
***************
Satu klip video seks yang didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang, sekali lagi dimuat turun ke laman Youtube sejak tiga hari lalu dan kali ini dengan versi hampir penuh.
Klip video 16 minit 34 saat bertajuk ‘PM Malaysia Asyik’ itu dimuat turun bwteh007 sudah ditonton 327 pelayar internet.
Berdasarkan pemerhatian, klip video hitam putih yang mempunyai latar suara muzik lagu ‘Percaya Padaku’ nyanyian band popular Indonesia, Ungu, dipercayai dimuat turun seseorang berusia 26 tahun dari
negara jiran.
Permulaan video berkenaan dimuatkan dengan perkataan ‘Skandal sex sang Perdana Nenteri tertangkap CCTV, Malingsia membara’, yang turut memaparkan dua gambar pemimpin berkenaan, serta bendera Malaysia.
Malah, individu yang memuat turun klip video itu juga mendakwa video berkenaan asli tanpa ditokok tambah (reka yasa), sambil meminta pelayar Internet menikmati video berkenaan.
Klip berkenaan sama seperti yang didedahkan sebelum ini, di mana di awal permulaannya, seorang wanita lengkap berpakaian duduk di sisi katil sambil dua lelaki seorang daripadanya bertuala berbual ringkas sebelum lelaki itu keluar.
Berita kemalangan tahun 1988 semasa DS Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan ni dimainkan kembali oleh banyak blog-blog pecacai Pakatan hari ni.. Dah tadak isu nak fitnah, cerita lama pun depa korek pi la janji boleh ngata kat PM dapat dosa kering.
Alhamdulillah, Allah swt panjangkan umur DS Najib dan memberi peluang kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri ke-6 dan seterusnya dapat beliau mencurah khidmat dan bakti kepada seluruh rakyat Malaysia..
Perjuangan masih belum selesai ayuhlah rakyat Malaysia kita beri sokongan penuh kepada UMNO/BN untuk dapat meneruskan tradisi membela rakyat.. Bukannya menjadi Penipu Rakyat..
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.
Perdana Menteri berkata "nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra)."
"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.
"Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini," katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar "chicken" (pengecut) setelah meminta penganjur "Forum WikiLeaks" untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.
Najib berkata, ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Anwar, tidak sama dengan apa yang dilakukannya.
"Lambat laun rakyat akan mempersoalkan perkara ini," katanya. - Bernama .
Pok nik anda mungkin dari golongan org yg kaya . Jadi tak perlulah nak ambil gaji dan elaun...tapi rakyat kelantan tu semua kaya ka... Zaman sekarang semuanya kena bayar...nak makan pun susah...nak minum pun terpaksa beli air mineral kerana air paip sangat kotor.
Cuba anda keluar melawat keadaan hidup rakyat di Kampong nuu..macamana kenyataan nya? Jangan hanya tengok 5-6 biji banglo yg disebelah rumah saja... Sebenar nya anda gagal nak bela dan mempertahan islam selama 20 tahun anda perentah kelantan... Pok Nik hanya berdakwah kepada org yang baik yg selalu hadir kuliah tu dah org baik...tapi yg beratus ribu diluar yg tak hadir kuliah tu macamana?
jenayah meningkat...kes bunuh meningkat...anak muda terlibat dadah meningkat..apa yg tak ada diKelantan...bukan sama dgn negeri lain tapi lebih teruk....apa punca nya? Kalau anda menuding jari juga itu tandanya anda tidak bertanggung jawab.... Kalau ada kerja adalah duit..dan boleh ada masa nak beribadat.. Tapi ada ka lamabakan peluang pekerjaaan yang ditawarkan di Kelantan ?
***************
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan beliau memperjuangkan dasar 'negara berkebajikan' sepanjang dua dekad lalu telah membawa impak besar dalam membantu rakyat Kelantan walaupun ia nampak kecil.
