I want to touch a dog. Jom baca hukumnya.


I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program ini telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas t
ubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak s
atu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

**tak kisah lah yang buat program ni dari golongan mana atau puak mana, yang salah, saya bantah.

Syapik Hassan

19 comments:

Anonymous said...

Dog
18:22 They will say, "Three, the fourth is their dog." They say, "Five, the sixth is their dog," guessing at what they do not know. They say, "Seven, and the eighth is their dog." Say, "My Lord is fully aware of their number, none know them except for a few." So, do not debate in them except with proof, and do not seek information regarding them from anyone.

5:4 They ask you what was made lawful to them, say: "All the good things have been made lawful for you, and what the trained dogs and birds catch, you teach them from what God teaches you." So eat from what they have captured for you and mention God's name upon it, and be aware of God. God is quick in reckoning.

Ini saja nas dalam Al-Quran tentang anjing.
Tak disebut apa-apa yang haram tentang anjing.
Apa saja hukum yang disebut diatas adalah hukum ulama , bukan Allah .
Hukum Allah hanya datang dari Al-Quran.
Yang tak ada dalam Quran adalah ciptaan manusia kerana Al-Quran adalah lengkap.
Shall I seek other than God as a source of law, when He has brought down to you this book fully detailed?" 6:114

God asserts that the Quran is fully detailed and contains everything for our salvation:

"We did not leave anything out of the book" 6:38

"We have brought the book down to you to provide explanations for all things" 16:89

"......He has brought down to you this book fully detailed" 6:114

In spite of these clear Quranic words, it is sad that most Muslims still claim that the Quran does not include everything and that the Quran alone is insufficient.


Anonymous said...

Geng geng liberal ni mana kesah hukum hukum ni, ikut suka dia lah apa nak buat, kubur asing asing, Akhirat syurga neraka jgn pikir dulu, nanti dah sampai sana baru pikir apa nak buat.

Anonymous said...

Orang belajar omputih... camtu lahh... hanya berpandu pada Quran semata-mata...
Agaknya orang yang hanya berpandu pada Quran semata ni camana solat dia yerr.... nak juga tahu...

Anonymous said...

May ALLAH bless you Syed Azmi for opening icebreaking the misconception of touching dogs by muslim

Anonymous said...

Nak tanya sikit... masa tu panas dan berpeluh sedikit di tapak tangan... saya pegang anjing tu, usap2 anjing tu, belai2 anjing tu, peluk2 anjing tu... saya pegang baju, tudung, cermin mata, handphone, bekalan makanan tupperware, saya peluk anak2 usap rambut anak... adakah barang2 itu semua tu perlu di samak? adakah anak2 perlu samak rambut mereka? kalau kena samak... mcmana nak samak handphone saya? Soalan terakhir, betul ke kena samak? sebab orang kata dalam Quran takder cara nak samak pun.....

Unknown said...

yg pndai sgt pgg anjing 2 napa? siap belai anak2 & sgla tupperwre hp & nth pa brg g..sb 2 Rasullullah dh ckp sblum kewafatannya, brpegang pada alquran, hadis & sunnah Rasullullah..Al-Quran sbuah kitab yg lengkap..tpi sgla tngkah laku kita wajib mngikut sunnah Rasullullah..Allah dh trg kn..tpi mgkin bca Al-Fatihah jer xfhm mksdnya..ne kn pula nk mntafsir Al-Quran..memalukan bila ada umat Islam sndri yg menafikan kebenaran agama sndri tnpa pya pngetahuan luas lgi mndalam tpi hnya mngikut nafsu & kpentingan bgi mnghalalkan apa yg haram..

Anonymous said...

Majlis fatwa apa buat eh?
Jabatan Agama negeri negeri mana eh?
Menteri Agama mana eh?
Ulamak dalam PAS mana eh?
Ustaz Da'i mana eh?

Atau lebih jelas kita persetankan kesemua agensi di atas dan buat ikut suka yang dapat memenuhi cita rasa naluri sendiri...

Anonymous said...

Selain Al-Quran, Kita ada Hadis & Sunnah sebagai pencerah.. Maka, kita sebagai manusia yg diciptakan dgn akal & sebaik2 kejadian Allah S.W.T., carilah jln utk memahami apa yg terkandung dan maksud sbnar mukjizat Allah melalui Al-Quran Nukarim..

Anonymous said...

Khilaf Imam Syafie dengan Imam yang Lain adalah tentang Kulit dan Bulu anjing yang basah SAHAJA. Kenajisan hilang seusai disamak.

Kenapa tak huraikan bgmana Imam Syafie mengatakan menyentuh Kulit Babi tidak perlu samak?

Janganlah mengatakan Ilmu Fiqh Imam Syafie yang beliau tidak katakan. kelak akan difitnahi oleh Imam Syafie sendiri dan dipersoal oleh Rabbul Jalal - islam itu indah dan mudah.

Anonymous said...

Jawapan paling senang hang bodoh & bebal! dah tahu tangan basah dengan peluh nak pagang buat apa! banyak lagi binatang yang tidak haram dipegang anjing juga kau nak pegang! kalau macam tu kau makan la pulak babi tu, yang haram hanya pada nama dia saja makan sajalah lepas ni ko tanya pulak soalan bodoh nak mampos ko dalam blog ni lagi ye.... bangang otak letak kat dalam juboq macam nuar juga!

Nik Ahmad Shahir said...

salam kpd yg bertny.. segala benda yg dipegang perlu disamak trmasuklh hp.. hp xkn nk rendam dlm air.. ckup lap diluar dgn air tanah dn air bersih.. dri sndri dn ank2 perlu dibasuh dgn air tanah dan bilas dgn air bersih, seperti cra2 samaklh..
Allah Taala tidak marah pd org yg jahil.. ckuplh utk skali tu kita bt dn kita bertaubt.. sila rujuk kpd org yg alim2.. waallahua'lam..

Anonymous said...

Klu tak pegang anjing hang blh mati ka?bodo!

HAMIDIsP said...

Dah mula masuk lubang nasrani je tu..

Anonymous said...

nak tanya... awk ni Islam atau pura2 Islam atau munafik atau kristian melayu? :)

Anonymous said...

nak tanya... awk ni Islam atau pura2 Islam atau munafik atau kristian melayu? :)

Anonymous said...

Awak kata dlm quran tak tulis cara samak ya. Jadi kalau awak berak jgn basuhla..hahaha

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara sudah tinggi ke ilmu sudah dalam ke agama saudara mahu melontarkan ayat2 alquran. Maaf yer. Ayat al quran tidak boleh ditafsir dengan bahasanya sahaja... harap saudara dirahmati allah

Anonymous said...

utk semua org islam yg pergi ke acara tempoh hari x perlu was2 @runsing ttg mcmane nk samak diri anak hpone kasut dan lain2.
sy add sediakan kolam renang complete dgn air tanah. hah korang berendam lah dlm tu!!
gatal sgt nk pegang anjing watpe??

Anonymous said...

ini sangat racist kerana aku sebagai orang cina rasa pegang anjing itu bukan sesuatu benda yang haram. kalau macam itu pegang anjing itu salah macam mana kalau orang agama lain yang makan dan pernah sentuh anjing , tak perlu lah sentuh mereka . i rasa orang politik PAS itu telah melampau macam sumpah orang kerana cuma sentuh haiwan .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...