Beliau yang menyandang jawatan Menteri Besar bermula 1990 berkata, sejak mengetuai Kerajaan Kelantan beliau tidak pernah mengambil pemberian elaun-elaun kerajaan, sebaliknya sanggup hidup bersederhana bersama rakyat.
"Saya tidak pernah menggunakan wang kerajaan. Saya tak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan.
"Selama ini juga saya tidak ambil elaun yang diberikan oleh kerajaan. Sebagai contoh sebulan dapat RM5,000. Cuba bayangkan kalau setahun," katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini, malam tadi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir pada majlis malam tadi telah mengetengahkan dasar negara kebajikan pihaknya ketika menyampaikan ucapan dasar pada muktamar Jun lalu.
Pas juga menjadikan konsep negara berkebajikan sebagai tema manifestonya pada Pilihan Raya Umum 2008.
Mengulas pendekatan kepimpinan Kerajaan Negeri, Nik Abdul Aziz juga berkata, elaun sambutan Aidilfitri dan Aidiladha yang diberikan kerajaan iaitu sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 tidak pernah diambilnya.
Jelasnya, tindakan tidak mengambil elaun yang diberi oleh kerajaan telah menjimatkan banyak duit rakyat.
"Jika pemimpin ada sikap begini, rakyat miskin tidak akan jadi bangsat sebab mereka akan dapat bahagian mereka atas keperihatinan kita yang memimpin.
"Kita perlu memimpin berlandaskan dengan cara Islam sebab Islam itu sebuah badan kebajikan yang menolong orang," katanya.
Tambah Nik Abdul Aziz, konsep mengharamkan riba di Kelantan juga membebaskan negeri itu daripada premis judi.-SH
***********
Hangpa Tengok ayat last yang tak bleh tahan tu, masuk bakui angkat sendiri. Puji diri sendiri nampak? Namun malang sekali, apa yang dikata dusta belaka tidak berpijak di bumi nyata. Ramai lagi orang Klate yang menjadi 'bangsat' seperti yang pok Nik kata. Banyak mana sangat hasil penjimatan itu dibandingkan 'jutaan' ringgit yang terpaksa dibelanja untuk elakkan rakyat Klate menjadi 'bangsat'?
Pok Nik memang suka cakap ikut mulut main sedap saja tanpa berpijak di bumi nyata. Sudah-sudahla tu Pok Nik.. Dah lama dah...
Aku harap bukan sebab pendedahan semalam pasal perangai penyamun nasik kenduri rumah orang menyebabkan kereta ADUN UMNO ini dipecah memandangkan kejadian berlaku di Kepala Batas. Cuma pelik ada juga juak pro pakatan yang mengatakan kes curi nasik kenduri meliatkan program ADUN ini sedangkan ia program pakatan makan nasi haram. Haha
Harap kaki pecah kereta ini bukan dari pakatan memandangkan barang berharga seperti laptop sudah pasti ada fail P & C yang merbahaya jatuh ke tangan orang lain terutamanya dai pihak pakatan. Harap YB Farid banyak bersabar. Ada hikmah di sebalik dugaan itu.
***********************
Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad kerugian lebih RM2,000 selepas keretanya yang diletakkan tepi jalan berdekatan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, dipecahkan petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, beliau yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, terkejut apabila mendapati cermin hadapan bahagian pemandu dan penumpang belakang kereta miliknya pecah.
Menurutnya, beliau singgah di masjid itu menunaikan solat Jumaat sebelum mengambil anak perempuannya yang menghadiri kursus di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas.
"Sebaik tiba di kereta, saya terkejut apabila melihat serpihan cermin kereta bertaburan. Cermin tingkap tempat belakang di sebelah kanan turut dipecahkan.
"Saya dapati satu beg yang mengandungi komputer bimbit bernilai lebih RM2,000 dan semua dokumen serta gambar penting dicuri," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, barang lain seperti kotak yang mempunyai topi dan baju 1Malaysia tidak diambil.
Muhammad Farid membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.